Saturday, January 10, 2009

Dhuharniyeti..wirawati jihad

Saya terbaca didalam sebuah artikel terbitan AFP yang antara lain melaporkan bahawa terdapat beberapa usaha golongan Islam di Indonesia yang sedang berlatih untuk ke Gaza membantu sahabat Islam disana. Media Barat melabelkan mereka sebagai Islamic extremist and militants. Media dan pemimpin kita pula janganlah terikut ikut dengan pemikiran kelompok itu. Kalau kita bukan dari kalangan yang berani dan sanggup mati kerana Islam...janganlah pula menghina mereka.

Saya amat tertarik dengan kenyataan seorang perempaun berumur 28 tahun bernama Dhuharniyeti yang sanggup ke Gaza walau pun tidak tahu menggunakan senjata moden. Kata Dhuharniyeti...'' I don't know how to use a gun but I'm physically fit. I walk a lot, jump rope a lot. I'm not afraid to die and my future is life in heaven, which is everlasting. For the atrocities they have committed, the men in Isreal are devils and the women are snakes. I can go there and pierce them with sharpened bamboo and arrows and use flammable spirits to burn them ''

Saya amat terharu dan bersyukur dengan pengakuan perempuan semuda itu. Saya kagumi dia dan mendoakan akan kesejahteraan beliau dan rakan rakan seangkatan yang punyai niat yang amat suci dan murni. Saya tertanya tanya masih adakah perempuan semuda itu di negara kita yang ada niat...saya ulangi..ada niat..untuk melakukan tugasan murni itu.

1 comment:

Anonymous said...

Allahhuakhbar!

Didoakan Dhuharniyeti panjang umur dan sampai hajatnya untuk menjadi hamba Allah yang berjiwa besar!

Allahuakhbar!!