

Nampaknya Dato Ahmad Said, Menteri Besar Trengganu terlepas kali ini. Tindakan kerajaan Trengganu menukar Perdana V6 ke Mercedes E200 walau pun mendapat bantahan Kerajaan Pusat, Ahmad Said mendapat restu PM untuk terus menggunakan Mercedes tersebut. Makna nya Trengganu boleh terus pakai Mercedes dan tak perlu pakai Perdana V6. Selepas Ahmad Said jumpa PM, kereta Perdana jadi `besi buruk'.
Putrajaya pada awalnya agak tegas. TPM sendiri berkata isu tersebut akan dibincang didalam kabinet. Serius nampaknya. Dato Shahril pun komen. Semua tak setuju dengan tindakan Ahmad Said. Maka berkatalah semua Tok Tok Temenggong, Tok Tok Bendahara, hulubalang dan penasihat Menteri Perdana. Semua menyatakan rasa tidak senang dengan tindakan Ahmad Said. Orang jual Proton lagi marah. Dia kata Proton kereta terbaik dan paling sesuai untuk Kerajaan. Persatuan Pengedar Kereta Proton pun lompat, marah marah dan buat macam macam dalil tentang kehebatan kereta nasional.
Ahmad Said pula siap dengan hujah pembelaannya. Proton kereta yang kerap rosak dan tidak reliable. Kos penyelenggaraan Proton lebih tinggi dari Mercedes. Kos servis Perdana V6 tinggi. Kerajaan Negeri (semua negeri) kena bayar tinggi kepada SPANCO yang dilantik Kerajaan untuk kerja kerja penyelenggaraan kereta Kerajaan sejak zaman Dr Mahathir. Ahmad Said terus terang dan hujah pembelaannya ada fakta dan angka. Yang ini saya setuju dengan Ahmad Said. Idea lantik SPANCO sebagai syarikat servis kereta Kerajaan itu idea karut. Idea yang boleh jadikan rakan taulan tumpang berniaga harta Kerajaan, itu saja. Ini privatisation cara Malaysia.
Arahan pakai Perdana, kereta nasional memang bagus. Tapi lantik pula syarikat swasta untuk kendalikan servis kereta kerajaan itu`menyam.....namanya. Servis kereta nasional kepunyaan Kerajaan jadi punca buat duit terpijak. Tiris yang masuk poket yang sama. Idea untuk kawan kawan buat bisness dan tumpang raih kekayaan dari proses penswastaan Kerajaan.
Pemimpin kita ini memang pandai bagi pendapat tentang kereta nasional ni. Mereka pandai buat buat terkejut. Mereka bercakap seolah olah mereka sayang sangat dengan kereta nasional ni. Setakat pendapat saja. Setakat beri arahan. Hakikatnya mereka pakai kereta impot, isteri terpegun dengan kereta impot, anak gila kereta impot. Mereka kagum dan suka kereta impot terutama Mercedes. Cakap lain amalan lain. Hipokrit kelas pertama!
3 comments:
setuju sangat la dengan pendapat cik ramli dalam perenggan terakhir tu..
yg nilah kebenaran terserlah dalam isu ni.. bukan md said sorang.. malah majoriti manusia sedia atau yg perasan elit dan berprestij di malaysia ni tak akan berbangga menaiki kereta nasional kita tu.. kalau ada sikit terselit bangga pun tentulah kurang sangat berbanding dengan kebanggaan manaiki dan memiliki kereta buatan Jerman tu!
depa ni jugak la yg akan berapi2 berucap menyuruh kita bersikap macam orang jepun atau korea dalam membangunkan negara depa.. makna patriotik bagi md said ialah bilamana dia ialah orang pertama yg akan masuk berperang kalau negara diserang.. pemikiran zaman mana la mb ni?? dia lupa ka yg negara macam malysia ni pada zaman sekarang ni adalah lebih berisiko terdedah pada perang ekonomi, bukan lagi perang senjata.. itu sebab la kot singapura boleh dok pemain penguasa politik kita.. cakap seorang yg bertitle menteri besaq pun macam cakap budak sekolah!
Salam bang,
1. Proton ditubuhkan 1985. First model 1.3S dan 1.5S keluar 9/1985.
2. Sekarang tahun 2008, bermakna dah 23 tahun kilang Proton beroperasi?
3. Takan dah 23 tahun beroperasi, kualiti keretanya masih kekal macam tu ?? Sedih dan malu lah brader...!
sukj,
hang malu dengan kualiti proton yg 'dah' berusia 23 tahun ni..
hang tolong habaq mai sat kereta jenama apa yg masa dia umoq sama dengan proton tapi dah establish... hang habaq mai sat..
dalam banyak negara islam hanya malaysia, turki dan iran yg ada keluaqkan kereta sendiri, dan proton yg paling maju dan berkualiti.. yg ni pun hang malu ka? tu tak kira lagi berapa banyak tenaga kerja mahir dan pemindahan teknologi yg negara dapat dari perusahaan kereta ni.. ni pun hang malu jugak ka??
yg hang pi dok merapu kat merata blog hang tak malu.. orang dok buat benda baik hang nak malu.. hang ingat negara depa yg maju dan yg dok jadi pengeluar utama kereta dunia tu di buat dengan sekelip mata ka? malu dengan hang!
Post a Comment