Seminggu dua ini, nama BPR agak terserlah. Peranan dan tanggung jawab BPR agak menonjol dan nampak 'prominent'. Memang eloklah tu. Kalau sudah memang negara tercinta terlalu menonjol dengan masalah rasuah, susah tentu BPR berperanan lebih penting dan terserlah. The words without fear or favour must be instilled and nailed into the hearts of the BPR officers.
Cuma media perdana agak masih lagi kurang mahu menerima hakikat bahawa laporan mengenai rasuah bukan lagi boleh dijadikan 'mainan politik kelompok' tertentu. Laporkan lah yang benar dan bertepatan dengan insiden yang berlaku. Apabila ADUN Lenggeng disiasat dan ditahan kerana tuduhan rasuah, hanya The Star melaporkan nama ADUN tersebut, YB Mustafa Salim, akhbar Utusan dan New Starits Times hanya menyebut seorang ADUN. Sebaliknya apabila ahli EXCO Perak ditahan kerana tuduhan rasuah, gambar dan tuduhan terperinci dilaporkan. Nampak jelas keghairahan untuk mewujudkan penghakiman media. Kalau pun ada agenda tertentu, saya kurang yakin rakyat boleh menerimanya.
Datuk Azman Ujang dari BERNAMA dalam tulisannya diSTAR menyatakan bahawa BPR sejak akhir akhir ini nampak serius dan 'means business'. Tony Kwan Manwai, Bekas Timbalan Pesuruhjaya, Suruhanjaya Bebas Menangani Rasuah (ICAC) Hong Kong, menyambut baik tindakan BPR yang dilihat sebagai usaha serius Kerajaan menangani masalah rasuah. Tony Kwok dikenali sebagai seorang yang amat tegas dan tidak gentar dalam usaha menangani masalah rasuah di Hong Kong.
Tunku Aziz Tunku Ibrahim. bekas President Tranparency International Malaysia dan pengganti beliau Tan Sri Ramon Navaratnam, sudah begitu lama mengidamkan peranan BPR agar sama dengan ICAC di Hong Kong. Walau pun Navaratnam merasa bahawa penangkapan sejak akhir akhir ini 'quite unusual' mahukan BPR 'whose bossess are more proactive of late to step up the pace'. Kedua dua mereka adalah diantara yang amat 'merindukan' penubuhan Suruhanjaya Menangani Rasuah Malaysia - MCAC yang bakal diwujudkan pada tahun depan.
Dalam pada itu ramai yang mahupan BPR bertindak terhadap isu politik wang yang dikatakan agak berleluasa dikalangan ahli politik. BPR seharusnya juga menyiasat kegiatan politik wang yang dianggap oleh ramai sebagai plain corruption. Dato Seri Ahmad Said, Ketua Pengarah BPR tidak menafikan BPR menerima beberapa aduan mengenai kegiatan politik wang dikalangan kepimpinan UMNO semasa pemilihan parti dewasa ini.
Navaratnam menganggap politik wang adalah ibu segala amalan rasuah. BPR juga dilaporkan membuat tangkapan dan Naib Ketua UMNO Bahagian Seremban adalah diantara yang telah ditangkap dan telah dituduh di Mahkamah. Beberapa individu lain dari UMNO juga sedang disiasat. Tetapi seorang Ketua Pemuda Cawangan pula dituduh sebaliknya. Dia dituduh membuat laporan palsu kepada BPR. Pulak dah....
Tunku Aziz pula menyifatkan politik wang adalah kes straightforwrad corruption dan seharusnya ditangani dan diambil tindakan mengikut amalan rasuah untuk memberi pengajaran yang setimpal kepada pengamalnya. Sekali lagi perkataan without fear or favour mesti diutama dan dijadikan amalan.
Sementara itu dua kapal kepunyaan MISC telah dirampas oleh lanun Somalia pada 19th dan 27hb Ogos lalu. Kedua duanya Bunga Melati 2 dan Bunga Melati 5 di Teluk Aden berhampiran dengan dengan Somalia dan Yemen. Laun tersebut diberitakan menuntut RM3 juta setiap kapal yang dirampas sebagai tebusan. Setakat ini terdapat 65 pekerja rakyat Malaysia dari kedua dua tanker yang dirampas tersebut masih lagi ditahan walau pun mereka tidak diapa apakan.
Lanun lanun Somalia dilaporkan dikenali sebagai Somalia Marines adalah kumpulan lanun yang digeruni dan amat berkuasa serta mempunyai punyai struktur ketenteraan yang begitu sistematik. Diberitakan mereka mempunyai Fleet Admiral, Vice Admiral dan Ketua Unit Operasi Kewangan dengan berbekalkan senjata otomatik yang canggih dan moden. Lanun moden lah tu....
Yang menariknya, lanun tersebut menggunakan kapal MISC sebagai pusat rundingan bagi menuntut ransom daripada tuan tuan punya kapal yang dirampas selain dari kapal MISC. Mereka mengunakan tanker MISC kerana bekalan makanan yang halal didalamnya. Lanun pun ingat halal haram jugak....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment