Sunday, December 7, 2008

Idea dan Cadangan Datuk Paduka Haji Ibrahim Ali!


Dalam satu perjumpaan dengan YB Datuk Paduka Hj Ibrahim Ali, Ahli Parlimen Pasir Mas baru baru ini, saya tertarik dengan cadangan beliau untuk mengembalikan semula kepercayaan rakyat terhadap Kerajaan Barisan Nasional khususnya UMNO. Mungkin pelik tapi benar, Datuk Ibrahim, Ahli Parlimen Bebas, bukan UMNO, bukan PAS dan bukan juga PKR tapi Bebas, beri pendapat untuk mengembalikan semula kepercayaan rakyat terhadap Kerajaan sekarang. DIA mungkin melawak, DIA juga mungkin menguji dan DIA juga mungkin nak perli. DIA juga mungkin dianggap songsang dan `silap bas' tetapi itulah hakikatnya. Nampak macam DIA masih sayangkan UMNO dan BN.

Apa pun sebab dan dalilnya, Datuk Ibrahim Ali (DIA) bagi pendapat dan cadangan untuk pulihkan kepercayaan ahli UMNO dan rakyat terhadap kepimpinan UMNO dan Barisan Nasional. Itu pendapat DIA, kita mungkin setuju dan mungkin tidak. Itu hak dia untuk bagi cadangan dan hak kita juga untuk setuju atau tidak. Jangan tengok siapa Ibrahim Ali, jangan juga telek dari mana Ibrahim Ali, kawasan yang dia wakili, pegangan politik dan cara hidupnya. Itu hal dan cerita lain. Mari kita cuba renungi pendapat dan cadangan nya. Itu saja. Tidak kena duit dan tidak kena bayar. Tidak juga kena buat sidang Parlimen tergempar. Majlis Teringgi UMNO pun tak payah panggil mesyuarat. BN Council juga tidak perlu mesyuarat. Ini hanya cadangan yang dilontarkan oleh Ibrahim Ali dihadapan Restoran Hokkaido, berhadapan Vistana Hotel Kuala Lumpur.

Cadangan dan pendapatnya begini. Kalau Dato Seri Mohd Najib Razak sebagai Presiden dan Predana Menteri baru selepas Mac 2008, mahu mengembalikan kepercayaan rakyat, mahu 2/3 majoriti dan mahu mengatasi masalah ekonomi menjelang Pilihanraya pada tahun 2013, beliau perlu melantik sebagai Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Menteri Kanan merangkap Menteri Hal Ehwal Keselamatan Dalam Negeri dan YBM Tengku Razaleigh Hamzah juga sebagai Menteri Kanan dan bertanggung jawab terhadap Hal Ehwal Ekonomi Negara. Najib boleh teruskan pilih Timbalan Perdana Menteri dari kalangan Timbalan Presiden UMNO.

Hujah Ibrahim Ali, kalau Mahathir jaga portpolio keselamatan dalam negeri, dia tegas, ada pengalaman luas dan amat ariff dengan mainan politik berbagai kaum dalam negara ini. Tengku Razaleigh berpengalaman luas dalam bidang pembangunan ekonomi, kawan beliau masih ramai dan hubungan nya dengan dunia korporat masih kukuh dan kental.

Hujah Ibrahim Ali lagi, kedua dua tokoh hanya perlu bertugas dari Mac 2008 hingga 2013 sahaja. Soal jawatan politik tidak perlu dan tidak penting. Soal gaji juga bukan penting kerana kedua duanya sudah terlalu lama makan gaji. Nama kedua dua mereka boleh mengembalikan keyakinan rakyat dan pelabur asing. Kedua duanya boleh dan mampu membina kekuatan ekonomi dan kestabilan negara menjelang Pilihanraya 2013. Itu saja, lepas Pilihanraya kedua duanya boleh berhenti terus dan sokong dari luar. Yang lain lain nya Najib boleh bincang dan fikir sendirilah.

Itulah cadangan dan pendapat Datuk Paduka Haji Ibrahim Ali, Ahli Parlimen Pasir Mas (Bebas), bekas Timbalan Menteri, bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO, bekas Presiden KSITM, bekas tahanan ISA dan sekarang Pengerusi Majlis Tindakan Rakyat Kelantan. Kita renunglah bersama. Jangan lompat lagi, telek dan belek, kemudian baru cakap. Lagi pun ini hanya pandangan.

4 comments:

Anonymous said...

Saudara,

Itu kembali kepada era Mahathirisma pulak. Nampak idea tu mundur kebelakang.

Najib kena cari muka baru, imej baru dan pendekatan baru.

Muhyiddin, Khaled, Syed Hamid, Zahid, Shafie, Hisham, Shaziman, Shabery, Kamilia, Mukhriz dll kan ada.

Zukri Valenteno said...

Sdra Ramli yang dihormati...

Adalah satu pendekatan yang baik apabila kita terus membuka saluran komunikasi dengan pejuang lama Umno seperti DIA. Tidak ada salah dan tidak ada rugi...

Hari ini beliau hanya memakai baju Bebas akan tetapi disebalik baju itu, hatinya masih Umno. Beliau bertindak bertanding dan memenangi kerusi Parlimen Pasir Mas atas tiket bebas hanya kera segelintir dalam Umno tidak menyukainya.

Namun cadangan beliau, seperti yang Sdra katakan itu agak tidak sesuai. Lebih sesuai sekiranya kedua-dua tokoh lama negara kita itu dilantik sebagai Penasihat Perdana Menteri Hal Ehwal Ekonomi dan Penasihat Negara atau State Adviser.

Pak Tun Dr Mahathir dan Tengku Razaleigh Hamzah adalah teerlalu tinggi kedudukan mereka untuk diberikan jawatan menteri dan sekiranya ditawarkan pula mungkin akan dilihat seperti menghina mereka.

Justeru lebih baiklah dilantik Penasihat atau Penasihat Khas...lebih mulia dan lebih terhormat. Mereka berdua masih ingin berbakti dan menyumbang maka Najib hendaklah memikirkan kapisiti yang lebih sesuai dengan taraf dan kedudukan mereka sekarang.

Juga diberitakan bahawa Umno dicadangkan oleh Pak Tun supaya membentuk Majlis Penasihat Umno yang dianggotai oleh mereka yng dianggap tidak lagi mempunyai kepentingan dalam parti ketika ini. Kedudukan majlis ini hendaklah berada di atas Majlis Tertinggi, pendek kata majlis tertinggi hendaklah perlu mendapat nasihat dan pandangan Majlis Penasihat Umno ini sebelum membuat sesuatu. Sekiranya tidak jadilah macam2 punya cacamarba seperti yang dok ada hari ini...

Sewajarnya Pak Tun mengetuai majlis ini, ala Majlis Revolusi Iran ataupun Majlis Politburo China. Di Kelantan sudah ada Majlis Syura dan dalam Pas pun ada pendekatan yang hampir serupa.

Barisan Kabinet: Najib hendaklah lebih berhati-hati dalam memilih Jemaah Mentari dengan mengugurkan mereka seperti Azalina, Ismail Sabri Yaakob dan Shaziman Abu Mansor, antara lainya dengan memberi kedudukan kepada mereka yang lebih layak.

Sekian, saya hanya ingin melihat Melayu dihormati dan digeruni oleh semua pihak semula, sepertimana semasa Pak Tun presiden Umno...

Anonymous said...

Tuan,

Kalau UMNO mahu terus diterima rakyat buatlah pembaharuan dengan apa cara sekali pun.

Mengenai Dr Mahathir dan Tengku Razaleigh berperanan semula membantu jentera kepimpinan negara, itu adalah salah satu dari usaha kearah penambahbaikan tersebut.

Najib & CO kena belajar menerima pendapat dan idea dari orang luar saf kepimpinan UMNO untuk terus membangunkan negara.

Walau pun Ibrahim Ali bukan rakan kongsi UMNO, namun idea beliau tersebut dilihat untuk kebaikan bersama.

Ahli UMNO Lima Puluhan
Pulau Pinang.

Anonymous said...

mudah saja untuk mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap BN..Pemimpin perlu mengubah cara lebih bersikap telus..tidak terlalu mencampuri urusan yang melibatkan kepintingan rakyat..tidak membazir wang rakyat..tidak lupa bahawa ada yang lebih berkuasa dari mereka..

sempena pemilihan UMNO peringkat tertinggi mac nanti..pimpinan perlu di beri nafas baru..(tetapi dalam UMNO susah nak cari yang berkualiti nak ambil 50% TUN Mahathir pun susah)bukan lah taksub TUN pula tetapi hakikatlah..

Hj Berahim Ali tu memanglah macam tu..macam cerita OSAMA BINLADIN..yg saudara RAMLI pun tau kot(Pulut Udang)OSAMA bagi ucapan dalam bahasa melayu..saya tengok bom tu lalu atas kepala bersilang lalu saya pun..saya pun saya pun lari la..takut kena BOM..walau apapun adi jagat tu baik susah cari kawan macam tu..cara ada la lebih kurang ALS dari pokok sena juga..