Wednesday, April 1, 2009

Presiden dan kepimpinan baru UMNO dan negara...

Dia ni salam kosong...yang ni...kurang senyum...dia ni sombong...dia ni kuat berlakon...dia ni pulak kaki ampu...meluat...mana satu aku nak undi ni....


Perhimpunan Agung UMNO telah tamat. Proses pemilihan kepimpinan UMNO juga sudah selesai. Keputusan sudah dibuat. Pemimpin telah dipilih. UMNO ada Presiden baru. Kelaziman nya Presiden UMNO jadi Perdana Menteri..itu sudah jadi praktis dan amalan nya.

Wanita UMNO dapat Ketua baru walau pun sudah terlalu lama jadi pembantu Ketua. Puteri juga pilih Ketua Baru..pertama kali orang dari Sabah. Pemuda juga dapat Ketua baru..walau pun keputusan nya dipertikai. Sorakan dan jeritan berterusan didalam dan diluar Dewan. Ramai yang tidak menduga atau tidak boleh menerima Saudara Khairy Jamaluddin sebagai Ketua.
Proses dan amalan nya telah dibuat. Keputusan nya walau pun tidak mendapat sokongan seratus peratus, juga sudah dibuat. Itulah amalan demokrasi walau pun tidak juga diamalkan seratus peratus.

Semasa kempen macam macam berlaku dan terjadi. Politik wang jadi isu. Upah dan saguhati bertukar tangan walau pun sampai kiamat dinafikan. Ada yang dijustifikasikan..ada duit minyak atau duit makan minum yang dibolehkan..bayar untuk dapat undi tidak boleh. Ukuran yang amat kabur dan sukar dipraktiskan. Garis panduan yang seringkali dilonggarkan akibat dari tafsiran yang juga kadangkala longgar.

Ada perkataan Ketua Darjah. Ada salam SK dan SI. Ada quote `buah limau' dan beras hancur. Pendek kata macam macam ayat tersembunyi ala modus operandi CIA. Ada ayat `mandi' dan `songkran' (juga bermakna mandi dalam Bahasa Thai). Macam games monopoly.

Sepanjang masa kempen macam karektor muncul. Perwakilan dari kategori G7 dan G6 bermacam perangai dan sikap. Tukar kem berlaku saban hari. Jentera bergerak setiap kumpulan. Ada yang jadi jentera bagi semua calun. Ada juga yang pasang jentera disetiap calun..berniaga cara nak untung. Ikut cara direct selling...Tiga calun Timbalan...setiap jentera ada orang dia. Ini perangai dan tingkah pemimpin negeri. Pasang kaki disemua sudut...siapa menang pun dia untung...masyaallah...Sidek Sigaraga pun boleh terkejut beruk.

Banyak yang boleh didedahkan tetapi buruk akibatnya. Pertama pemilihan sudah berlaku..edah nya masih ada. Enam bulan sebelum dan enam sesudah, apa yang dicakap dan ditulis boleh jadi bahan bukti. Kes naya..tak pasai pasai Lembaga Disiplin cari. Bukan takut tapi rimas...

Politik wang terus bersemarak dan segar bugar. Ramai yang tahu tapi susah nak bukti atau susah nak cari saksi. Lembaga Disiplin pun tahu tapi lagi susah nak cari bukti. Umum mengetahui bahawa iaya berleluasa dan sukar dibendung. Hendak nafi boleh terus nafikan tetapi ramai tidak percaya. Orang geli geleman nak percaya....

Hanya yang agak aneh..yang sudah disabitkan salah..diberi standing ovation...mak datuk..salah pun dihormati..siap minta perwakilan bangkit dan beri tepukan pulak tu..mesej yang agak janggal dan songsang untuk dipamerkan kepada ahli dan masyarakat...nak undi tambah pun biarlah beradab....

Keseluruhan nya...rumusan nya...masih kabur dan tidak `clear'...hanya masa yang dan ketika yang akan menentukan. Tiga Bukit bakal jadi `yardstick'. Pilihanraya kecil tiga Bukit ini akan sedikit sebanyak memberikan gambaran dan signal..UMNO mahu dilihat sudah okay...dalam Dewan okay..luar Dewan juga kata okay...tetapi rakyat belum tentu!!!Kot..kot..nanti kita syok sendiri atau dalam bahasa mudahnya SS....

No comments: