
Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Dato Seri Rafidah Aziz telah mengumumkan tarikh persaraan nya dari jawatan Ketua selewat lewatnya Jun 2009. Dato Seri Shahrizat Jalil dinamakan sebagai pengganti. Maknanya Shahrizat akan jadi Ketua Wanita selepas enam bulan Rafidah jadi Ketua. Tapi jawatan Pemangku Ketua saja la. Itu pun kalau Rafidah tidak dicabar bulan Disember ni.
Satu trend baru dalam politik Malaysia. Lim Keng Yaik dari Gerakan pernah melakukannya. MCA juga ada buat seakan akan macm tu la. Samy Velu saja yang tak teringin dak ikut `semangat baru' BN ni. Dia ada stail dia sendiri. Stail ala Fidel Castro!!!
Pak Lah dan Dato Najib sudah buat `precedence' tentang kaedah peralihan kuasa ni. Rafidah nampak lebih cepat walau pun macam nak sama aje. Dua dua pengganti bakal jadi Pemangku Ketua/Presiden. Jadi tak jadi, ini kerja Allah walau pun manusia yang rencanakan. Harap harap jadilah. Teater politik yang semakin menggelikan hati!!!
Hari ini saya menerima sms dari seorang sahabat yang berada di Pejabat BPR Wilayah Persekutuan. Menurut yang empunya handphone, Dato Mazlan Dato Harun, bekas ahli EXCO pemuda UMNO era Dato Suhaimi Kamaruddin telah buat laporan rasmi kepada pihak BPR mengenai salahlaku dan rasuah Abdullah Ahmad Badawi (Presiden UMNO) dan Mohd Najib Tun Abdul Razak (Timbalan Presiden UMNO) menjelang pemilihan UMNO tahun ini. Mereka didakwa menjemput ketua ketua cawangan UMNO ke Kuala Lumpur dengan memberi wang, kain, jamuan makan dan tinggal dihotel lima bintang. Terdahulu Capt.(B) Dato Zahar Hashim, Ketua UMNO bahagian Petaling Jaya Selatan membuat laporan rasmi ke ibu pejabat UMNO mengenai dakwaan yang sama.
Secara ikhlas saya katakan. Tindakan itu ada asasnya dan ada `locus standi'. Dari aspek undang undang, ada kes untuk di proceed. Pihak pendakwa melihat ada kes yang kuat untuk dibuat pertuduhan. Itu kata undang undang yang dilihat secara mata kasar. Secara ikhlas juga saya katakan, bahawa kes ini akan lenyap ditelan masa. Tidak akan ada apa apa yang bakal mengejutkan.
Percayalah kita ni tinggal di Malaysia. Mazlan Harun dan Zahar Hashim pun tinggal di Malaysia juga. Tak kan tak faham. Tak kan lupa kot. Kalau saja saja nak buat repot tu memang bolehlah. BPR pun kena ambil laporan juga. Itu kerja dia. Fail fail mata mata makan suap RM20 dan tok kerani pejabat ambik duit stem, kan masih banyak lagi!
BPR atau nama panjangnya Badan Pencegah Rasuah....nampak menggerunkan. Tapi gerun tang nama aje. Yang lain tu kita pakat pakat ingat dan tengok lah.
2 comments:
"Peralihan kuasa" merupakan satu perkara yang agak menarik dalam UMNO sejak akhir-akhir ini. Memanglah diakui ada baiknya jika perkara begini dilakukan.Tapi pada saya peralihan kuasa begini hanya patut dilakukan sekiranya ada asas-asas yang konkrit dan menusabah.Tidak sekadar atas alasan kononnya untuk perpaduan parti.Dalam konteks wanita ini pun apa bezanya jika peralihan ini dibuat bulan Disember ini.Takut ada pertandingan?Bukankan kah pertandingan sebahagian daripada demokrasi.Dan katanya UMNO mengamalkan demokrasi.Pada saya peralihan kuasa sebegini semata-mata kerana cuba mengatur siapa bakal pengganti.Cuba menyekat ahli untuk memilih.Ahli disogokkan dengan calun yang terpaksa diterima.Takut pada pertandingan?Bila ketua atau pemimpin tak pernah bertanding dan dicabar, ia akan menjadi ketua yang pasif.Itu sebab UMNO tak pandai bertanding.Bila pilihan raya, kita tak boleh buat begini.Kita kena bertanding jugak.Bila bertanding, kita goyah dan kalah.Pemimpin UMNO patut mengubah cara.
Mak Cik Mak Cik tu dah mula dekat tarikh luput. Lupakan demokrasi cara UMNO.
Pemimpin takut dicabar adalah pemimpin kelas tiga dan tidak ada jatidiri.
Post a Comment