Thursday, November 20, 2008

Masalah Perpaduan dan Intergrasi Nasional!

Saya dijemput untuk memberi ceramah anjuran Jabatan Perpaduan dan Intergrasi Nasional di Johor Bahru pada 19hb November lalu. Tajuk yang ajukan kepada saya adalah Isu Isu dan Cabaran Perpaduan dan Intergrasi Nasional. Kesemua pesertanya adalah terdiri dari pegawai pegawai berbagai Jabatan dari Sabah dan Sarawak yang bertugas di Semenanjung.

Saya bercakap secara terbuka dan direct tanpa kertas kerja dan tidak menggunakan power point untuk menyampaikan ceramah. Saya mahukan peserta rasa selesa dan terbuka untuk berintraksi dengan saya dan sesama peserta. Saya mahu kurangkan gap dan mahukan peserta berbicara secara terbuka, ikhlas dan tanpa disekat memberikan pandangan dan pendapat. Alhamdulillah hasilnya nampak positif. Dari feedback yang diterima lebih 90 peratus bersetuju dengan pendekatan yang terbuka, tanpa retorik, tidak stereo type, dan telus, dalam membincangkan isu isu yang diketengahkan.

Saya mahukan peserta bercakap berterus terang, memberikan gambaran jelas serta ikhlas memberikan respon mereka mengenai isu yang berada didepan mata. Tidak ada kongkongan atau sekatan bagi mereka untuk memberikan pandangan dan pendapat yang mungkin berbeza dengan apa yang selalu ditekankan oleh pemimpin masakini. Ada discourse dalam melontarkan idea dan hujah. Ia mewujudkan suasana majlis lebih lebih condusive kepada mereka yang mahu melontarkan idea dan pendapat yang mungkin dianggap agak terpencil dan provokatif bagi kebanyakan kita.

Saya terus terbayang akan modul yang seringkali digunakan oleh BTN dalam usaha untuk menyemai matlamat dikalangan kaki tangan dan pegawai kerajaaan yang menjadi peserta. Peserta selalunya disogokkan dengan `kata putus tanpa bicara' oleh penceramah, cerita cerita `branding' terhadap tokoh tokoh tertentu, teori yang kadangkala terlalu absurd dan boleh menyebabkan peserta tertawa sinis, gambaran yang dipaparkan terlalu retorik dan sukar untuk dibuktikan kesahihannya. Modul yang dilihat `menghukum berasaskan assumption' semata mata. Mereka rasa terkongkong dan tidak selesa untuk memberi pendapat dan hujah yang berkemungkinan amat jauh beza dari segi fakta dan asas yang cuba ditaburkan oleh pencermah.

Dalam banyak keadaan, politik kelompok menjadi core business of the day. Saya mungkin tersilap tetapi dari apa yang saya dengar dan feedback dari bekas peserta terutama dari pegawai dan kaki tangan kerajaan, itulah isu yang seringkali jadi bahan bantahan. Majoriti nya mereka kecewa dengan masa dan wang yang digunakan tanpa mencapai matlamat semaksima mungkin. BTN tidak boleh `syok sendiri' dengan modul lama mereka. Program dan kursus yang dianjurkan mesti dieskplotasikan sebaik mungkin untuk mencapai matlamat yang tersurat dan tersirat. Mesti atas kepentingan negara sebab agensinya pun dinamakan BIRO TATA NEGARA.

Tentulah agak menggelikan hati apabila golongan pemimpin belia diperingkat kampong atau daerah, yang tidak punyai apa apa kuasa dan kedudukan, di grill dalam program BTN, yang bercakap mengenai salahguna kuasa atau perbuatan rasuah. Begitu juga cubaan retorik untuk memaparkan hakisan kuasa Melayu kepada kumpulan yang sama, sedangkan mereka tidak ada apa peranan walau sekelumit pun yang boleh dikaitkan dengan hilangnya hak dan kuasa orang Melayu. Yang boleh disalahkan adalah pemimpin yang punyai kuasa atau pun pemimpin yang pernah mempunyai kuasa.

Sekadar memberi pandangan dan ulasan yang boleh diambil perhatian, BTN diharap dapat menggarap insan dengan ilmu yang wajib, pengetahuan yang berguna, teori yang berasaskan sejarah dan fakta, pendekatan politik yang munasabah dan telus. Kumpulan sasarnya juga harus kena pada keadaan dan situasi yang wajar. Agensi yang berasaskan ilmu mesti menggambarkan tahap keilmuan yang tinggi dan dipaparkan dengan tahap yang sama.

Mengenai masalah perpaduan dan intergrasi nasional, feedback yang dikumpul dari peserta seminar, pegawai kerajaan dan orang ramai, isu isu yang menyebabkan masalah perkauman dan racial tension, banyak disebabkan oleh sikap dan kenyataan orang politik!!!

Sukar bagi saya untuk tidak bersetuju dengan pendapat itu. Fikir fikirkan lah...

4 comments:

Anonymous said...

Saudara Ramli,

Tepat sekali, BTN memang terkenal dengan budaya ceramah retoriknya. Setiap penceramah hanya akan melonjakkan nama nama pemimpin yang dia sokong, dalam parti yang sama pun dikutuk ada ketikanya. BTN hanya tengok siapa tokeh mereka.

Perpaduan tidak begitu terjejas jika sekiranya manusia macam Koh Tsu Koon, Ong Tee Keat, Liow Tiong Lai, Ahmad Ismail, Tajuddin Rahman, Ibrahim Ali dll kurang bersikap pura pura dalam menyatakan sikap mereka terhadap bangsa dan agama. Pembangkang jangan cakaplah, memang kerja dia, kalau tidak hendak terus hidup macam mana dalam politik.

Kalau hendak di ISAkan, nama nama diatas hendaklah diambil kira sebagai calun pertama. Pemimpin yang tidak bertanggung jawab dan penuh dengan kepura puraan.

Anonymous said...

Mr Ramli,

You have said it right, sir. The most irresponsible person in this country are the politician.

Beware of them, do not even think of voting them in the next general election. They are racist of the first degree and an artificial one.

Anonymous said...

Tuan

Saya dah 3 kali dikerah ke BTN. Macam tu la jugak. Banyak sangat fiksyen yg diolah untuk menyedapkan cerita.

Pada saya menghabiskan duit rakyat jer BTN kalau tengok peruntukan dan tempatnya.

Fizikal mungkin boleh berubah tapi minda belum tentu.

Pada saya takder manfaat BTN ni kalau hanya untuk memburukkan seseorang mengikut zaman. Sebab saya dah lalui BTN dalam beberapa zaman berbeza.

Bagi saya dengar boleh percaya tidak sama sekali walaupun yg berceramah Dr atau Ketua Panglima ke.

Raman

dinleter said...

Inilah masalahnya bila kita bercakap dengan menyelitkan agenda tertentu. Sebab itu BTN gagal, apa pun abang ramli, setiap kerja harus diiringi dengan niat yang ikhlas dan matlamat yang betul, insya-Allah semuanya akan selamat.