Thursday, February 5, 2009

Forum Bicara Tokoh - I.S.A. - Adakah Ia Masih Releven?

Panelis Forum Bicara Tokoh ISA - Adakah Ia Masih Releven ? dari kiri...Moderator, YB Dato Seri Syed Hamid Albar, Prof Dr Mansor Mohd Noor dan Saudara Zabidi Mohamad.


Sebahagian dari tetamu yang hadir.....

YB Dato Seri Mahdzir Khalid, Penasihat Forum Bicara Tokoh sedang menyampaikan aluan...



Malam Isnin 2hb Februari lalu, saya diminta menjadi Moderator (pemudah cara) satu Forum bertajuk ISA - Adakah Ia Masih Releven anjuran Kementerian Dalam Negeri dengan kerjasama Persatuan Bekas Tentera Malaysia, Cawangan Negeri Kedah. Majlis telah diadakan di Dewan Dato Syed Nahar, Kompleks MADA, Ampang Jajar, Alor Star.
Tiga panelis forum terdiri dari YB Dato Seri Syed Hamid Albar, Menteri Dalam Negeri, Prof Dr Mansor Mohd Noor, seorang pensyarah Sains Sosial dan bekas aktibis Al Arqam, Saudara Zabidi Mohamad, bekas Penasihat Undang Undang Al Arqam. Dr Mansor dan Saudara Zabidi adalah bekas tahanan ISA kerana aktibiti mereka didalam pergerakan Al arqam.

Saya diberitahu bahawa inilah kali pertama Kementerian Dalam Negeri menganjurkan forum seumpama ini dan inilah juga kali pertama Menterinya sendiri menjadi ahli panelnya. Satu pendekatan yang agak terbuka dan mencabar. Dato Seri Mahdzir Khalid, Pengerusi MADA dalam ucapan aluannya juga menyatakan bahawa inilah kali pertama Dewan Dato Syed Nahar ini digunakan untuk forum sepenting ini. Selalunya Dewan ini dgunakan untuk perbincangan hal ehwal padi dan beras semata mata...kata Dato Mahdzir.

Dato Seri Syed Hamid begitu tenang dan selesa memberikan hujah dan ulasan mengenai Akta yang kontraversal ini walau pun beliau secara jujur menyatakan bahawa ISA adalah undang undang ciptaan manusia yang sudah semestinya tidak sempurna. ISA sudah tentu tidak sesempurna Al Quran kata Syed Hamid.

Audien lebih 500 orang yang memenuhi Dewan juga dilihat tidak berganjak dan terus mendengar dengan penuh minat setiap hujah dan dalil dibentangkan oleh para panelis mengenai Akta yang menggerunkan ini. Sesi soal jawab berjalan dengan penuh berhemah dan pertanyaan audien juga diajukan dengan penuh disiplin. Suasana forum yang begitu tenang walau pun terdapat perbezaan pendapat dan pendekatan yang agak ketara. Budaya bersetuju untuk tidak bersetuju sudah mulai meresapi masyarakat kini.

4 comments:

Anonymous said...

Bang Ramli,

Tahniah kerana berjaya menguasai forum yang agak kontraversal tiu.

Saya harap masa diberikan lebih untuk soal jawab.

Anonymous said...

Tuan Ramli,

Forum yang baik untuk masyarakat tetapi perlukan ketelusan dan keterbukaan yang jelas terutama dipihak Menteri KDN.

Tahniah kepada penganjur.

Anonymous said...

Tuan,

masa nie cukup sesuai guna ISA di Perak. Saya nak minta kepada satu-satu tok arab yang jadi menteri di malaysia (KDN la tu) tangkap puak2 yang kurang ajar tu.... dia gan anak dia sekali....

**** biaq bagi tok arab belaga dengan bangali lak...

Anonymous said...

Saudara,

ISA jelas bercanggah dengan hak asasi manusia dan bertentang dengan ajaran Islam. Akta in jelas mencabul perikemanusiaan.

Kenapa ianya masih releven???