Saya akan bertolak ke Damascus, Syria pada 28hb April ini untuk menghadiri Mesyuarat Lembaga Pengarah Persekutuan Thalassaemia Antarabangsa - TIF yang akan diadakan pada 30hb April. Selepas itu saya akan menyertai 1st Pan Middle East Conference on Haemoglobinopathies juga di Damascus dari 1 hingga 3 Mei 2009. Atas kapasiti saya sebagai salah seorang Ahli Lembaga TIF, saya diminta untuk menjadi moderator bagi satu sessi yang melibatkan pakar pakar kanak kanak dari negara Middle East. Diantara topik yang bakal dibincang ailah isu pengguguran janin yang dikesan sebagai pembawa genetik thalassaemia. Satu tanggungjawab yang agak berat.
Ini kali pertama saya ke negara Hafeez Al Assad itu. Saya pernah diundang ke Syria beberapa tahun lalu tetapi dibatalkan disaat saat akhir apabila Lebanon diserang oleh Isreal. Syria dilihat sebagai negara yang tidak conducive untuk menganjurkan persidangan tersebut pada ketika itu. Kali ini TIF, badan yang menganjurkan persidangan tersebut diyakinkan bahawa Syria selesa dan selamat untuk menjadi tuan rumah. Saya bersetuju untuk hadir dan merasakan bahawa adalah suatu penghormatan mewakili negara ke persidangan tersebut.
Pada 25hb April lalu saya diundang secara bidan terjun untuk merasmikan Hari Anugerah Gemilang, Sekolah Menengah Alor Janggus, Kuala Kedah. Saya diminta untuk menggantikan Dato Shahlan Ismail, Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri yang terpaksa membatalkan kehadiran beliau atas sebab sebab yang tidak dapat dielakkan. Saya bersetuju untuk hadir kerana ianya melibatkan pencapaian anak bangsa didalam bidang pendidikan, kedua, menghormati jemputan Datin Hjh Asma Shafie, Pengetua sekolah tersebut. Beliau adalah isteri sahabat saya Dato Hj Abdullah Hasnan, pemimpin politik Bahagian Kuala Kedah. Majlis yang begitu nostalgic bagi saya.

5 comments:
Encik Ramli,
Selamat bersidang di Syria. Balik nanti bolehlah cerita pasal talasemia Syria.
Ahli Persatuan Talasemia Perak.
Tuan,
Kalau singgah di Dubai tu, jangan lupa belia t Shirt hard rock cafe untuk ana.
Ahli Kelab Puluh Udang
Salam Bro...
Di jemput hadir semua blogger2 wilayah utara ke Majlis Gathering Blogger2 Utara...2 May...pukul 8.30 malam...di Coffee House Kelab Cinta Sayang, Sg. Petani, Kedah...TQ!
p/s: keterangan lanjut di...
http://dukeofumno.blogspot.com
DukeOfUMNO dan sahabat,
Terima kasih atas jemputan dan saya amat berminat.
Saya masih berada di Damascus menghadiri satu persidangan.
Kita jumpa dilain kali. Tolong emailkan apa juga perbincangan dan keputusan yang saudara saudara putuskan.
Anyway..tahniah diatas dayausaha.Terima kasih.
Semoga anta pulang dengan pengetahuan yang baru untuk di kongsikan bersama.Nescafe tarik gelas kecik menanti anta.
Post a Comment