Thursday, December 18, 2008

Hari Hari Yang Berlalu

Saya menghadiri Konvensyen Lembaga Pelawat Hospital seluruh negara di Melaka pada 15hb lalu. Konvensyen sehari itu (sebenarnya setengah hari) membincangkan antara lain peranan Ahli Lembaga Pelawat Hospital dan penambahbaikan yang perlu diterapkan diantara Lembaga Pelawat, orang ramai dan pentadbiran hospital. Kedua dua Menteri dan Timbalan Kesihatan turut hadir disepanjang konvensyen tersebut. Satu penghormatan sebenarnya kepada peserta konvensyen tersebut.

Saya membawa keluarga dan cucu ke Melaka sempena cuti sekolah. Ramai sahabat lama dan baru yang ditemui semasa konvensyen. Semasa minum bersantai dengan Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad, dapat juga mencungkil cerita cerita politik menjelang pemilihan UMNO tahun depan. Dr Latiff nampak knowledgable bukan sahaja dalam ilmu perubatan tetapi juga punyai falsafah kepimpinan yang memberangsangkan. Penilaian politik dan kepimpinan beliau jelas. Ramai kawan kawan agak terpegun dengan pendapat dan bualan politik ringan bersama beliau.

Esoknya di Kuala Lumpur bermain dengan cucu di rumah anak di Shah Alam. Sempat juga berjumpa kawan kawan politik. Saya sempat menjengok sidang Parlimen pada 17hb bersama sahabat penulis Daud Ibrahim. Bersembang di lobi Parlimen dengan Datuk Ibrahim Ali, Dato Mohamad Aziz dari Sri Gading dan Datuk Syed Hamid Albar, Menteri dalam Negeri. Banyak cerita baru dan lama yang dapat dikutip. Syed Hamid seorang pemimpin yang jovial, berilmu dan senang didekati. Ibrahim Ali nampak senang bergaul dengan beliau walau pun Ibrahim Ali masih Bebas..Hari itu Parlimen bersidang hingga larut malam tetapi sebagai pemerhati yang juga bebas, saya dan Daud Ibrahim tidak tunggu sampai malam.

Semalam ke KLIA bersama Tan Sri Muhyiddin Yassin yang berangkat keluar negara untuk urusan rasmi. Banyak juga cerita cerita terkini terutama mengenai tingkah laku dan perangai calun calun yang bertanding menjelang pemilihan Mac tahun depan apabila berjumpa kawan kawan di KLIA. Muhyiddin banyak bercerita mengenai usaha dan peranan MITTI dalam usaha untuk menarik pelaburan negara. Cukup memberangsangkan dan saya kagum dengan usaha dan kemampuan beliau.

No comments: