Tuesday, March 17, 2009

Tahniah Nik Nur Madihah binti Nik Mohd Kamal!

Rumah Nik Nur Madihah binti Nik Mohd Kamal...sekarang ini tahun 2009...negara Merdeka tahun 1957...dunia tanpa sempadan...dunia komputer...


Dalam suasana sensasi didalam banyak hal, saya lebih suka menumpukan perhatian terhadap pencapaian pelajar cemerlang SPM Nik Nur Madihah binti Nik Mohd Kamal dari Kelantan baru baru ini. Ini sebenarnya isu yang harus dijadikan tumpuan dan perhatian. Ini yang sebenarnya isu insan kamil' Inilah sebenarnya modal insan. Inilah sebenarnya impian semua pelajar, semua ibu bapa dan semua guru. Nur Nik Madihah harus jadi ikon pelajar yang benar benar cemerlang bukan cemerlang dari slogan gemilang, cemerlang dan terbilang yang sering digunakan hanya sebagai slogan politik dan mainan media untuk hiasan dataran. Ini benar benar cemerlang.

Dari keluarga yang amat daif dan penuh dengan kesempitan hidup Nik Madihah berjaya ketahap itu. Cukup memberangsangkan. Cukup membanggakan. Hampir lengkap dan sempurna sebagai modal insan untuk kepentingan keluarga, masyarakat dan negara..insyaallah. Tahniah kepada ibu bapa Madihah yang berjaya membesar dan mendidik anak yang cerdik ini. Alhamdulillah..Madihah nampaknya terdidik dengan kelengkapan insan kamil dan punyai pegangan agama yang amat menyakinkan. Tahniah juga kepada manusia manusia yang menyumbang kepada kejayaan pelajar ini.

Hanya satu saya harapkan. jangan gunakan anak ini untuk mileage politik. Jangan gunakan kejayaan anak ini untuk publisiti murahan mana mana organisasi atau kepentingan korporat. Bantulah anak ini dengan jujur dan penuh bertanggung jawab. Paling tidak tunjukkan sedikit rasa simpati dan hargai kejayaan nya dengan penuh keinsafan. Bantulah dengan niat untuk kemanusiaan walau pun ada ketika nya dilihat sudah agak terlewat. Jadikan ianya pengajaran dan cabaran kepada semua demi kepentingan pendidikan dan pembelajaran anak anak bangsa.

3 comments:

Anonymous said...

Tuan,

Nik Nur Madihah 20A, ibu dan bapa nelayan miskin, rumah sewa tak terbayar, kemana badan mahu di bawa?

Peristiwa dan cerita kejayaan Nik Nur Madihah seolah-lah menjawab banyak persoalan politik, ekonomi dan sosial yang sedang hangat dibincangkan oleh pemimpin-pemimpin politik yang sedang mabuk kuasa di merata Malaysia dan NGO's yang tidak berpijak di bumi nyata.

Kemana muka pemimpin-pemimpin ini mahu disembunyi? Mereka ini semakin jauh dari rakyat.....

Ramli Mohd Yunus said...

saya amat setuju tuan, manusia politik sudah lama tidak berpijak dibumi nyata, kemampuan dan kematangan menilai kepimpinan sudah jauh lama terpesong, pemimpin juga sudah lupa menilai diri.

rakyat sudah lama keliru dan terganggu hanya menunggu untuk menjatuhkan hukum.

Anonymous said...

Saudara,

Itulah masalahnya pemimpin kita, tidak pernah belajar dari sejarah.

Rakyat hidup dalam kesengsaraan sementara pemimpin politik berlumba lumba mengejar kuasa yang bakal disalahguna.

Isu Nik Nur Madihah telah menelanjangi sikap dan perangai pemimpin yang berkuasa.Kepura puraan yang melampau!

Tumpang gembira atas kejayaan Nik Nur Madihah ini. Semoga berjaya didalam apa yang bakal diceburi.