Friday, July 4, 2008

P. Balasubramaniam Tarik Balik Akuan Bersumpah!

Ini bukan gambar Balasubramaniam anak lelaki Perumal, tetapi
lelaki Ethiopia memberi makan seekor hyna (dubuk)
fikir fikirkan lah...


Pagi tadi 4hb Julai 2008, Penyiasat Persendirian, P. Balasubramaniam telah menarik balik akuan bersumpah yang mendakwa Dato Najib punyai kaitan dengan pembunuhan Altantuya Shaaribuu. Statutory Declaration 6 muka surat dan dengan pernyataan dari nombor 1 hingga 55 itu telah di`batalkan' oleh Bala sendiri selepas sehari dia mengaku dengan bersumpah. Masa untuk menulis akuan bersumpah seperti itu memerlukan masa sekurang kurang nya satu setangah jam. Itu pun kalau ditulis oleh seorang yang biasa menulis repot atau membuat akuan bersumpah. Balasubramaniam seorang bekas anggota Polis dari Cawangan Khas sudah tentu punyai pengalaman membuat repot, meneliti repot dan bertindak dari repot yang dibuat. Dia sendiri yang tulis dan mengaku!

Dia dilaporkan `teary eyed' semasa sidang akhbar yang dibuat bersama dengan peguam beliau Americk Singh, Anwar Ibrhaim dan peguam Sivarasa. Apa yang meyebabkan Bala hampir menangis semasa sidang akhbar tersebut, tidak diketahui. Mungkin Bala sedih kerana sesuatu yang bakal `terjadi' esok nya. Sedih kerana akuan bersumpah enam muka surat itu akan terpaksa dicarik carik dan mungkin dibakar. Teringat akan nasib kertas akuan bersumpah 6 muka surat itulah mungkin menyebabkan Bala sedih dan `teary eyed' semasa sidang akbar bersama Anwar pada hari ini. Dia kesian kat kertas enam muka surat tu la...

Kemudian tak sampai 48 jam, Bala bertindak mengubah fikiran nya. Akuan Bersumpah nya bertukar dengan Akuan Bersumpah yang baru. Kali ini pernyataan nya berbaza. Dia mendakwa membuat akuan bersumpah terdahulu ( pada petang 3hb Julai 2008) didalam keadaan tidak menentu atau dalam bahasan market, keadaan celaru. Kali ini Bala datang dengan peguam lain. Americk Singh tidak ada bersama Bala. Akuan Bersumpah nya pun sudah jadi pendek dan rengkas. Tak sampai 6 muka surat dan hanya beberapa pernyataan, tak sampai dari nombor 1 hingga nombor 55.

Selepas tersebar berita penarikan balik akuan bersumpah Bala itu, penentang Anwar (penyokong Najib?) terus membawa cerita bahawa Balasubramaniam dipaksa oleh orang orang tertentu (nak sebut Anwar terus tak berani) untuk membuat akuan bersumpah tersebut. Makna nya Balasubramaniam dipaksa untuk membuat akuan bersumpah itu. Bukti nya hari ini, 4hb, Balasundram telah menarik akuan bersumpah itu. Ramai juga yang mahu supaya Anwar yang telah memaksa Balasubramaniam untuk membuat akuan bersumpah tersebut.

Inilah negara tercinta Malaysia. Akuan Bersumpah hanya bernilai RM10. Itu bayaran untuk Pesuruhjaya Sumpah. Isi nya boleh diubah ubah seperti yang membuat pengakuan nya juga. Hari ini sumpah lain esok pagi sumpah lain. Hari ini buat akuan dengan bersumpah hadapan Pesuruhjaya Sumpah dengan dakwaan yang berjela jela, esok pagi buat sehelai dua nafikan semua yang berjela jela itu. Buat pengakuan dihadapan Pesuruhjaya Sumpah lain...bayar lagi RM10, habis cerita.

Apa punya worang....ingat main main ka...ingat cokelat ka, sekejap ada, sekejap tak ada. Hablau punya manusia, bikin orang penin...Bukit Aman pun boleh jadi tak aman kalau ada ramai orang macam si Balasubramaniam anak Perumal ni. Dia ingat mengaku dengan bersumpah ni boleh buat main main macam dia beli Guiness Stout ka...sekejap order Guiness, sekejap order Tiger...walau pun stout tu sama, apa cop pun boleh buat kita mabuk jugak. Brand dan harga nya saja mungkin berbeza. Tapi ini bukan kes beli stout. Ini kes undang undang dan melibatkan orang lain..deii..dei...apa awak ingat ini suka suka punyai hal ka...Ini macam kalu, awak kena carry kavadi lagi tahun depan la..jangan main main tau...nanti Lord Murugan pun boleh marah.

Kes akuan berubah ubah ini sudah jadi `rutin' dalam episod akuan bersumpah dinegara ini. Semasa Anwar dituduh meliwat tahun 1998 pun, banyak helai juga akuan bersumpah yang berubah ubah dan bertukar tarikh dan isi. Berat sungguh perangai orang Malaya ni...(bukan tersilap eja tetapi memang layak digunakan perkataan itu) undang undang dibuat main....tapi kalau pemimpin pun ramai yang permainkan undang undang, rakyat biasa apa lagi la...depa ikut pemimpin..kalau guru kencing berdiri, murid kencing berlari la...

Kita hanya cuba mahu bayangkan kalau Mohd Saiful Bukhari Azlan atau Raja Petra Kamaruddin pula buat akuan bersumpah lain menafikan akuan bersumpah yang dibuat mereka terdahulu. Lagi pening jadi nya. Lagi celaru jadinya...Lagi penin..Bukit Aman. Pesuruhjaya Sumpah pun penin..walau pun dibayar lagi. Pendek kata ramai orang akan pening dan celaru dengan isu akuan bersumpah ini. Maklumlah `mengaku dengan bersumpah' dihadapan Pesuruhjaya Sumpah.

Harap harap kita jangan lagi pening dengan telatah dan perangai Ahli Persatuan Akuan Bersumpah di Malaya ini. Kita kena buat tak tau aje...jangan pedulikan depa..kita buat kerja kita. Kita kena cari makan untuk anak anak kita. Kita kena beli beras walau pun semakin mahal. Kita kena isi petrol kereta kita walau pun harga petrol naik. Kita kena beli minyak, bawang, tepong dan gula untuk mak bapak dan anak bini kita. Mari kita sama sama persetankan orang orang macam depa tu..kita buat hal kita sudah. Kita doakan kita selamat sekeluarga, kemudian baru doakan agar `the truth will prevail'. Kita doakan Allah tunjukkan kebenaran tanpa mengira siapa. Kita doakan yang benar akan diberkati dan dilindungi Allah, yang berdusta biar depa dapat balasan dari Allah. Kita sudah terlalu lama melihat `kepura puraan' ini.

8 comments:

Anonymous said...

Sekarang lupakan soal Balasubramaniam kena paksa buat akuan bersumpah itu ka atau dia kena umpan untuk menarik balik akuan pertama tersebut. Kita tak usah teka-teka.

Yang jelas lagi nyata cuma satu, kenapa lambat sangat Bala buat akuan sumpah yang pertama itu sedangkan kes Altantuya sudah lama berjalan. Benda itu sepatutnya timbul tahun lepas, atau paling bodoh pun dekat-dekat pilihanraya hari tu.

Why now?
Why?
Why?
Tak sampai 'seru' kot...

mn said...

Salam bang Ramli,

1. Sedangkan sumpah dikalangan orang2 Islam pun sukar dipercayai?

2. Inikan pula sumpah dari mereka yang bukan Islam dan tak kenal Allah?

3. Inilah yang dikatakan 'BALA'. Negara ditimpa bala, akhirnya kita rakyat yang terkena bala.

Anonymous said...

Bala ni makan dua belah kot. Kat Anwar dia ambik, kat Najib oun dia ambik.

Dia ni kaki todi aku rasa.
Suruh Polis lokap baru tau.


Pak Wan Kuala

Anonymous said...

Saya setuju bang, kita hari hari dok susah hati barang naik, depa dok sudah hati macam mana hendak kekal kuasa dan rampas kuasa.

Saya berdoa moga moga mereka ini insaf. Politik Kedah macam mana pulak bang?


Bekas Rakan Muda

Anonymous said...

Anwar Haprak, Najib Haprak, Pak Lah lagi haprak.

Saiful haptak, RPK haprak, Bala lagi haprak.

A nation full of hapraks....Malaya

Jangan kita jadi haprak sudah....

Anonymous said...

hmm banyak fakta yang boleh di ambil sebagai contohnya tentang kononnya najib pernah bersama sigunu suatu festival diamond di singapura.. so jika ini fakta...mesti ade cctv,video, gambar secara proof dan orang yang mengenali najib di ekspo tersebut...Tak kan najib nak rasuah seluruh orang kat ekspo tersebut..so bukti mesti ade dia sana bersama sigunu..bukan maybe but seriousuly orang mesti kenal Najib coz he is a vvip from malaysia.. so do some digging if you want to find the truth..If the story is not true so Najib will free from Altantuya's Ghost... Maybe Maylinda (Ghost Whisper) can help us to ditermine this true.. After all just like ROCK Said Do you smell what the rock is cooking!!!!.If Najib pass this 'BALA' he surely on the ringht way to be Prime Minister of Malaysia perhaps

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Ramli Mohd Yunus said...

Saudara, komen didelete bukan kerana apa. anom 12.50 telah postkan komen yang sama.

Terim kasih.