Thursday, July 10, 2008

Pak Lah Kekal PM dan Presiden UMNO!




Perdana Menteri petang tadi mengumumkan bahawa beliau akan menyerahkan jawatan Perdana Menteri dan Presiden UMNO kepada Timbalan nya pada pertengahan tahun 2010. Beliau sebelum itu telah mengadakan pertemuan dengan ketua ketua bahagian, wanita, pemuda dan puteri di PWTC selepas menghadiri mesyuarat majlis tertinggi UMNO. Menurutnya semua pemimpin disemua peringkat Majlis Tertinggi dan bahagian bahagian telah menyatakan persetujuan mereka dengan cadangan beliau itu. Makna nya semua setuju. Sebulat suara.

Kita tunggu apa pula tindakan ketua ketua dan ahli ahli cawangan nanti semasa mesyuarat agung cawangan yang bakal diadakan dari 17 Julai hingga 24 Ogos nanti. Yang setuju hanyalah diperingkat pemimpin bahagian dan majlis tertinggi. Ahli dan pemimpin diperingkat bawahan masih belum kita ketahui perasaan dan pendapat mereka.

Apa pun kalau itu lah yang bakal terjadi seperti yang diumumkan oleh kedua dua nya, ramai yang sudah menjangka akan situasi begitu. Walau pun difahamkan terdapat gerakan secara sulit dan terang terangan, yang berusaha kearah menunjukkan Najib akan dicalunkan sebagai Presiden, namun `for some reasons' ramai juga yang tidak yakin Najib akan sampai kearah itu. Sekarang sudah jelas. Najib hanya bersetuju untuk dicalunkan sebagai Timbalan kepada Pak lah. Skeptikal ramai memang betul. Tak salah tekaan beberapa sahabat yang mengenali siapa Najib.

Ayat `for some reasons' yang digunakan oleh Dr Mahathir terhadap sikap Najib sudah mengena. Betul lah kata orang tua tua. Najib bertindak betul. Apa pun dalil dan sebab musabab nya, yang pasti Najib selamat. Kenyataan kenyataan mengenai `betapa sayang nya beliau kepada parti yang pernah diterajui oleh ayahanda nya', `peralihan kuasa dengan cara yang mengikut amalan dan budaya', dan macam macam dalil yang boleh dicarigali, tetap menjurus kepada kemana Najib. Apakah perkembangan ini juga hasrat majoriti ahli UMNO, masih menjadi tanda tanya!


2 comments:

Anonymous said...

Saudara,

Saudara orang kuat Umno. Setiausaha bahagian Pokok Sena. Tak kan saudara tak tau orang Kedah/bahagian-bahagian Kedah nak calonkan sapa?

Anonymous said...

Abang Ramli ni tak kan cakap punya..tapi depa dok pakat nak calunkan Najib dan Muhyiddin tu.

AAB dan Najib tak sesuai la. Orang Najib takut dia tak sampai tahun 2010 sebab AAB ada hati nak bagi orang lain.

Muhyiddin pulak lagi dilema.Bang Li sokong sapa pulak ni. Tak kan nak sokong Lim Kit Siang pulak.