Saya agak terkejut dan hairan membaca kenyatan Tan Sri Muhamad Muhd Taib mengenai dakwaan usaha usaha pihak tertentu yang cuba menyekat beliau dari dicalunkan sebagai Timbalan Presiden UMNO. Saya ulangi, Timbalan Presiden UMNO!!! Oleh kerana terlalu ramai pemimpin dan ahli UMNO yang berlagak lebih demokratik dari Barack Obama, lebih pandai mentafsir demokrasi dari Abraham Lincoln, saya tidak mahu komen pasal niat dan hajat orang bernama Mohamad Muhd Taib ini untuk menjadi Timbalan Presiden UMNO. Saya mengelak untuk mengupas tafsiran demokrasi dan politik ala UMNO, kerana saya kurang pasti saya telah membaca buku yang betul mengenai politik dan demokrasi. Pemimpin dan ahli UMNO memang bijak pandai mentafsir kepimpinan, nilai, kualiti dan sistem demokrasi dalam negara ini. I have been reading the wrong books maybe!!!
Yang menjadi isu kerana Muhamad Mohd Taib mendakwa ada cubaan pihak tertentu yang menyekat nama beliau dicalunkan untuk jawatan yang bakal jadi Timbalan Perdana Menteri itu. Macam mana seorang yang berjawatan Ketua Perhubungan UMNO boleh mendakwa ada orang nak sekat beliau dicalunkan. Kedua dua Ali Rastam dan Muhamad adalah Ketua UMNO Perhubungan. Seorang lagi calun Tan Sri Muhyiddin Yassin hanya seorang Timbalan Pengerusi Perhubungan di Johor. Kalau yang berkemampuan dan boleh pun untuk menyekat pencalunan seseorang hanyalah Ketua Perhubungan UMNO Negeri. Di Melaka semua Bahagian mencalunkan Ali Rastam. Di Selangor hanya Bahagian Shah Alam yang mencalunkan Muhyiddin, itu pun dengar khabarnya Ketua Bahagian tersebut sudah seakan akan dipulau di Selangor. Macam mana Muhamad boleh dakwa `ada orang tertentu' cuba halang pencalunan beliau. Bolehkah misalnya Muhyiddin Yassin menjadi `orang tertentu' itu. Di Johor pun ada Bahagian yang tidak mencalunkan Muhyiddin. Cakap janganlah ikut apa nak keluar dari mulut aje. Pemimpin mesti bijak pekerti dan berhemah bukan setakat setia saja.
Kedua, Muhamad Taib jangan jadi macam Sharir. Cakap mesti ada bukti dan `substance'. Eh..ehh.. silap tertulis Bahasa Inggeris pulak. Ada orang kata I don't understand English dalam mahkamah pulak nanti. Jangan main tembak peluru kosong. Pemimpin bukan macam itu materialnya..opp dengan izin...eh..ehh silap lagi guna Bahasa Inggeris pulak. Buat kenyataan biar ada tanggung jawab terhadap apa yang dicakap. Jangan baling batu sembunyi tangan. Itu perangai Mak Nyah dan lambat sunat. Kata pembela dan Pahlawan Melayu. Kena cakap betullah. Kenyatan mesti ada dalil dan fakta yang cukup. Jangan kata itu politik, orang lain lagi jauh belajar politik..dalam Bahasa Inggeris lagi..Cuba hilangkan rasa dan perasaan cemburu itu. Bertanding elok elok dan gunakan kebaikan, kehebatan dan kepandaian sendiri. Jangan taburkan prasangka tanpa bukti terhadap mana mana calun kerana ianya boleh menyebabkan kami yang dibawah ini jadi jelak, dangkal dan meluat. Kami tahu menilai.
Muhamad Mohd Taib jangan cabar orang lain untuk mula membuat senarai kriteria pemimpin. Setakat ini penyokong mana mana calun tidak memulakan cabar mencabar lagi. Biarkanlah begitu, jangan mulakan. Bertandinglah cara baik, gentlement dan dalam suasana keluarga. Lepas March nanti kita masih mahu berkawan lagi. Kalau hendak dimulakan kita mencari dan menilai mengikut senarai syarat dan kualiti kepimpinan, ramai yang terkeluar senarai nanti. Kami dibawah ini pun tahu apa yang berlaku. Kalau Pengarah BPR Kedah kata dia sudah dapat banyak laporan, orang lain yang bukan BPR pun tahu jugak. Bezanya BPR boleh ambil tindakan, kami hanya boleh menilai!!!
Friday, November 7, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
Sdr Ramlee,
Harap-harap Lembaga Disiplin UMNO tidak pekak dan buta. Kenyataan yang keluar kononnya sudah dikenalpasti beberapa calun yang mengamalkan politik wang dalam pemilihan.
Kami fikir tak pelik Muhammad Muhd Taib menggunakan psikologi jenis ini untuk menutup pekung di dada! Dia dah buat dah banyak kali dah! Ketika jadi MB, ketika jadi pelancung, Ketika jadi pengantin, ketika jadi ketua penerangan UMNO,
Kita lihat nanti bagaimana beliau membela diri?
Beliau mungkin menjawab "...sya tak faham bahasa melayu..." dan jangan terkejut boleh jadi terlepas dan kembali di lantik sebagai apa pulak eek????
Sdra Mengkuang,
Lembaga Disiplin UMNO mungkin tidak pekak atau bisu tapi mungkin kurang pendengaran dan penglihatan!!!!
Pencalunan kepimpinan dalam UMNO saja sudah memberi gambaran jelas akan mentaliti, kematangan dan daya fikir ahli dan kepimpinan UMNO.
Terpulanglah..ramai yang pandai mentafsir politik dan demokrasi dalam UMNO.
Salam hormat...
Saya setuju bahawa Lembaga Disiplin kurang pendengaran & penglihatan melihatkan sehingga sekarang tiada sebarang tindakan yang dapat diambil seolah-olah wujudkah lembaga disiplin ini atau sekadar lembaga halimunan.
Dah jelek saya mendengar pelbagai amaran demi amaran berkenaan politik wang tapi rasanya org yg memberi amaran itulah yg terlibat.
Saya juga rasa Lembaga Disiplin ini memerlukan masa untuk mengkaji setiap pertuduhan agar dapat dipastikan dari kem manakah seseorang yang dituduh itu datang.
Ini kerana perlembagaan um-NO hanya terpakai secara terpilih sahaja. Dalam ertikata yang lain, dalam um-NO ini ada sistem kasta.
Yang pasti, um-NO semakin ditolak oleh golongan muda yg lebih cerdik dan berpandangan luas.
Bukan apa, nak bagi elokkk...
-SANG TUBA-
p/s: Muhd Taib pun depa nak pilih jadi Timb Presiden a.k.a Timb PM. Hancus Malaysia. um-NO BOLEH!!!... blah
Saudara Ramli,
Saya rasa tuan juga sudah lama tidak sesuai berada didalam umNO.
Sejarah dan kehidupan tuan jauh berbeza dengan umNo.
Ramai yang hairan macamana tuan boleh terima Ahmad Lebai Sudin dan dengan yang sewaktu dengan nya!
Post a Comment