Thursday, October 30, 2008

Isu SMS Dato Shahrir Abdul Samad!

Ada sahabat yang bertanya tentang isu sms ugutan yang diterima oleh Dato Shahrir Abdul Samad, Ketua UMNO Johor Bahru. Saya ada menghantar ulasan disebuah akhbar mingguan. Ada beberapa rumusan mengenai kenyataan Shahrir ini.

Pertama, Shahrir kata dia terima lebih 10 sms ugutan semenjak pemilihan UMNO bahagian bahagian ini. Dia seorang saja yang kita dengar terima sms ugutan ini. Nombor mobile nya juga Shahrir dedahkan kepada akhbar. Dari seratus lebih Ketua UMNO Bahagian, Shahrir seorang saja yang terima sms ugutan. Hebat betul Datuk Shahrir ni...sampai nak kena ugut ugut baru dapat pencalunan!!!

Kedua, Shahrir tidak mahu buat aduan polis kerana katanya ini isu politik. Pulak dah..Tapi Shahrir nampak beriya iya sangat hendak orang ramai tahu ada pemimpin tertentu yang melakukan nya. Malah kenyataan akhbarnya juga `menyindir menyindir' pemimpin tertentu, tetapi sindiran cara seorang penakut dan bukan lagak anak jantan. Ramai yang tahu siapa yang dimaksudkan Shahrir tu.

Ketiga, Shahrir mendakwa mencadangkan nama Dato Ali Rastam sebagai Timbalan Presiden UMNO kerana Ali adalah diantara yang tidak terlibat dengan sms ugutan. Ehh..ehh.. lagi sekali Shahrir buat perangai budak tak sunat. Calun Timbalan Presiden hanya ada tiga orang, Ali Rastam, Muhyiddin Yassin dan Mohamad Muhd Taib. Yang terlibat itu siapa..Shahrir jangan berselindung disebalik peluang dapat press coverage sementara menjadi penyokong kuat Pak Lah.

Keempat, Shahrir kononya benci amalan politik wang. Pemimpin yang seringkali bercakap pasal politik wang, Bahagian Shahrir tidak pilih pun. Rais Yatim yang bertegas dengan isu politik wang, Shahrir tidak calunkan sebagai Naib Presiden pun di Bahagian Johor Bahru. Cakap lain buat lain atau hanya nak tunjukkan hati yang kurang manis. Yang lain lain tu jawab sendirilah!

Kelima, Shahrir ini dari golongan perasan dan syok sendiri. Dia ingat dia taipan UMNO Johor. Dia ada musuh dari zaman sekolah ke zaman MCKK, itu masalah dia. Tapi jangan panjangkan jalurlebar kebencian dan dendam kesumat dia dengan membuat andaian, persepsi dan cerita cerita layangan untuk mewujudkan persepsi negatif terhadap mana mana pemimpin.

Keenam, ingat, ramai diluar sini tidak ada kepentingan samada didalam atau diluar UMNO. Yang didalam UMNO pun, tidak ada agenda politik untuk peningkatan karier dan penambahan jumlah kereta Mercedes dihalaman rumah. Shahrir membenci Mahathir kemudian dapat jadi menteri selepas Mahathir berhenti. Dia ada strategi dan agenda peningkatan karier politik. Kami ramai diluar ini yang benci dan meluat dengan pemimpin banyak berlakon!!!

Ketujuh, Shahrir dilihat sebagai baling batu sembunyi tangan. Itu bukan cara anak jantan. Itu cara Mak Nyah, mana ada kelas macam itu. Sebutkan nama pemimpin yang anda tidak suka dan atas sebab apa. Shahrir didakwa sebagai pemimpin bersih..nah...sebutkan nama pemimpin yang Shahrir dakwa tidak bersih, kotor peribadi, kaki songlap, low mentaliti, ilmu sekerat tiang, keluarga tempang dan lain kriteria yang boleh dinilai secara berhemah dan terbuka oleh penyokong dan ahli UMNO diluar ini.

7 comments:

Shamsul Nizam (SAM) said...

Salam hormat...

Saya bersetuju dengan posting Abg Ramli terhadap isu sms & politik wang.

Bagi saya, ianya tidak lebih dari publisiti murahan yang jauh lebih murah dari sundal.

Seperti Rais Yatim, beliau akan dilihat sebagai pemimpin berkaki jalur lebar sekiranya perkara ini dilaporkan kepada pihak berkuasa.

Malangnya gimik lama untuk memperbodohkan rakyat sekarang sudah tidak laku. Malah semakin hati semakin orang membenci um-NO.

Rasanya selepas ini akan ada lagi gimik sekasta dengannya dari pemimpin um-NO yang lain.

Bukan apa, nak bagi elokkk...

-SANG TUBA-

p/s: nak terbit buku kompilasi lawak jenaka pemimpin um-NO...

Anonymous said...

Saudara,

Budak Shahrir ini anak buah Musa Hitam dulu. Bukan hebat pun, pandai menyanyi depan Pak Lah yang memang senang kena nyanyi!

Dulu budak Shahrir ni belakon jadi tokeh kedai dobi kemudian tokeh kunci..calun kunci la kata kan. Berlakon jadi marhaen lah tu.

Dulu kata tak mau jadi menteri, tiba tiba mau jugak..berlakon lagi.
Publisiti murahan dari Johor!!!!

Setuju dengan sang tuba tu.

Anonymous said...

Salam,

Shahrir ni adalah bakal political has been lah..

Pencalunan Gua Musang akan buat dia jadi lagi syok sendiri. Shahrir memang dari warisan syok sendiri pemimpin Johor. TR pun pemimpin yang tidak realistik lah..

Ramai lagi dari Johor yang punyai warisan yang sama, Khaled Nordin, Ghani Othman, Nurjazlan etc etc.

UMNO sudah dekat ke hari pembacaan yassin kali ketiga!!!

Anak Pantai Merdeka said...

Salam Tuan Ramli,

Dato' Shahrir Samad umpama burung tiong di Zoo. Sebelum di lantik jadi menteri cukup garang tapi bila sudah terlantik masih bernyanyi tetapi nyanyian merlu mengasyikkan bosnya...nak hidup katakan.

Lagi satu Dato' Shahrir ni bukan berani sangat pun. Kalau sebagai pemimpin senior Johor beliau wajar tawar diri sebagai Naib Presiden, baru ada ummmphhh!!

Anonymous said...

salam,

Masih ingat lagi, dulu dia ni salah seorang yg meraih undi perwakilan dan menang jadi ahli MKT atas tiket MKT perlu ahli yang bebas dan tidak menganggotai kerajaan. Itulah gagasan yang di bawa oleh beliau, Zahid Hamidi dan beberapa lagi dan akhirnya menang.Semuanya dah lupa diri..

Penyakit dendam kesumat yg ada pada beliau tidak dapat disembunyikan! Beliau benci dan dendam dengan Tun M. Beliau benci dan berdendam dengan Tan Sri Mahyuddin. Lihatlah komen-komen beliau selepas TSM tidak lagi menjadi MB Johor dulu. Lihatlah bagaimana bongkaknya MCKK boys dalam UMNO. Hingga kini masih terbawa-bawa keangkuhan dan dendam kesumat itu..

Hebat sangatkah Shahrir ni? Lihat saja apa dia buat sejak jadi Menteri KPDN ni. Habuk pun tak dak. Hebat sangat kah anak didik dia Khaled Nordin ni? Apa yang depa buat selain dari berdiri teguh di belakang Pak Lah!

Pemimpin macam ini yang patut dikalahkan dalam pemilihan MKT kali ini.

Anonymous said...

Abang Ramli,

Apa jadi dengan Wanita Pokok Sena. Saya ada terbaca dalam blog Jelapang katanya ada politik wang. Banyakkah duit wanita dapat.

Ramli Mohd Yunus said...

Saudara sekelian,

Terima kasih atas komen. Kita tengoklah lagak dan telatah `pejuang Melayu dan demokrat' UMNO ini.

Kalau mereka silap menilai diri dan menilai pemimpin, rakyat akan menjatuhkan hukuman!!!