Thursday, May 28, 2009

Manusia manusia gigih...

Saudara Faizal diperkenalkan kepada Encik Lim (baju putih) dipertemuan tersebut...


Dalam lawatan Lembaga Pelawat Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar ke Hospital Pulau Pinang baru baru ini, saya menemui dua manusia ini yang amat saya hormati dan kagum dengan kegigihan, ketekunan dan ketulusan kedua duanya melakukan kerja kerja sukarela dan kebajikan diPulau Pinang.

Seorang namanya Encik Lim Thong Deong, Pengerusi Lembaga Pelawat Hospital Pulau Pinang, bekas Guru dan seorang aktivist St John Ambulance Pulau Pinang dan Saudara Faizal, pesakit dewasa talasemia yang begitu gigih dan rajin dalam usaha membantu rakan rakan talasemia dan persatuan talasemia di Pulau Pinang.

Encik Lim dan Pengarah Hospital Pulau Pinang Dr Juita Ghazali, mengiringi saya dan Lembaga Pelawat Hospital Sultanah Bahiyah melawat Wad Kanak Kanak sementara Faizal berada di Wad tersebut melawat sahabat pesakit talasemia yang sedang dirawat dan menjadi kaunselor tidak rasmi kepada sahabat pesakit talasemia di Wad tersebut.

Lembaga Pelawat Hospital Pulau Pinang pimpinan Encik Lim telah berjaya mengumpulkan dana untuk membina rumah pelawat di Hospital tersebut dan akan menyumbangkan sejumlah RM50,000.00 untuk tujuan tersebut. Tahniah buat sahabat Ahli Lembaga Pelawat Hospital Pulau Pinang. Banyak lagi aktibiti dan kegiatan kebajikan yang dilaksanakan oleh Lembaga Pelawat Hospital Pulau Pinang yang menyumbang kepada peningkatan tahap perkhidmatan hospital tersebut.

Saudara Faizal pula melakukan lawatan peribadi untuk melihat kawan kawan yang menerima rawatan talasemia di Wad tersebut. Petang itu Faizal menemani sahabat beliau seorang belia Cina, pesakit talasemia dewasa. Sudah menjadi amalan beliau untuk memberikan perangsang dan motivasi kepada kawan senasib dengannya. Race has never been a barrier to us the thalassaemia community!
Apa yang saya paparkan sebenarnya adalah sebahagian dari pekerja sosial yang banyak melakukan kerja kerja kebajikan dinegara ini tanpa diketahui umum. Mereka menyumbang bakti tanpa publisiti, tanpa imbuhan dan yang paling ketara mereka jarang sekali dinilai oleh kepimpinan.

1 comment:

Anonymous said...

Bru Ramli,

Katanya Dato Mad Sudin sudah dibebaskan dan boleh pegang Ketua Bahagian balik, betul ka?

Bang jadi SU ka?