Lal Kishen Avani, pemimpin BJP...dia bercadang untuk meletakkan jawatan sebagai pemimpin BJP selepas kalah teruk...keruntuhan Masjid Babri masih menghantuinya....
Setiausaha Agung CPI (M) Prakash Karat..tetapi tidak bertanding didalam Pilihanraya kali ini...
Pengundi sedang beratur sebelum membuang undi..
PM Manmohan Singh diapit oleh Sonia Gandhi, Pranab Mukherjee ( dua dari kiri) dan Karunaidi, Ketua Menteri Tamil Naidu (kanan sekali) selepas mesyuarat UPA..
Banyak yang boleh kita pelajari dan renungi dari kata kata Pranab dan juga pattern pemilihan calun didalam Pilihanraya di India kali ini. Hasrat dan kemahuan rakyat majoriti. Tuntutan golongan muda dan dasar sesuatu parti yang bertanding. Penolakan terhadap pimpinan yang tidak bermoral dan korup. Parti yang sederhana, pimpinan yang telus, intelektual dan berintergriti tinggi. Rakyat India telah memberikan message dan signal yang jelas kepada kepimpinan yang mahu mewakili mereka.
Kita amat merindui suasana sebegitu didalam negara tercinta. Majoriti rakyat mengimpikan kepimpinan yang berilmu, jujur, telus dan punyai keperibadian yang baik. Selama ini kita hanya mendengar kata kata dakwaan ketelusan yang longgar setiap masa, kehebatan yang palsu, ketulusan yang dipaksa paksa, ilmu yang tidak original dan yang paling saya takuti ialah intergriti yang hanya dibaluti dan dikuliti dengan `hiasan dan assesori' buatan sendiri.
Perubahan yang hasratkan oleh DN Najib dan TS Muhyiddin Yassin diharap harap dapat membendung suasana ini. Menjadi harapan agar jenis ini dikeluarkan dari senarai manusia bergelar pemimpin, walau pun proses pemilihan kepimpinan dan demokrasi telah terlaksana disekeliling mereka. Kepada penganut parti parti lain juga diingatkan. Kayu pengukurnya tetap sama. KPI nya juga sama.Tuntutan perwatakan dan kriteria kepimpinan tetap sama. Yang ada rekod yang tidak sesuai, keluarkan dari senarai kepimpinan. Jangan malukan rakyat terbanyak.
Tokoh tokoh yang dipilih secara `mengejut' dan dari suasana yang juga `mengejut' akan mengakibatkan pilihan yang tidak menepati hasrat dan tuntutan kepimpinan sebenar. Dakwaan seorang ahli EXCO di Negeri Kedah yang membuat tuntutan perjalanan yang agak meragukan dan mungkin palsu, adalah satu contoh yang ketara. Pemimpin yang di'tokohkan' dari suasana kejutan politik yang tidak cultured dan matured. Manusia yang hanya layak dijadikan pengikut dinobatkan sebagai pemimpin!

Walau pun terdapat banyak perbezaan diadalam struktur dan lanskap politik di India dibezakan dengan Malaysia namun demikian, ada sesuatu yang boleh dijadikan ikhtibar dan garis panduan mengenai keputusan Pilihanraya ke 15 India baru baru ini. Ada yang boleh direnungi dan diperhati dari keputusan yang agak mengejutkan itu terutama bagi parti yang berhaluan kiri, religious based dan bersifat regional. Pilihanraya India yang bermula pada 16 April berakhir pada 13 May 2009 lalu memberikan banyak gambaran!
Parti Kongres India atau Indian National Congress (INC) pimpinan Sonia Gandhi dengan Perdana Menterinya Manmohan Singh telah berjaya mengekalkan kuasa didalam Parlimen India. INC menang dengan lebih cemerlang dari Pilihanraya 2004 dengan penambahan 61 kerusi dari 145 ke 206 kerusi di Dewan Lok Sabha meninggalkan pencabar terdekat dari parti Bharatiya Janata Party - BJP pimpinan Lal Kishen Avani. BJP kehilangan 22 kerusi dari 138 kerusi yang dimenangi pada tahun 2004. Malah sebuah lagi parti yang pada awalnya dianggap pencabar utama kerusi Perdana Menteri, Communist Party Of India (Marxist) hanya memperolehi 16 kerusi berbanding dengan 43 kerusi pada tahun 2004.
CPI (M) difahamkan tidak mahu bersama dengan INC didalam sebarang usaha pembentukan kerajaan campuran UPA -United Progressive Alliance Government pimpinan Manmohan Singh sebelum Pilihanraya. CPI (M) dikatakan lebih berminat untuk membentuk kerajaan campuran bersama BJP jika mereka menang majoriti didalam Pilihanraya kali ini. Jelas keputusan sekali lagi memihak kepada parti pimpinan Sonia dengan Perdana Menteri Manmohan Singh.
Diberitakan dari 400 million pengundi berdaftar di India 60 peratus darinya adalah dari golongan belia berumur 35 tahun kebawah. Ini jelas menunjukkan bahawa golongan muda masih mahukan kepimpinan Manmohan Singh dengan dasar liberal dan economic reforms nya. Calun calun yang mempunyai rekod jenayah yang dahulunya terpilih, kali ini jelas ditolak pengundi. Malah calun calun dari kalangan yang agak esktrim dan penentang (separatist) terutama dinegeri negeri Jammu dan Kashmir juga ditolak pengundi. Parti yang mengamalkan dasar keagamaan yang esktrim, bersifat kedaerahan dan agenda yang agak memecahbelahkan rakyat juga ditolak didalam Pilihanraya kali.
Malah CPI (M) yang berkuasa sejak 1977 dibeberapa negeri seperti West Bengal juga tumpas ditangan calun dari parti pembangkang negeri itu Trinamool Congress, parti yang sehaluan dengan INC didalam Pilihanraya kali ini. Di Kerala CPI(M) tumpas ditangan calun calun INC. Ada sesuatu yang cuba dipamerkan oleh para pengundi terutama dari kalangan belia.
Majoriti rakyat India mahukan stability dan good governance. Mereka menolak politik kasta dan berunsurkan agama. Mereka menolak pimpinan yang korup dan punyai rekod jenayah. Mereka tidak mahu lagi pimpinan parti yang jelas menunjukan sikap esktrim yang melampau. Sejarah konflik Islam- Hindu yang dimainkan oleh BJP pimpinan Lal Kishen Avani yang bersifat Hindu fundamentalist tidak lagi diterima rakyat. Peristiwa perarakan penganut Hindu untuk merobohkan Masjid Babri pada tahun 1991 akibat permainan politik perkauman oleh BJP jelas memakan diri.
Hasrat Lal Kishen Avani untuk menjadi Perdana Menteri India ke 15 selepas Pilihanraya kali ini nampak hampa. Manmohan Singh, seorang scholar yang liberal, seorang pakar ekonomi dan punyai intergriti yang tinggi jadi pilihan rakyat, walau pun dia hanya mewakili 15 peratus kaum Sikh dari 85 peratus rakyat keturunan Hindu di India. Jelas pengundi mahukan pemimpin yang punyai intergiti, intelektual dan berhaluan sederhana seperti Manmohan Singh.
Sebagai renungan, saya perturunkan dibawah ini diantara kata kata Pranab Mukherjee, pemimpin veteran Parti Kongress India (INC) selepas kemenangan didalam Pilihanraya kali ini. Pranab telah dipilih menjadi Ahli Parlimen India sejak 1969 lagi dan telah menjawat beberapa jawatan penting didalam Kerajaan pimpinan parti INC. Antara kata katanya.."I do not aspire to become prime minister as I feel I lack the necessary communications skills and also because I cannot speak fluent Hindi, India's national language. If you don't know Hindi, you cannot be a prime minister. There are certain skilss that are required for certain work"
Ditanya samada dia merasa kecil hati tidak diplih sebagai Perdana Menteri oleh partinya INC, Mukherjee berkata " I have no complaints. I am senior enough in the party. The party has given enough. There are many people who have worked hard for the party" Itulah kata kata Pranab Mukherjee, pemimpin besar INC , Ketua Dewan Lok Sabha dan Menteri Luar India.
Banyak yang boleh kita pelajari dan renungi dari kata kata Pranab dan juga pattern pemilihan calun didalam Pilihanraya di India kali ini. Hasrat dan kemahuan rakyat majoriti. Tuntutan golongan muda dan dasar sesuatu parti yang bertanding. Penolakan terhadap pimpinan yang tidak bermoral dan korup. Parti yang sederhana, pimpinan yang telus, intelektual dan berintergriti tinggi. Rakyat India telah memberikan message dan signal yang jelas kepada kepimpinan yang mahu mewakili mereka.
Kita amat merindui suasana sebegitu didalam negara tercinta. Majoriti rakyat mengimpikan kepimpinan yang berilmu, jujur, telus dan punyai keperibadian yang baik. Selama ini kita hanya mendengar kata kata dakwaan ketelusan yang longgar setiap masa, kehebatan yang palsu, ketulusan yang dipaksa paksa, ilmu yang tidak original dan yang paling saya takuti ialah intergriti yang hanya dibaluti dan dikuliti dengan `hiasan dan assesori' buatan sendiri.
Kita sudah terlalu biasa melihat kehebatan dan ketokohan pimpinan didada dada akhbar media perdana dan dikaca kaca TV yang juga perdana..yang sebenarnya penuh dengan tipu muslihat yang dijustifikasikan sebagai strategi. Wajah wajah bertitle ketua yang diselindungi oleh cerita cerita keperibadian yang adakalanya menjijikan. Wajah wajah yang jauh tertinggal dari sifat self discipline, intergrity dan kualiti hidup yang boleh dibanggakan oleh anak anak bangsa. Wajah wajah yang hebat tetapi punyai sejarah hidup dan berlatarbelakangkan perbuatan yang huduh, tidak bermaruah dan adakalanya memalukan.
Kita amat takut dan terganggu kerana gerombolan jenis ini masih ramai berkeliaran di corridoor of power dan ditangga tangga kepimpinan parti yang berkuasa dan yang bakal berkuasa. Takut dan tidak selesa untuk menerima mereka sebagai pemimpin anak anak bangsa dan generasi akan datang. Ego yang yang terlalu tinggi untuk menerima mereka apabila kita amat tahu latar belakang dan tingkah laku mereka didalam 'fail fail sulit seseorang'. Paling tidak dari fail girlfriend sendiri. Malu dan terasa rendah diri untuk menerima mereka sebagai pusat rujukan kepimpinan. Kita pun lebih baik dari mereka..dari banyak sudut...
Perubahan yang hasratkan oleh DN Najib dan TS Muhyiddin Yassin diharap harap dapat membendung suasana ini. Menjadi harapan agar jenis ini dikeluarkan dari senarai manusia bergelar pemimpin, walau pun proses pemilihan kepimpinan dan demokrasi telah terlaksana disekeliling mereka. Kepada penganut parti parti lain juga diingatkan. Kayu pengukurnya tetap sama. KPI nya juga sama.Tuntutan perwatakan dan kriteria kepimpinan tetap sama. Yang ada rekod yang tidak sesuai, keluarkan dari senarai kepimpinan. Jangan malukan rakyat terbanyak.
Tokoh tokoh yang dipilih secara `mengejut' dan dari suasana yang juga `mengejut' akan mengakibatkan pilihan yang tidak menepati hasrat dan tuntutan kepimpinan sebenar. Dakwaan seorang ahli EXCO di Negeri Kedah yang membuat tuntutan perjalanan yang agak meragukan dan mungkin palsu, adalah satu contoh yang ketara. Pemimpin yang di'tokohkan' dari suasana kejutan politik yang tidak cultured dan matured. Manusia yang hanya layak dijadikan pengikut dinobatkan sebagai pemimpin!
Kalau ada yang terbaca posting ini..dari golongan yang mahu digelar pemimpin..kalau masih terus mengamalkan sikap dan tingkah laku yang buruk dan menjijikan..walau dimana..walau pun tidak ada bukti sahih..kerana tidak ada yang melihat..atau mahu menjadi saksi..perangai yang huduh sebagai lelaki dan bapa..martabat lelaki yang rendah..nasihat saya..berhentilah jadi pemimpin..jadi ketua sudah...jangan gila nak jadi YB atau Menteri...malu lah pada seorang penganut Hindu seperi Pranab Mukherjee..
8 comments:
Tuan,
Nampak lain saja posting tuan kali ini. Banyak yang tuan tahu tetapi tidak mahu share ni.
Saya tau tuan rapat dengan ramai agensi Kerajaan, wartawan dan `man on street'. Share lah info kalau boleh untuk kepentingan bersama.
Saya juga macam tuan mahukan yang baik baik saja.
Ketua UMNO Cawangan.
Jangan mimpi mereka ni mau berubah. Lepak kat Danok, angkut puteri sana sini tu dah jadi amalan orang UMNO.
Pemimpin UMNO Kedah lagi teruk. Rekod jenayah pun ada. Rekod cabul kehormatan puteri pun ramai.
Rekod rasuah dan makan komisyen tu dah jadi lumrah!
Friends,
I know a few UMNO leaders who tried to seduce puteri UMNO, Wanita, their own staffs, reporters and their friend's wife with money and status.
And mind you, they are divisional leaders and some are YBs! In Kedah too.
Throw them in the drains in 2013!
Mantan Staff PKNK
Tolong check pemimpin UMNO yang dari Baling tu.
mummy-rokiah mesti tau pula pasal orang kuat Merbok tu.
lepas tu selidek pulak orang Jerlun tu.
dari Padang Terap tu dah memang sah.
pilihanraya nanti kita pakat pakat cari bukti, kalau depa tu jadi calun.
batu putih,
Saudara banyak terlibat dengan agenda kebajikan diperingkat antarabangsa, why waste time on these UMNO people.
Yang disekeliling anda itu majoritinya dari kalangan yang tidak bermoral. Anda akan terpalit!
Saya juga ada rahsia tentang mereka tetapi pada saya they are going to be nobody on earth by 2013.
batu putih,
Anda bukan saja terpalit tetapi bersubahat sama. Hukumnya tetap sama.
Tinggalkan umNO tu..hendak buat kebajikan bukan dalam umNO kawan.
Kalau di Kedah lebih 99 peratus Ketua umNo Bahagian tu tak tahu menahu siapa Pranab Mukherjee.
Politik depa hanya umNo, kejar kedudukan, buat harta dan syok sendiri.
Itulah rumusan terdekat umNO dewasa ini.
hang tunggu apa lagi Ramli oi. mai masuk PAS la.
hang bukan dapat apa dalam UMNO pun. hang dok naik airasia jugak.depa tak kan bagi hang jadi calun di Kedah tu.
hang bekas DAP, depa mana percaya. hang pulak mulut capoii. hang pun bukan yakin sangat dengan BN ni.
hang cakap betul sapa nak dengar dalam UMNO. depa tu semua bodoh sombong. harap kan gaya saja dengan baju linen, otak kosong.
Jangn tunggu lama lama bru. Nanti ditinggal bas!
Old Comrados
Pulau Pinang.
Tuan,
Sehingga kini saya perhatikan tidak banyak perubahan yang dilakukan.. Saperti banyak orang, saya cuba berfikiran positif tentang kepimpinan baru di pusat dan di Kedah
Kepimpinan di pusat, lagi sekali kita terjebak dengan mainan kata-kata dan ungkapan yang bombastic yang kadangkala sukar nak saya fahami!Apakah setiap polisi perlu ada ungkapan tak bermakna dan kadang jadi dipersia oleh banyak pihak.
Perlantikan kepimpinan! di pusat dan di negeri, tidak nampak ada percubaan yang bersungguh-sungguh ke arah perubahan. yang jelas kronis, status-quo,hadiah/habuan, politik periok nasi masih lagi menebal..
Setahun telah berlalu! Politik Malaysia semakin berwarna, BN semakin ketinggalan zaman! Salam
Post a Comment