Semasa di Phnom Penh pada 14 Oktober, saya menerima panggilan telefon dari seorang sahabat di Bangkok yang bertanya saya berada dimana ketika itu. Agak terkejut dengan soalan itu, saya diberitahu bahawa beliau menerima email dari saya yang mendakwa bahawa saya stranded, kehilangan dompet dan memerlukan bantuan kewangan di kota London. Saya dan sahabat tersebut tertawa besar namun menjadi risau apabila seorang lagi sahabat penulis dari Kuala Lumpur juga menerima email yang sama. Saya kononya mahu yang menerima email tersebut memasukkan wang sejumlah USD2,500 keakaun bank untuk membantu saya yang `stranded' di London. Pelik tapi benar, email dari address saya dan dihantar hanya kepada kenalan saya. Saya jadi benar benar terganggu.
Sekembali ke Malaysia, saya menerima lagi panggilan telefon dari adik sendiri yang juga mendakwa menerima email yang sama. Adik saya juga memberitahu bahawa seorang sahabat di Ipoh juga menerima email yang sama. Beliau yang pada mulanya hampir percaya dengan situasi saya di London sudah mula menghubung beberapa orang sahabat untuk mengumpul sejumlah wang seperti yang dituntut didalam email tersebut. Nasib baik beliau menghubungi adik saya untuk bertanyakan keadaan sebenarnya dan selepas saya sendiri menghubungi sahabat tersebut, barulah beliau sedar bahawa ianya adalah `mainan' internet untuk menipu penerima email tersebut. Sata skim penipuan yang amat sukar dikesan.
Apa yang menyulitkan ialah apabila saya gagal untuk menggunakan password saya untuk membuka email saya. Saya difahamkan bahawa ada `culprit' yang telah menceroboh email saya dan telah mencuri password saya dan menukarnya dengan password lain untuk tujuan penipuan. Malang sekali keadaan sebegini tidak dapat dikesan untuk diambil tindakan. Email yang sama juga telah dihantar hampir kesemua kenalan dan sahabat saya dengan menggunakan password saya untuk tujuan jahat itu. Mungkin ada diantara kenalan yang saya tahu akan scam internet begini namun saya juga risau kalau kalau ada diantara yang mungkin percaya dengan message didalam email tersebut. Saya amat berharap agar kepada sesiapa yang menerima email tersebut agar tidak melayannya.
To those who know me and have received emails purportedly from me claiming that I was in trouble, stranded and asking for financial assistance in London, PLEASE IGNORE THEM. IT IS FAKE AND I AM NOT IN LONDON NOW OR ANYTIME FROM EARLY THIS MONTH UNTIL TODAY. I apologise to my friends who might have received them, for the inconveniences caused. I am still in the dark as to how I am going to solve these problem of getting into my email box and whether to register another email address as my password and emails has been spammed. World of internet with no barrier and it is really getting into your nerves.
Monday, October 20, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
Abang Ramli,
Tahniah atas kemenangan sebagai G7 didalam mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Pokok Sena baru baru ini.
Tuan seharusnya berada ditempat yang lebih tinggi. Kedua dua yang menang jawatan Timbalan dan Naib di Bahagian Pokok Sena bukan setaraf tuan.
Bila nak belanja di DJ tuan.
Bang Ramli,
Tahniah dapat nombor satu G7 Pokok Sena. Jangan lupa undi Tok Det sebagai MT bang.
Salam hormat...
May I suggest we share some information/tips on how to ensure our computer or e-mail is protected from any sort of intruder, be spam or stuff like that.
My simple tip which being practiced is constantly change my password.
Bukan apa, nak bagi elokkk...
-SANG TUBA-
p/s: congratulation!!!...
Bang Lee undi Tok det, hahahahahahahahahahahahahaahaahahahaahahaha
lawak la anon ni
Dari anon nu
Post a Comment