Wednesday, August 13, 2008

Kisah UITM dan Jihad Wanita UMNO!


YAB Tan Sri Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor yang cadangkan agar UITM ambil 10 peratus pelajar dari bukan Melayu....tak ada penyakit cari penyakit...dia tak tau atau lupa bahawa isu isu bersabit dengan Melayu ni...ramai pemegang `franchise' nya!!!



Logo UITM selepas dinamakan Universiti Instsitut Teknoloji MARA.

Sehari dua ini heboh pasal cadangan Menteri Besar Selangor agar UITM mengambil 10 peratus pelajar bukan Melayu sebagai pelajar UITM. Riuh rendah dibuatnya. Pelajar tiba tiba dapat permit untuk berdemontrasi. Bos UITM lagi mengamuk. Datuk Ibrahim Abu Shah ini memang terkenal dengan cakap cakap mengenai ketuanan Melayunya. Nasionalist pro UMNO ni memang cepat berang kalau ada orang cuba bercakap pasal Melayu. Tapi agak tidak selesa bercakap pasal penyelewengan, salahguna kuasa dan rasuah pemimpin Melayu. Kes kes macam ni dia agak `pendiam' sikit. Gempar satu kampong pasal Khalid Ibrahim cadang bukan Melayu masuk UITM.

Maka bertempiksoraklah pemimpin ketuanan Melayu. UITM itu hak bumiputra dan hak orang Melayu. Mana boleh Khalid Ibrahim cadang nak masukkan pelajar bukan Melayu. Khalid seorang pembelot Melayu jadinya. Dia nak jual hak Melayu dan hak bumiputra. Cukup cantik dan indah adunan bahasanya. Pembela Melayulah katakan. Cakap mesti cakap. Jangan tak cakap. Lebih baik, maki hamun Khalid. Kalau nak lagi baik, cadangkan Khalid dilucutkan kerakyatannya!!

Khalid Ibrahim pun satu. Yang tak pasal pasal, tak ada hujan tak ada guruh, tiba tiba buat cadangan yang buat orang `ketuanan Melayu' mengamuk. Kalau betul pun pelajar Melayu boleh berintraksi dan berdaya saing dengan pelajar bukan Melayu demi kemantapan pembelajaran mereka, Khalid tak perlu dan tak payah cakap. Biarlah orang yang berkuasa dan pemegang saham `ketuanan Melayu' yang bercakap. Biarlah `pembela pembela Melayu' bercakap, kita dengar saja. Dia orang memang ada `authority' nak bercakap pasal hak dan ketuanan Melayu. Khalid dari pembangkang, mana ada hak dan keistimewaan itu. Tak kan tak sedar lagi, dah lama tinggal di Malaysia. Tau tak apa!!!

Sekarang kan dah jadi isu. Hilang undi tu. Utusan dan Berita Harian akan bagi publisiti besar besaran tentang isu tu. Gambar Khalid akan selalu dapat `main page treatment'. Semua tokoh yang authority buat statement. Kita tukang dengar sudah. Mari kita pakat pakat dengar `sajak dan gurindam' mereka tentang hak dan ketuanan Melayu. Beratus Universiti diberi lesen pada Ah Chong pada Muthu tak apa. Hendak cadang...baru cadang bagi 10 peratus masuk UITM dah jadi cerita gempa bumi.

Kolej Perubatan MIC, Universiti Tunku Abdul Rahman, Kolej Wawasan, Sunway, HELP, Damansara dan macam nama lagi diberi lesen kolej dan universiti yang jelas dan ketara hanya mengambil pelajar dari sesuatu kaum sahaja. Kenapa Ibrahim Abu Shah senyap dan membisu. Kenapa tokoh ketuanan Melayu tidak heboh dan mengamuk. Mana hero ketuanan Melayu, mana hero hak bumiputra dan hak Melayu. Semua main lagu senyap sunyi!!

Di Permatang Pauh pulak ada cerita lawak kontemperori yang paling menggelikan. Naib Ketua Wanita dan bakal Pemangku Ketua Wanita pada Jun 2009, Shahrizat Jalil mahu berjihad didalam Pilihanraya Kecil. Jihad untuk mempastikan Anwar tidak menang. Jihad untuk mempastikan Anwar tidak jadi PM. Jihad pulak dah...faham kah Wanita UMNO apa makna jihad tu. Selalu perkataan jihad ni memang taboo bagi kepimpinan UMNO apatah lagi Wanita. La ni nak berjihad pulak. Punyalah kelakar. Dari mana Shahrizat jumpa ayat tu belum dapat dipastikan. Alahai..jihad..kesian jihad disalahguna!!!

Dalam Pilihanraya Kecil dan Besar ke, lawanlah. BN kan ada rekod dan ada sejarah. Apa nak takut. Kalau produk kita baik orang akan beli. Kalau produk kita menepati citarasa dan tuntutan ramai, jualan kita tentu laku. Kalau sejarah hidup kita baik dan tidak ada `tainted' sudah pasti kita akan disokong. Jangan takut dengan tohmahan dan tuduhan, kalau kita dipihak yang benar dan betul. Tak payahlah guna perkataan suci jihad tu. Ini hanya Pilihanraya Kecil bukan nak pertahankan bumi Islam dari kafir harbi. Yang hari hari pertahankan bumi Islam dari Yahudi di Palestine pun kita sokong hangat hangat tahi ayam. Yang berjihad mati di Iraq dan Iran kita momokkan. Yang betul betul mahu berjihad di Indonesia pun kita tak ambil kisah. Jihad mereka kita tidak ambil serius, kadangkala kita buat ejekan. Tup..tup..tiba tiba nak berjihad menentang Anwar Ibrahim....berapa punya lawak dah....

No comments: