Keputusan Pilihanraya Kecil tiga kawasan telah dibuat. DUN Batang Ai di Sarawak, BN menang sementara DUN Bukit Selambau dan Parlimen Bukit Gantang, BN kalah. Sebelum ini pun keputusan nya memang begitu. Kalau hendak sejukkan hati, BN boleh kata keputusan itu status quo. Kerusi yang empunya dikembalikan kepada yang empunya. Itu cakap orang politik pathetic dan apologetic...makna nya cari dalil senang dan mudah. Yang mahu menerima nya secara lebih realistik dan profesional, keputusan itu mesti dikaji, dihalusi dan bincang secara serius. Tan Sri Muhyiddin sebagai Pengarah bagi ketiga tiga Pilihanraya nampak lebih realistik. Dia mahu adakan post mortem bebas. Itu sikap dan perwatakan pemimpin. Menerima hakikat dan realiti. Kemudian lakukan sesuatu untuk merobahnya.
Dari awal lagi selain dari Batang Ai yang lanskap politik agak berbeza dengan di Bukit Gantang dan Bukit Selambau..memang ada tanda tanda kesukaran untuk BN memenangi kedua dua kawasan tersebut. Hanya dakwaan dan kata kata kosong yang mendakwa bahawa peluang untuk menang begitu terserlah. Ada tanda tanda perubahan sikap...pengundi sudah mula yakin...kali ini kita menang. Ini semua cakap cakap biasa yang dibuat tanpa kajian, tanpa selidik dan tanpa fakta. Cakap emosi dan cakap politik jalanan. Memang dalam keadaan dan situasi tertentu, itulah kata kata yang selalu diungkapkan. Cakap cakap buat sedap hati. Kalau depan pemimpin lagi kuat ungkapankan nya. Mengampu cara lama. Dalam UMNO terutama didalam Pilihanraya, kekuatan musuh tidak boleh diungkap. Itu pantang larang. Jangan sekali kali cakap pasal kemungkinan kalah..orang pandang serong. Jangan sebut pasal kalah...kalah tak apa!!!
Di Bukit Gantang dan Bukit Selambau, Tun Dr Mahathir dijadikan ikon untuk menawan pengundi. Beribu datang mendengar ucapan beliau. Namun Mahathir hanya berjaya menarik perhatian bukan undi. Kehadiran Mahathir tidak membawa erti yang mendalam terhadap kecenderungan pengundi untuk berubah dari mengundi PKR kepada BN. Hujah Mahathir bahawa Nizar derhaka juga tidak menjadi. Ramai yang sudah amat arif dengan sejarah siapa yang mulakan derhaka!!! Ada sahabat yang berseloka..Batang AI menang kerana Mahathir tidak datang!!!
TV3 pula masih mainkan lagu enampuluhan. Ucapan Anwar semasa menjadi TPM disiarkan semula. Berdetik pun tidak penyokong PAS dan DAP. Umpan yang tak dimakan ikan. Umpan mahal (airtime) ikan kecil pun tak lapar...Tektik lama yang sudah menjadi bahan jenaka. Jentera parti pula ramai yang SS (syok sendiri) terutama didepan pemimpin. Tunjukkan laporan sikap yang ditulis atas bumbong kereta. Ada pula yang kutip dari ahli ahli cawangan dan kaum keluarga. Percaya dengan propaganda sendiri. Media yang kita kontrol kata PKR lemah...kita pun percaya. Akhbar yang BN kuasai kata rakyat sudah muak dengan pembangkang...kita pun terima. Kita percaya kepada andaian dan sinopsis ciptaan kita sendiri.
Sekarang semua sibuk bercakap pasal kabinet Najib. Terlalu banyak spekulasi andaian. Hairan juga..apa yang susah sangat. Bench mark nya ada...garis panduan nya pun ada...amalan nya juga sudah lama ada. Kriteria kepimpinan sudah lama termaktub didalam direktori kepimpinan manusia sejagat. Dalam budaya politik orang Melayu dan Islam lagi jelas. Kualiti dan syaratnya sudah lama tersurat. Pattern perlantikan ke kabinet sudah lama tercatit. Paksi nya jelas. Asas nya juga amat jelas. Memang betul itu kuasa Perdana Menteri tetapi bukan absolute atau kuasa mutlak. Ianya bergandingan dengan kewajaran, timbangtara, hemah, realiti dan amalan semasa. Bukan hak seratus peratus. Kuasa dimana mana pun ada had dan syaratnya. Jangan berselindung disebalik ayat `kita tidak akan dapat memuaskan hati semua orang' atau lebih ekstrim ` semua tak kena'. Sebenarnya yang tak kena itu memang tak kena. Yang tidak memuaskan hati itu memang tidak memuaskan hati. Sweeping statements dari kebanyakan pemimpin kita adakalanya membuatkan rakyat rasa direndahkan martabat sebagai manusia berakal dan punya ilmu.
Ramai yang merasakan bahawa Datuk Najib knows what is expected of him. Beliau diharapkan amat memahami akan signs and signals of the masses. Begitu juga dengan perlantikan ahli kabinet beliau nanti. Jadinya saya tidak mahu membuat ramalan dan andaian. Sebabnya, panduan perlantikan untuk jadi pemimpin sudah cukup terang dan jelas. Saya tidak mahu dilihat sebagai mengingatkan perkara yang sudah jadi pengetahuan umum.
2 comments:
Saya diserang strok/angin ahmar pada 17.9.2009. Setelah mengambil makanan kesihatan anugerah Allah meskipun datang dari sekutu Israel United State selain bersenam, Alhamdulillah saya semakin pulih.
Namun di sini bukan saya nak cerita tentang strok. Sebaliknya ialah berkenaan 2 individu bukan Islam berketurunan Cina (saya tak suka guna istilah 'bangsa' kerana ia menggambarkan perkauman).
Individu pertama ialah pengedar makanan kesihatan bernama Mr Ang Teik Chi yang tahu mengenai kaedah-kaedah mengurut dan ada orang memanggilnya Doktor.
Mr Ang pernah mengurut saya dengan dimulakan dengan kalimah Bismillahir Rahmanir Rahim. Sebelum itu beliau 'menjampi' minyak kelapa yang digunakan untuk mengurut itu dengan Surah Al-Fatihah dari mula sampai tamat. Dia juga begitu lancar mengungkapkan ucapan insya Allah saya akan pulih dengan kehendak Allah.
Individu kedua ialah pengedar penapis air yang saya sekeluarga mengenalinya sebagai Mr Ong. Bila dia melihat saya yang sebelumnya lumpuh sebahagian badan sudah boleh berjalan serta memandu motokar dia mengungkapkan Alhamdulillah.
Ada beberapa orang kawan memberi komen bahawa hal itu tak betul tapi bila saya tanya di mana silapnya tak ada yang boleh beri penjelasan. Lalu saya katakan bahawa MR Ang dan Mr Ong juga hamba Allah mereka diam.
Pada 9.3.2009 seorang saudara baru, Lim Jooi Soon menyamapikan ceramah di Alor Setara dalam satu acara Wacana Minda.
Saya kagum dengan pendekatan yang beliau gunakan untuk berdakwah dan mempunyai pengetahuan terhadap kandungan kitab-kitab Injil, al-Quran dan kitab ugama Hindu. Beliau merupakan saudara baru pertama yang menganut Islam dengan mengekalkan nama Cina setelah berdebat selama 5 tahun dengan mufti berhubung dengan perkara tersebut. Kita doakan beliau mencapai banyak kejayaan dalam usaha dakwahnya.
YB Nga Kor Ming bukanlah orang pertama tidak disenangi bila menggunakan ayat-ayat suci ketika berceramah
Sebelum ini, Ketua Menteri Pulau Pinang, YB Lim Guan Eng yang mengatakan dia akan mentadbir mengikut acuan Khalifah Omar Abdul Aziz pernah dituduh sebagai biadap.
Mengapa hal begini berlaku?
Ya... tentulah tidak lain kerana kedua-duanya dari DAP! Oleh yang demikian, YB Karpal Singh dan YB Lim Kit Siang juga patut berfikiran terbuka dalam hal ini. Mungkin YB Drs Khalil Idham dan beberapa orang lagi patut berbuat sesuatu dan ada baiknya direnungkan bahawa sebilangan pengarah filem Melayu di zaman awal (kebanyakan berketurunan India) dahulu bukan beragama Islam, tetapi mereka telah menghasilkan bukan sedikit filem-filem berbau Islam.
pakcik ramli,ahli politik umno kena ada facebook..ahli pembangkang byk ada.nizar,anwar,azmin ali.sebab tu depa ni dikenali among org muda..apa cara yang boleh depa guna utk reach org muda depa guna..kita UMNO dok guna cara lama lagi..bgtau TAN SRI MUHyiddin buat acc FAcebook utk reach org muda..atau pun org buat utk dia..pakcik ramli kena ada jugak .hari ini orn nak dekati pemimpin,pemimpin hari ini utk semua org.bukan utk golongan tertentu.org muda bukannya nak kena guna cara dulu buat acara sukan atau riadah.hari org nak dgr idea atau personality dari segi penyampaian pendapat.kat sini uk,kelab UMNO lemah sebab budak hebat 2 semua kearah pembangkang.depa efficient.budak2 deap dah diajar cara susah and cara yang senang nak didekati kat sini.UMNO cara mcm kat malaysia la.terlalu formal and nak dilayan mcm boss.yang tak formal tu kurang.
anak pokok sena dari newcastle
Post a Comment