YAB Dato Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantana Darul Naim.
Dato Seri Harussan Zakaria, Mufti Perak dan bekas Mufti Wilayah Persekutuan Dato Hashim Yahaya berpendapat Dato Seri Anwar Ibrahim tidak perlu bersumpah seperti yang dicadangkan oleh Mufti Perlis, Dr Asri Zainal Abidin. Dato Harussani mendakwa tindakan bersumpah itu tidak menepati undang undang Islam. Mufti Perak itu terus secara sinis berkata cadangan itu `dari orang yang terlebih pandai'.
Sementara itu dalam sebuah blog al-ghari.blogspot.com melaporkan bahawa Mufti Perlis ini tidak berapa disenangi oleh beberapa orang Mufti dinegara ini. Ramai yang menyifatkan beliau seorang yang tidak mudah meraikan pendapat orang lain dan tidak menggunakan disiplin yang jelas semasa berbahas. Sila layari blog tersebut untuk penerangan lanjut. Saya tidak begitu arif untuk mempamerkan ulasan tuan punya blog dan para mufti didalam blog tersebut.Saya hanya menunggu pendapat seterusnya dari Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan selepas kenyataan Dato Seri Harussani ini. Moga moga pendapat ulama benar benar mendapat tempat dihati pemimpin kita tanpa mengira anutan politik mereka. Namun demikian para ulama juga diharap dapat sekata dan senada dalam memberi pendapat dan kenyataan terutama ketika memperkatakan isu isu penting yang melibatkan agama dan negara.
4 comments:
Mufti mesti memberi pendapat yang berpandukan Al Quran dan Hadith. Mereka tidak harus terbawa bawa dengan pemikiran politik yang boleh dilihat bersifat berkepentingan.
Moga Moga Allah selamatkan negara ini.
Anak Pondok
Kepala Batas
Cadangan SS Mufti Perlis, saya rasa terbawa bawa dengan cara penyelesaian mudah. Bagaimana sumpah (mubahalah) boleh menjadi penentu kerana pertuduhan dan penghakiman tidak dijalankan mengikut hukum syariah Islam.
Kalau yang dituduh dan yang menuduh sudah sanggup bersumpah, bagaimana pula dengan keputusan penyiasatan. Adakah penyiasatan dan pertuduhan akan dibatalkan.
Oleh kerana Hukum Allah adalah yang terbaik, maka itulah saja jalan penyelesaian nya dalam semua aspek kehidupan.
Peguam Muslim
Pulau Pinang.
Saya setuju dengan SS Mufti Perak. Dia terbukti bercakap mengikut hukum dan tidak terbawa bawa dengan keadaan dan situasi semasa.
Dato Seri Harussani Zakaria adalah diantara ulama yang benar benar punyai sifat terpuji dalam memberikan pendapat dan mengeluarkan kenyataan.
Hj Hashim Saedan
Pulau Pinang.
Ana tetap setuju dengan SS Dato Seri Harussani Zakaria.
Post a Comment