Monday, August 11, 2008

Permatang Pauh dan Pemilihan Dalam UMNO!

Dato Seri Anwar semasa mengumumkan hasrat untuk menjadi calun didalam Pilihanraya Kecil Permatang Pauh....yang pernah dapat pink forms..dapat tanah jual tanah...jadi Pengarah dan `tukang arah' dalam GLC... masa Anwar jadi TPM, boleh senyum senyumlah...
Ada ke lagi ni.....aku tengah lapar ni...sejenis biawak Africa sedang `meneropong' mangsa...heh..heh..saampai bila huh...

Pilihanraya Kecil Permatang Pauh akan berlaku pada 26 Ogos 2008 ini. Hari penamaan calun pada 16 Ogos. Anwar Ibrahim akan jadi calun PKR. Calun UMNO/BN masih belum diumumkan. Ada gesaan dari UMNO Bahagian Permatang Pauh mahukan Ketua Bahagian dipilih sementara beberapa nama lain juga sedang dipertimbangkan. Presiden UMNO akan menentukan siapa yang bakal menentang Anwar. Itu sudah jadi hukum!!!

Kawasan Permatang Pauh dilihat sebagai kawasan selamat bagi Anwar dan PKR. Dari tahun 1982 nama Anwar Ibrahim kekal disitu walau pun pernah diwakili oleh Datuk Seri Wan Azizah, isteri beliau. Pemimpin UMNO nampaknya lebih suka menyindir dan memperkatakan sebab Anwar memilih kawasan selamat. Sibuk pasal Anwar pilih Permatang Pauh. Ezam kata Anwar bukan seorang warrior! Lawak juga Ezam ni ya. Memilih kawasan selamat adalah matlamat nombor wahid semua orang politik la, melainkan kalau seseorang itu hanya mahu calun atas sebab sebab lain. Memang `unik' betul cakap cakap kalangan pemimpin masakini.

Sementara itu, ramai yang menganggap bahawa Anwar sudah hampir pasti akan masuk Parlimen. Majoritinya mungkin kurang atau bertambah. Ini akan dinilai bukan saja bagi Anwar dan PR tetapi juga bagi UMNO/BN. Kita tunggulah. PKR sudah sedia dengan calun dan jenteranya. UMNO nampaknya masih mengimbau nama calun. UMNO Permatang Pauh ada banyak kem dan sudah tentu calun akan menentukan jumlah majoriti kalau pun bukan untuk menang. Setakat semalam, nama Dato Seri Mohd Shariff Omar, Ketua UMNO bahagian Tasek Gelugor pula ditonjolkan. Bagaimana dengan orang UMNO Permatang Pauh...boleh terima ka!

Dalam situasi pemilihan UMNO di Bahagian Bahagian pula, menunjukkan dengan jelas UMNO ini memang unik. Unik dari aspek yang tidak begitu positif. Unik dengan budaya politiknya. Unik dengan hemah dan tindakannya. Unik juga dengan perangai dan tabiinya. unik mengikut keunikan UMNO dan politik masakini. Unik dalam segala unit. Hebat yang tidak dapat ditandingi. Hebat cara UMNO lah. Kisah pelik tetapi benar. Tafsiran demokrasi yang jauh lari dari amalan. Pertandingan yang juga lari dari budaya pertandingan itu sendiri. Memang hebat UMNO ni!

Watak watak politik yang tidak boleh jadi teladan dan contoh berkeliaran didalam setiap UMNO bahagian. Hemah dan budi tidak begitu menonjol. Karisma dan kebolehan juga tersisih. Ilmu dan latar belakang juga jauh `terpelanting' kebelakang. Sejarah dan realiti dipinggirkan. Pengalaman dan jasabaik kerapkali dilupakan. Penilaian ditentukan oleh cara berhemoi, wang ringgit dan kepentingan semasa. Hendak berkhidmat kena minta macam peminta sedekah. Itu pun kalau betul betul hendak berkhidmat, kalau hanya nak jadi ketua memang kena minta. Malu dan segan jangan peduli. Buat cara yang ramai orang buat, insyaallah boleh jadi pemimpin dalam UMNO. Itulah...memang UMNO itu unik!

Yang ada pendidikan dan berilmu juga terikut ikut dengan budaya songsang ini. Disiplin dan jatidiri sudah lama hilang dalam kamus UMNO semasa pemilihan ini. Semua orang mendakwa itulah politik, itulah amalan, itulah demokrasi. Nak tergelak jugak. Tapi ramai yang berpendapat begitu, yang tidak selesa jadi `political outcast' lah. Tersisih dan terbuang. Pandai sangat konon, jadi kupang tembagalah. Budaya dan perangai yang sudah jadi darah daging. Virus yang disedari tetapi dinafikan. Sindrom yang sudah dikesan berabad lama. Kepada yang agak idealistik dan berpegang kepada prinsip, mempertahankan karisma dan ciri ciri kepimpinan boleh rehatlah. Hanya ada dua pilihan, ikut sekali perangai buruk yang sedang diamal atau duduk sebelah. Tengok dan tontonilah pementasan kehebatan UMNO ini. Hebat yang mengatasi segala kehebatan!!!

No comments: