Monday, July 14, 2008

Apa Yang Benar Benar Berlaku?

Cari kutu lagi baguih...emak dok diam diam la....

Polis kata akan ada demonstrasi, Syed Hamid kata juga begitu. Syed Hamid kata untuk mempastikan law and order. Semua tempat mesti dipantau. Dikatakan bahawa ada laporan parti pembangkang akan mengadakan demonstrasi besar besaran di Parlimen dan di ibu kota. PAS kata mereka tidak ada cadangan anjur dan PKR juga kata begitu. Anwar Ibrahim dikatakan akan menganjurkan demonstrasi tersebut. Tapi tak ada pun. Gempar seluruh ibu kota. Berita mengenai demonstrasi yang bakal dianjurkan jadi bahan bualan. Sampai kan mahkamah buat siap siap order yang sebegitu specific. Anwar dan rakan rakan tidak dibenarkan masuk kawasan Parlimen. Very efficient and proactive court administration hahh...

Seluruh jalan ke Parlimen ditutup. Hanya Ahli Parlimen yang dibenarkan masuk kekawasan Parlimen. No visitors. Press pun dihadkan jumlahnya. Pengundi apatah lagi la. Jangan masuk. Laluan tertentu disekat dan Polis berkawal disetiap jalan di Kuala Lumpur, ibu kota negara tercinta. Seluruh penguni KL dikejutkan dengan andaian akan ada demonstarsi besar besaran anjuran pembangkang. Kalut semua orang. Lalu lintas jadi sesak. Orang ramai bersesak sesak tak tahu apa yang benar benar terjadi. Setiap penjuru bandaraya ditampal dengan notis court order menghalang demonstrasi. Kat tiang letrik ada, kata pencawang ada, kat papan tanda ada, kata Parlimen pun ada. Polis ada disetiap jalan dan sudut ibukota. Kalau baru datang Kl, memang sah terkejut kita. Pelancong pun sudah tentu tumpang terkejut. What happen???KL under seige??Kenapa pak apa yang terjadi...Awat..la Kuala Lumpur ada masalah ka..Malaysia ada masalah besar ka. Pertanyaan sebegitu sudah tentu tidak dapat dielakkan. Gawat seluruh negara hanya kerana ada laporan yang pembangkang nak adakan demonstrasi besar besaran.

Tiba tiba sampai lewat petang tidak ada demonstrasi. Yang ada hanya Ketua Pemuda Keadilan datang ke central market. Itu pun tak sampai 5o orang. Kecil punya demonstrasi la jadi nya. Besar besaran yang diandaikan tidak ada. Demonstrasi yang dikatakan akan menjejaskan `law and order' tidak ada. Anwar nafikan, PKR nafikan, PAS dan DAP pun kata mereka tidak ada rancangan. Yang ada hanya usul undi tidak percaya kepada Perdana Menteri yang dibawa oleh Ketua Pembangkang. Itu saja. Itu pun ditolak. Memang semua orang tahu. PKR tahu, PAS tahu dan DAP lagi tahu. Mesti tolak punya. Kalau budak Tadika pun, kalau dia faham sistem Parlimen kita, dia pun akan kata mesti tolak punya. Apa yang berat sangat ni, sampai nak buat `road blocks' setiap jalan diseluruh ibu kota. Law and order tak terjejas sedikit pun. Mungkin tafsiran law yang sedikit terjejas. Terjejas kerana law ditafsir mengikut masa dan ketika yang sesuai. Semalam kata lain dan petang ini kata lain. Politik konon....

Hanya satu yang patut dilihat dan difikirkan oleh semua. Syed Hamid dan rakan rakan nya. Anwar dan rakan rakan. Sorang kata akan ada demonstrasi, sorang kata tidak ada. Kedua dua Melayu Islam. Cakap sapa yang boleh kita pakai. Cakap sapa yang betul betul cakap orang Melayu yang menganut agama Islam. Ini bukan politik lahh...cakap kena betul, kalau tidak kita orang Islam pakat tuntut pembohongan mereka diakhirat nanti. Jangan biarkan orang politik macam ini, buat kita susah kerana kepentingan mereka. Sorang kata lain, sorang kata lain. Sorang mesti penipu dan pembohong. Rakyat dok susah hati pasal barang naik, depa dok kalut nak `telanjangkan' buruk sesama sendiri. Buat rakyat ibu kota susah nak berjalan, nak beli barang dan nak pi kerja. Sedangkan depa dok sibuk bertukar tukar `penafian' dan `bertukar tukar' peng`ampu'an. Semua sama aje..Jangan main sych war psych war la..karut semua tu.

Polis pulak hanya ikut arahan. Polis akan tafsirkan law and order mengikut buku mereka. Hanya kadangkala mungkin political masters minta tolong sikit sikit buat adjustment tertentu. Maaf agak prejudice sikit. Ehh..Ehh..silap, tak payah minta maaf lah, sebab kadang kadang memang betul pun. Atas sebab sebab keselamatan atau law and order kot. Apabila sampai lewat petang habok pun tak ada. Laporan inteligen jadi tak kena dah. Itu yang tak elok tu. Nanti intergriti Polis jadi bahan ketawa. Kata ada laporan inteligent yang dakwa akan ada demonstrasi besar besaran tapi tak ada pun. Macam mana ni. Sapa yang betul betul rancang. Semua kata tak ada. PKR sampai nafikan dalam Dewan dan tanya Menteri, sapa yang nak anjur dan sapa yang nak buat demonstrasi. Cerita lah bagi betul. Ini perkara besar. Menyusahkan orang. Malaysia jadi kalut tak tentu pasal. Sapa punya angkara. Kalau betul ambil tindakanlah. Tapi mesti ada bukti la. Jangan lah main agak agak. Jangan susahkan rakyat yang sudah memang susah.

Kedua, kalau pelabur nak datang, pelabur dari mana agak agak yang minat nak datang dalam situasi begini. Dari Taiwan, dari Jepun, dari Korea, dari Arab Saudi, Dubai, Doha. Dari mana, cuba sebut. Apa jadi dengan negara. Apa jadi dengan ekonomi kita. Apa jadi dengan imej negara kita diluar. Nak salahkan sapa. Itu sebab kata kata orang macam Dato Nazir Razak tu boleh pakai. Dia cakap sensible dan professional. Tak ada selindung selindung punya. Dia realistik dan tak ada `bau politik' punya pemerhatian. Abang dia cakap pun dia sanggah. Dia ikut buku punya tak mau ampu sana ampu sini. Dia bukan Ezam punyai breed. Dia breed inteligent dan telus. La ni apa lagi strategi. Nak susahkan rakyat lagi. Ramai yang dah meluat yang terlampau ni...

Kepada kedua dua pihak, kepada yang bertanggung jawab menyusahkan rakyat majoriti, kepada yang bercakap ikut mulut dan cita cita, sedarlah hangpa telah menyusahkan rakyat dulu, kini dan selama nya. Bertaubat lah. Buatlah tindakan yang betul. Strategi strategi la..sych war sych war la..tapi jangan lebih lebih..nanti dituntut diakhirat nanti. Saya salah seorang...tapi bukan keseorangan yang telah lama fed up..fed up dari hujung rambut sampai hujung tumit....teringat dengan tajuk buku SN Dato Shahnon Ahmad....rasa rasa nya amat sesuai `tajuk buku' itu dilemparkan kepada suasana politik dewasa ini...

4 comments:

Anonymous said...

Sdr Ramli

apa nak jadi dengan Malaysia ni. Nampak sangat pentadbiran negara lemah. Zaman polis berkeliaran di seluruh ibukota sepatutnya dah lama berlalu. Hanya di negara-negara komunis kita lihat perkara ini. Kita dah maju, dah ada LRT, ada kereta sendiri tapi pemikiran kerajaan dan polis di takuk tok nadoq.
orang kata lemah, kita kena tangkap. itulah realiti nya. pemimpin kita yang nampak bergaya takat pakaian, girlfriend, rumah dan kereta besaq. tapi otak di lutut.

ZAINAL AMRI MOHAMAD ALI said...

Betoi la Bang Ramli...Lintang pukang kami berurusan di KL hari ni.Ramai yang lambat masuk pejabat, ramai pelajar tak masuk kuliah,ramai yang tak kepasar,minyak kereta patut boleh pakai dua hari, habis hari ni aje..Buat kerja tu eluk-eluk lah sukit..Jangan belum duduk dah belunjur...

Anonymous said...

setuju tuan Ramli dan abang anom 1.46, boleh pinjamkan buku Shahnon tu tak.

Memang sesuai depa ni kita panggil dengan ungkapan itu..

Anonymous said...

Apa ni Syed Hamid ni, Nak bertanding Naib Presiden pun jangan lah main gobrok macam ni.

Buat orang marah aje. Pak Habib jangan mimpi lah nak menang Naib tu. Masa tuan syed sudah expire la.