Saya memilih untuk tidak menulis secara direct apa juga perkembangan UMNO masakini didalam blog ini. Saya kurang selesa kerana sedikit sebanyak saya terlibat secara langsung. Biarlah blog ini menjadi medan percambahan minda rakan rakan bloggers atau tidak secara terbuka, ikhlas dan tertib tanpa ikatan dan pertalian fahaman politik kelompok tertentu. Biarlah kita berbicara secara dengan dada terbuka dengan berpegang kepada `bersetuju untuk tidak bersetuju' dan ' saya mungkin tidak bersetuju dengan apa yang saudara katakan namun saya akan pertahankan hak dan kebebasan saudara untuk menyatakan apa yang saudara katakan'.
Sehari dua ini, saya terbawa bawa juga untuk menjengok apa yang telah dan sedang berlaku semasa keghairahan kepimpinan UMNO melaksanakan proses dan amalan`demokrasi' yang didokong. Saya cuba untuk tidak memberi komen isu isu yang sedang dan kerap diperkatakan terutama yang melibatkan cara dan gaya ahli UMNO menilai dan memilih pemimpin. Saya tidak ada selera untuk bercakap mengenai leadership dalam UMNO kerana takut hilang masa dan hilang kawan.
Saya kurang yakin `agree to disagree' dapat diamalkan dalam situasi sekarang. Terlalu ramai `democrats' yang bekeliaran didalam halaman politik UMNO masakini. Ramai juga yang menghabiskan masa dapat belanja tukang tukang kempen di coffee coffee house, dihotel hotel dan dicafe cafe dari kalangan yang tidak diketahui asal usulnya, latar belakang kehidupannya dan pegangan politiknya. Mereka ini adalah kumpulan yang dikenali sebagai balaci pemimpin. Pada saya mereka tidak lebih dari dedalu politik atau political parasites. Mereka pandai menilai pemimpin mengikut acuan dan tafsiran mereka. Pemimpin yang tidak cerdik boleh jadi hebat diwar warkan oleh kumpulan ini. Mereka ini dapat imbuhan untuk mengutuk pemimpin tertentu dan dengan dalil yang mereka cipta dengan restu pemimpin kelas tiga dalam UMNO. Mereka mendabek dada sebagai orang itu dan orang ini. Balaci jenis ini bila kita selongkari kehidupan dan latar belakang mereka, barulah kita tahu manusia jenis apa mereka. MALANGNYA RAMAI PEMIMPIN YANG PAKAI ORANG JENIS INI.
Ahli dan pengikut setia parti dikampong kampong tidak pernah dapat peluang menikmati situasi macam golongan ini. Pemimpin dan menteri hanya kenal ahli dan perwakilan dari kampong kampong ini semasa pemilihan semata mata. Lepas itu kumpulan balaci inilah juga yang dapat tempat dihati pemimpin dan menteri. Mereka jugalah yang kerap bersama menteri dan berada dipejabat menteri. Dikampong kampong yang menjadi perwakilan UMNO pun belum tentu pemimpin UMNO beri perhatian dan layanan macam kumpulan tukang kempen jenis balaci ini.
Mereka ini ada yang dapat kereta baru selepas musim kempen, hidup senang lenang jadi `pelakon dan penyanyi politik'. Golongan ini pandai `menyanyi' depan pemimpin. Pemimpin pulak dari jenis yang tidak banyak tahu dalam banyak hal yang patut dia tahu pulak terima bulat bulat dan percaya. Duit bertukar tangan, pemimpin karut jadi hebat, pemimpin kotor jadi bersih, pemimpin tak berkemampuan jadi tokoh. Pujian melambong akibat dari sogokan. Pemimpin yang ada intergriti, berkualiti dan punyai daya kepimpin yang baik tetapi tidak pandai `main main' dan PR kurang (PR cara UMNOlah) akan dihentam habis habisan. Inilah budaya dan stiuasi semasa setiap meilihan dalam UMNO. Di Bahagian Bahagian pun golongan yang tidak diketahui latar belakang hidupnya dan cara hidup yang tidak senada dengan budaya dan amalan UMNO pun diberi tempat dan mendapat perhatian dikacamata pemimpin. Adakalanya kepimpinan UMNO Bahagian juga dicorak dan ditentukan oleh kumpulan yang karektor nya menjadi persoalan masyarakat setempat. Ramai pemimpin yang terima dan pakai mereka.
Rakyat hanya memerhati dan menilai. Mereka tidak ada hak dan peranan. Rakyat terbanyak akan hanya berperanan dimasa Pilihanraya. UMNO boleh pilih pemimpin mengikut acuan, tafsiran dan penilaian ahli UMNO, MCA juga begitu. Samada penilailan itu senada atau selaras dengan hasrat kehendak dan tuntutan rakyat hanya boleh dibuktikan semasa Pilihanraya. Hukuman akan dijatuhkan semasa Pilihanraya dan rakyat terbanyak telah memberikan `tanda tanda awal' sebelum dan selepas Pilihanraya 2008.
Wednesday, October 29, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment