Sunday, March 22, 2009

Pemilihan Kepimpinan UMNO Yang Ditunggu Tunggu....

Saya tidak bercadang untuk membuat komen atau mengupas apa yang sedang dan bakal berlaku didalam proses pemilihan kepimpinan UMNO dewasa ini. Saya ada kepentingan, sama dengan kepentingan rakyat yang mahukan kepimpinan mana mana organisasi, apatah lagi parti yang memerintah, agar pemimpin yang benar benar layak dan berkualiti, dipilih.

Itulah sebenarnya yang amat.. amat.. amat..sukar dilakukan. Ini kerana sepanjang masa berkempen, dari peringkat Bahagian keperingkat Pusat, terlalu banyak hal dan perkara yang berlaku kerapkali bercanggah dengan apa yang seharusnya berlaku dan dilakukan. Dari seorang lulusan bawahan hingga keperingkat PhD, dan dari yang tidak bergelar kepada yang berTan Sri dan Tun, piawaian yang digunakan untuk menilai kepimpinan amat berlainan dan tidak senada dengan apa yang dituntut oleh kriteria kepimpinan itu sendiri. Uniknya politik Melayu dalam UMNO, kata kebanyakan orang...tetapi jangan sampai keunikan politik kita, menjadi bahan lawak jenaka!

Lebih 2500 orang bakal memilih kepimpinan yang bakal memimpin negara...itu pun kalau..induknya diterima rakyat nanti. Dari pengalaman dan pemerhatian saya, ramai dari kalangan 2500 ini menilai pemimpin amat..amat..amat berbeza dari apa yang dikehendaki oleh majoriti rakyat. Rakyat mahukan pemimpin yang berilmu, berpengalaman, amanah, bertanggung jawab. Makna nya rakyat mahukan kepimpinan yang ada kualiti kepimpinan yang nilainya sama dengan tuntutan kepimpinan seluruh dunia. Menilai pemimpin adalah sama saentero dunia...hanya yang berkualiti harus dipilih. Piawaiannya sama.

Namun ada dikalangan 2500 (walau pun mungkin tidak ramai) yang mahukan lebih dari itu..kontrak untuk diri, hadir kenduri kahwin semata mata, tepuk tampar dan mesra melampau...kualitinya hampir kosong....penilaian mengikut cara dia. Kalau pemimpin yang baik dan kenal dia...kaki rasuah pun dipilih...kalau bertepuk tampar dengan dia...ada rekod jenayah pun jadi pilihan....kalau datang rumah dia..masuk dapur dia...yang pecah amanah pun jadi idaman...bila dia tuntut pemimpin jangan lupa penyokong dan jangan sombong...itu maknanya jangan lupa dia...dan bagi habuan pada dia apabila menang....itulah yang dimaksudkan dengn jangan lupa penyokong itu...dia pembohong dan tidak ikhlas sebenarnya. JANGAN LUPA DIA DAN GEROMBOLANNYA...ITU SEBENARNYA!!!

Ada sepotong ayat untuk direnungi menjelang pemilihan kepimpinan UMNO ini. Ada ungkapan yang menyatakan bahawa Pemimpin UMNO tidak tahu menilai diri sementara ahli UMNO pula tidak tahu menilai pemimpin!!!Seluruh perwakilan mesti membuktikan bahawa kenyataan diatas tidak benar!!!Buktikan andaian itu SALAH!!

NB Saya ada banyak cerita dan rahsia yang akan ditulis selepas 26hb ini...berat dan sukar untuk diterima dipercayai dan kadangkala menggelikan hati...tetapi itulah yang berlaku...tunggu dan lihat!

5 comments:

Anonymous said...

UMNO sudah sampai masanya untuk ditalqinkan!

Wahai orang UMNO sedarlah...rakyat sudah lama menolak hangpa...

Di Kedah..sapa yang boleh diharap lagi..Tok Det (isu tak terkira)..Bashah(alahai ada lagi orang macam ni pemimpin UMNO)..Mad Sudin(lagi berat sehingga tak terkata)..Tajuddin Sik (baik teruskan berniaga pasar malam)...Azeez( masyaallah..orang macam ni pun laku dalam UMNO)...Rozai (la...ada lagi dia ni)..Jo Baharum (la baik terus jadi Cikgu senaman la..)

Pendek kata semuanya darai kalangan yang sudah luput tarikh..kalau susu dah tak boleh minum...jadi racun...

Muasabah diri al...

asalbayu said...

Tak sabar nak baca. Tak apalah lepas 26 hb ni buat dalam 2 bahasa: BM dan BI. BM untuk orang luar bandar dan orang yang tak mahir BI. BI untuk orang yang mahir serta peringkat global.

Anonymous said...

Saya tak berapa kisah soal Kedah atau mana-mana negeri di Malaysia. Yang saya kisah sangat ialah soal orang melayu yang sedang bercelaru mencari identiti di bumi melayu ni!

Pemimpin melayu BN atau PAS atau Keadilan, yang sudah tidak ketahuan hala!mabuk dan kadang-kadang nyanyuk teruk! pengundi melayu yang kehilangan punca! Rakyat yang mencari hala! Semacam tengah berada dalam dunia di Afrika! Tamaddunya entak kemana?

Moga-moga, akan ada hari mereka dapat bermuhasah diri dan mengenal diri!

tali belati said...

inilah ciri-ciri melayu menuju kepupusan, islam menuju kehancuran, cuba bandingkan blog melayu dengan cina, melayu dedahkan keburukan melayu, cina serang orang melayu, orang melayu juga yang sokong dan cina gelak sakan. konon menulis atas nama kesedaran tetapi dalam sedar telah menggerakan satu angkatan memusnahkan sesama bangsa dan agama, insaflah wahai manusia biarpun semasa kamu menulis tiada bala yang mendatang tetapi janji tuhan jangan diabaikan bahawa seluruh umat yang akat merasa akibatnya.

Anonymous said...

Saudara tali belati...

Saya kurang pasti kemana arah dan tujunya pendapat saudara ini.

Adakah hanya kerana menonjolkan kesilapan dan kerakusan oarng Melayu, bangsa telah terjerumus dan bangsa lain gelak berdekah.

Sekarang bukan masanya kita bersifat pathetic dan apologetic hanya kerana kita sayangkan bangsa. Perangai dan tindakan yang salah mesti diubah dan diperbaiki.

Nasionalis jelmaan macam tali belati masih kabur menterjemahkan Melayu dan keMelayuan..atau adakah anda merestui kerakusan dan kebobrokan segelintir Melayu hanya kerana takut ianya ditonton bukan Melayu.

Fikirkan lah...