Saturday, December 20, 2008

Pengswataan IJN, Ujian HIV, Pernikahan MAWI

Saya amat setuju dengan keputusan Kabinet untuk menangguhkan cadangan pengambilalihan Institut Jantung Negara - IJN oleh Sime Darby Berhad. Saya rasa niat dan hasrat cadangan itu pun kurang elok dan tidak seharusnya timbul. IJN adalah pusat perubatan Kerajaan untuk rakyat. Sime Darby adalah syarikat perniagaan. Kerajaan ada tanggung jawab dan obligation terhadap rakyat. Sime Darby juga ada tanggung jawab tetapi lebih kepada pemegang saham dan para pekerjanya. Tahap kebertanggungjawaban kedua dua institusi ini amat berbeza. Sime Darby adalah syarikat swasta yang bottom line nya ada keuntungan. IJN ada komitmen lain dari untung semata mata. Banyak sudah pengwastaan yang kita lihat dan perhati, hampir kesemuanya berkesudahan membebankan Kerajaan dan rakyat. Sudah..sudahlah.

Mantan Menteri Kesihatan Datuk Chua Soi Lek, dalam kenyataan nya menyatakan bahawa konsep pengswastaan IJN akan membebankan rakyat. Kemungkinan nya IJN menaikkan kos rawatan setelah diambilalih oleh Sime Darby, adalah besar. Saya bersetuju dengan Datuk Chua, perkhidmatan perubatan Kerajaan tidak seharusnya dijadikan lombong emas bagi pelabur. Ia melibatkan kehidupan manusia. Manusia didalam negara ini adalah rakyat yang majoriti nya kurang berkemampuan untuk mendapat rawatan selain dari institusi perubatan Kerajaan. Dimana sifat keprihatinan yang kita laung laungkan. Banyak lagi sektor lain yang boleh diperdagangkan.

Namun saya mengucapkan tahniah kepada Kerajaan yang mewajibkan bakal pengantin pasangan Islam untuk menjalani ujian saringan HIV sebelum mendirikan rumah tangga. Ia adalah satu usaha untuk mengelakkan bakal pengantin mendapat jangkitan HIV dan untuk mempastikan zuriat yang bakal dilahirkan sehat dan tidak dijangkiti HIV. Satu langkah bijak dan bakal mengurangkan jangkitan HIV dikalangan masyarakat.

Selaku Presiden, Persekutuan Pertubuhan Thalassaemia Malaysia, saya suka mencadangkan agar saringan darah ini dapat diwajibkan juga untuk mengesan baka pembawa thalassaemia (thalassaemia genetic carrier). Dinegara Cyprus, program saringan darah yang mewajibkan pasangan pengantin baru sudah lama diamalkan. Hasilnya, peratus penurunan jumlah pembawa genetik thalassaemia dinegara tersebut amat ketara dan membanggakan. Ianya juga berjaya mengurangkan bebanan Kerajaan untuk menampong kos rawatan pesakit thalassaemia dinegara tersebut.

Cyprus adalah diantara negara didunia yang mempunyai jumlah pembawa genetik thalassaemia yang amat tinggi sebelum ini. Di Malaysia, dianggarkan 4 ke 5 peratus rakyat dikesan sebagai pembawa genetik thalassaemia. Saringan darah untuk mengesan genetik ini adalah satu langkah prevention dan kawalan yang paling berkesan.

Dua berita yang agak menarik sehari dua ini. Kedua dua nya melibatkan peranan wartawan. Satu, majlis pernikahan Mawi. Diberitakan sedikit kekecohan berlaku apabila wartawan tidak benarkan hadir untuk merakamkan peristiwa pernikahan penyanyi terkenal itu.

Kedua, semasa pengkebumian bekas pemandu bas eskpres, Hanapi Mat Hassan yang didapati bersalah merogol dan membunuh jurutera komputer, Noor Suzaily Mukhtar lapan tahun lalu. Diberitakan beberapa orang wartawan telah kasari oleh penduduk kampong ditanah perkuburan dimana jenazah Hanapi akan dikebumikan.

Pertama, insiden pernikahan Mawi. Kalau sudah tidak mahu dirakam majlis tersebut, kenapa dijemput wartawan hadir. Kenapa perlu biadap dan tidak bersopan hanya kerana Mawi itu terkenal. Bukankah lebih baik buat senyap senyap, jangan umumkan pernikahan, jangan jemput wartawan dan orang ramai. Kalau Mawi dan keluarga sudah begitu besar kepala hingga tidak mahu dirakamkan peristiwa dia bernikah, buatlah cara sendiri dan buat ditempat yang jauh dari wartawan. Jemput Tok Imam kerumah sendiri dan buat secara sulit tanpa pengetahuan orang.

Mawi hanya seorang penyanyi yang Allah anugerahkan suara baik dan ramai peminat. Itu sahaja. Dia bukan tokoh rakyat. Dia hanya penyanyi yang suaranya sahaja boleh dijadikan minat. Tidak ada apa yang boleh dicontohi dari pemuda bernama Mawi ini. Suaranya sedap dan peminatnya ramai, itu saja. Kalau hendak dijadikan icon kepada anak anak generasi, tidak ada apa apa yang boleh dijadikan teladan. Tahap pendidikan nya tidak boleh dibanggakan dibandingkan dengan Sudirman, seorang peguam yang punyai kemampuan sebagai penghibur. Dari pemuda Felda dia jadi terkenal, kemudian tinggalkan gadis pilihan semasa di Felda. Selepas berjaya dan dianugerah Allah darjat, Mawi melupakan gadis kampong pilihan beliau. Itu bukan contoh baik untuk anak anak. Orang yang lupa daratan, bukan icon untuk mana mana bangsa didunia ini. Apa yang yang menyebabkan majlis pernikahan dan perkahwinan Mawi jadi begitu dihebohkan, saya kurang faham.

Peristiwa di Kampong Kubur Datu, Binjai, Kelantan pula, pengkebumian Hanapi, yang disabitkan perogol dan pembunuh, pula jadi kecoh. Pemberita dihalau dan dikasari, hanya kerana mahu merakamkan peristiwa pengkembumian tersebut. Apa halnya. Pemberita tersebut hanya menjalankan tugas dan diarah untuk melaporkan peristiwa tersebut. Apa yang jadi salah sangat hinggakan pengkebumian itu tidak boleh dirakamkan. Salahkah dari segi undang undang atau budaya dinegara kita. Hanapi ditakdirkan dijatuhkan hukuman mati atas tuduhan membunuh dan merogol. Kenapa pemberita pula yang dihalau dan dikasari. Itu bukan budaya dan amalan yang baik.

6 comments:

Anonymous said...

Saya aamt stuju dgn tuan, la ni pun bukan main susah orang nak dapat rawatan di IJN, kalau swasta waiting list untuk org kampaong mungkin 20 tahun.

Memang macam tu la orang lani , nak untung sja. tengok la Tenaga Nasional, minyak naik, CEO dia mintak tariff naik, gaji dia naik, tapi bila rega minyak turun depa buat donno saja. Bulan Jan 2009 nanti , depa kata untung TNB 2 billion bang lee ooi.
tq

Anonymous said...

Peristiwa 'kekasaran' di Majlis Mawi dan Pengkebumian Arwah Hanafi mungkin tidak seteruk dengan kebiadapan Ahmad Lebai Sudin di Majlis Perasmian Wanita UMNO Pokok Sena semalam.

Dan, hari ini dimaklumkan Ah Le Su dah digantung keahliaan selama 2 tahun.

Apa kata wahai En Ramli DAPyang juga penyokong Ah Le Su?

Kalau undi ditutup dengan tergesa-gesa dan berpropaganda maka tak bleh dibuka balik yer Tuan Setiausaha?

Hahahhaha..

Anonymous said...

Nak tengok artikal s/u mengenai ah le su.

wali said...

kes a l s tuan s/u tak nak komen ka?

Anonymous said...

bang

kenapa tak tulis mengenai mat lebai sudin?

Ramli Mohd Yunus said...

Saudara,

Maaf kerana saya tidak dapat menulis dan mengulas mengenai isu yang nyatakan oleh anom Dec 22 2008 1.46pm, Dec 23 dan 29 dan wali.

Saya tidak tahu apa yang saudara saudara telah diberitahu atau punh yang saudara dengar. Saya hanya mahu membicarakan fakta dan dalil berpandukan peraturan dan syarat. Budaya, amalan dan `lazim nya' tidak mahu saya sentuh.

Apa yang berlaku mengajar saya untuk mengenal budaya, amalan dan tafsiran politik dalam UMNO. Ia mungkin jadi pengajaran dan mungkin juga jadi sempadan untuk dijadikan ikutan.

Saya sudah habis membaca buku mengenai penglibatan Perves Musharaff, Benazir Bhutto dan Hilary Clinton dalam politik. Kalau pun tidak boleh disamakan dengan `kehebatan' politik orang UMNO, banyak pengajaran yang boleh saya `pelajari' yang tidak ada dihalaman politik yang saya telah ter`libat'.

Maaf kerana tidak dapat mengulas panjang kerana blog ini tidak akan saya gunakan untuk isu isu terpencil seperti yang dipinta.

Tafsiran dan definasi boleh dipelbagai namun fakta dan dalil mesti jadi penentu.