Tuesday, July 21, 2009
Politik seni serba mungkin!
Posting ini mungkin membosankan. Hampir jemu untuk dibicarakan. Saya tidak tahu hendak bermula. Saya tidak tahu samada saya kagum atau saya meluat. Tapi yang pasti apa yang saya perhatikan selama ini, budaya politik yang diamalkan oleh sebahagian besar aktivist politik masakini, agak unik, pelik dan mengecewakan. Kalau dilihat dari sudut positif (eh...eh.. positif ka?) amalan, budaya dan perangai mereka, memang boleh kita kagum. Kagum kerana mereka boleh jadi begitu. Kagum, bagaimana mereka boleh bertahan begitu. Kekaguman negatif. Kehebatan songsang. Tak ramai rasanya yang mampu atau mahu jadi begitu. Seorang dua sahabat saya, termasuk saya sendiri, sudah lama mengaku TIDAK BOLEH! Ramai yang sudah angkat tangan dan beredar ketepi gelanggang.
Apa yang saya maksudkan ialah sikap dan budaya orang politik sekarang ini. Saya hanya mahu berbicara pasal politik orang Melayu saja. Oleh kerana saya Melayu dan menganut agama Islam, saya hanya mahu cakap pasal politik orang Melayu yang beragama Islam sahaja. Sebabnya, saya fikir, budaya, tingkah laku dan perangai orang Melayu Islam tidak seharusnya berkelakuan seperti yang akan diulas nanti. Apa juga cara dan amalan kita, Islam adalah panduan dan Melayu adalah budaya.
Pertama, saya amat hairan dengan sikap sesama pemimpin politik yang boleh menerima kehadiran budaya dan amalan politik yang amat ketara kepura puraannya. Mereka boleh menerimanya sebagai satu budaya dan cara hidup berpolitik. Sikap bermuka muka yang sudah jadi habitual. Cakapnya, tindakannya dan kehidupannya disaluti kepura puraan yang melampau. Kata katanya berubah ubah setiap minit, jam dan hari. Tindakannya, dalam apa juga keadaan, juga tidak pernah telus dan bertanggung jawab. Kehidupannya juga begitu. Cakapnya lain dan tingkahnya amat lain. Didepan dia berabang abang, berpak long pak long, berkanda dinda, dibelakang dia jadi tukang hasut dan tukang keji yang paling tersohor. Di depan dia berlagak mulia, dibelakang dia jelas macam `setan' seperti dialog Ahmad Nisfu dalam Seniman Bujang Lapok.
Kalau dia berucap, ayat Quran berjela jela sebagai pembuka bicara. Salamnya nyaring dan bergema. Hormatnya penuh dengan kata kata..yang dihormati, yang dikasihi dan disanjungi... itu dimajlis terbuka, dibelakang pula dia mengatur helah, menyusun khianat dan merangka onar. Kalau bersalam dia tunduk hampir sujud mengadap Allah, tangan dicium senyum tawa direka. Bukan saja tangan pemimpin yang dicium, tapi isterinya sekali. Ketawa derai dan tepuk tamparnya jelas tidak ori. Senyumnya macam plastik. Lagaknya macam budak nakal yang berkelakuan baik didepan bapa tetapi dibelakang dia sentiasa mendoakan celaka dan kemusnahan yang direka cipta. Kepura puraan tahap Jusa A!
Prinsipnya berubah ubah, ungkapannya seringkali diubahsuai dan janjinya mengikut suasana. Kawan dan rakankongsi politiknya juga begitu. Dia menyokong mengikut perkiraan untung rugi dan peredaran iklim masadepan. Ditukar tukar mengikut persesuaian masa dan ketika. Dia berpakat mengikut amalan `common interest', hari ini dia bermusuh dengan index yang paling tinggi kemudian dia berbaik juga dengan index yang paling tinggi. Garis panduan dan halatujunya hanyalah `common interest'. Namun demikian, majoriti dari gerombolan ini tidak pun faham apa yang dimaksudkan dengan `common interest'. Kebanyakannya golongan ini dari kalangan yang tahap pendidikannya agak rendah.
Mereka ini benar benar menganut amalan politik Nicolai Machiavelli, pemikir politik menjahanamkan Islam. The ends justify the means..lebih kurang bermaksud menghalalkan cara. Tanpa disedari pengamal ajaran ini begitu ramai dikalangan politik orang Melayu Islam. Amalan yang jelas tidak tawadduk kepada Allah.
Saya menjadi pemerhati golongan ini disekeliling saya. Memang hebat permainan dan percaturan politik mereka. Mereka boleh hidup setiap ketika dan setiap upacara. Ilmu tidak seberapa tetapi rentak tingkah amat berjaya. Yang anehnya ramai yang teruja dan menerima. Pemimpin terima mereka. Mungkin juga `lakonan' dan `nyanyiannya' menjadi kerana yang jadi pengarah dan audiennya juga dari genetik yang sama. Kata kata nya menyakinkan. Kalau ditanya tentang sesuatu dengan jelas dan pantas dia menjawab tidak, padahal dia yang jadi perancang dan pengatur cara. Berbohong sudah jadi rutin dan amalan hidupnya. Tidak sedikit pun golongan ini merasa salah dan berdosa dengan bohongan yang berjela jela dan dilafaz setiap acara. Yang peliknya dia juga dari kalangan yang mengutuk dan mengecam orang lain berbohong. Musuh politiknya seringkali dijadikan contoh dan andaian kemungkaran. Mereka mencipta hujah yang sebenarnya terkena diri sendiri.
Budi dan hemah amat jauh dari hati nurani orang ini. Mereka mentafsirkan politik serba boleh, serba menjadi dan serba kena. Bila bercakap mereka bermegah dengan pengalamannya yang seketika dan mendabik dada tentang betapa lamanya mereka `berjuang'. Lagaknya macam pemandu lori diMekah yang mendakwa berpuluh tahun diTanah Suci. Lama, tetapi tidak boleh dijadikan rujukan apatah lagi tempat bertanya. Latar belakang pendidikannya hampir jadi rahsia dan diubahsuai. Kehidupannya juga tak seberapa sebelum disaluti harta sementara. Mereka jadi sombong dan bongkak tapi agak kurang cerdik. Lebih jelas..bodoh sombong!
Orang jenis ini nampak hebat. Dia juga dilihat amat rajin. Dia juga dilihat sebagai idola ramai. Nama pun ada sedikit glamour dan bergelar pulak. Lagi kuatlah hebahan ketokohannya. Perwatakan yang berkarat tetapi dibantu oleh tukang tukang puji dan tukang war war yang dibayar upah, maka jadilah dia `tokoh yang diukir' bak patung ukiran diKuil Kuil yang dilihat hebat dan berkuasa. Dia dilihat tulen tetapi penuh dengan kepalsuan disetiap sudut.
Orang jenis ini selalunya takut dengan kebenaran. Bayang bayang pun jadi igauannya. Dia takut, curiga dan sangsi dengan semua orang. Dia amat risau dan tidak selesa dengan pencapaian dan kelebihan orang lain. Cemburunya menjadi jadi. Dia irihati dengan semua orang dan dalam semua keadaan. Dia pandai mencari dalil dan huraian. Yang tidak senada akan dicop begitu dan begini. Orang yang tidak sealiran akan ditohmah dan disisih. Dia amat takut berdepan atau berhujah bersemuka. Penafian dimulutnya setiap masa. Apa juga yang dilakukan nya dengan pantas dinafi walau pun dengan menggunakan nama Allah. Sumpah jadi mainannya dan dia sentiasa punyai ramai saksi jalanan.
Orang ini jiwanya kosong. Pekertinya rendah. Hatinya kurang mulia, walau pun setiap waktu dia berada diatas sejadah. Dahinya dilihat bertanda hitam seolah olah dia pengamal agama yang takutkan dosa. Tetapi sebenarnya dia jelmaan munafik yang tidak disedari. Jelmaan inilah yang paling ramai bertahta dipentas kepimpinan masakini. Mereka dianugerahkan pengaruh dan harta tetapi mereka lupa ianya bersifat sementara. Mereka angkuh dengan pegangan dan kaedah politik mereka walau pun tidak pernah mentelaah mana mana tulisan atau buku politik. Machiavelli tidak pernah didengarnya, Ibnu Sinna juga asing baginya. Lincoln, dia hanya dengar dihujung hujung telinga. Dia hebat cara dia dan dia angkuh cara dia. Ramai juga yang menjadi anak muridnya walau pun hanya ditahap jalanan.
Sukar untuk memberi taraf kagum atau meluat. Yang pasti mereka ini ramai. Mereka disekeliling kita. Mereka tetap bertegur sapa sesama kita tetapi hati dan niat mereka kita curiga. Dikampong kampong, merekalah idola dan jadi pujaan. Mereka ini pakar hemoi. Adakalanya kita rasa geli geleman dengan `lakonan' mereka. Hipokrasi mereka sukar dikesan dek keikhlasan dan ketulusan penyokong yang setia. Tidak akan terbayang dek pak long, pak teh, mak ngah dan pak ngah akan perangai sebenar manusia jenis ini.
Suasana lanskap politik masakini yang sudah dipengaruhi oleh golongan ini. Mereka terlalu ramai untuk dikesan dan ditapis. Mereka seringkali mendapat peluang dan kedudukan.Perangai mereka adakalanya `menggelikan' tetapi dalam banyak keadaan `menyakitkan hati'. Barangkali inilah antara sebab golongan yang tahu dosa pahala, cerdik sedikit dari biasa dan takut bermuka muka, kurang mahu bersama. Kerana golongan ini sudah lama bertapak bertahta dengan aman bahagia mengamalkan kuasa dan mengumpul harta. Modalnya hanyalah bermuka muka dan berpura pura!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
18 comments:
Tuan,
I rest my case!Mungkin perkataan/ayat ini dah banyak keluar dari mulut dan pena orang UMNO bila berbincang tentang pelbagai masaalah, personaliti, pemimpin, dll isu. Apa yang tuan tulis semuanya benar belaka, bukan saja di Pokok Sena malah pada saya sampai ke negeri, dan peringkat tertinggi parti..
Makna 'perubahan' memang sukar untuk difaham oleh ahli dan pemimpin UMNO.. Mungkin kita perlu melihat masaalah melayu di luar batas parti..
Tabik, tuan masih mampu bersabar.. Saya dalam proses memerdekakan diri dari semua ini...
batu putih,
Rungutan tuan sebenarnya sudah ketinggalan zaman. Sudah jadi darah daging politik orang Melayu. Maaf saya ingin menegaskan bahawa budaya dan amalan yang tuan maksudkan sebenarnya lebih berlaku didalam umNO.
Sebenarnya dalam umNO, nasi sudah lama menjadi bubur. Saya setuju dengan mengkuang, saya juga sudah rest my case juga.
Pak Tunku Kuala Kedah.
Bro...
Agaknya "depa" yang bro maksudkan tu menghuni di"bangunan" kat depan Pekan Rabu tu tak?
Sebenarnya itu bukan amalan dan budaya UMNO, tetapi realiti politik yang ditinggalkan oleh penjajah. Politik barat dimana hemah dan budi pekerti tidak menjadi ukuran.
Ikut saya tuan, jangan campuri mereka, bila hari mengundi, tepuk dada tanya hati. Politik Malaysia sudah jadi kerjaya yang semakin hina.
Bang,
Nukilan yang amat bermakna, namun sukar untuk diterimapakai dek kerana jumlah mereka terlalu ramai.
Saya juga diantara yang sudah mula mahu rest my case (seperti ungkapan mengkuang) dan yang tidak boleh menerima hakikat itu.
`sejak saya dilantik, saya lebih ramai mush dari kawan' bukti amalan hudoh itu masih berleluasa.
Hubaya Hubaya.
Berdolak dalik, berbohong, kata lain buat lain dan bermuka muka.
Apa fatwa ulama PAS, UMNO dan PKR?
Bro..
Perbuatan yang telah menjadi biasa apabila terlalu ramai yang mengamalkan.
Mereka tidak akan rasa bersalah tuan, kerana imbuhannya cukup lumayan..dengan bermuka muka!!!
aku pun nak tanya benda yg sama mcm duke.hehehe.
bro ramli,apa kabar abg ed di pejabat?sudah lama tidak ketemu dia pak!
mengkuang,Pak Tunku Kuala Kedah dan anom. Julai 24, 12.50 am,
Saya sebenarnya amat letih dan penat. Saya tidak tahu sampai bila saya boleh bertahan.
Jumaat 24hb lalu, `kepenatan dan keletihan' saya bertambah parah. Jelas memang sukar untuk manusia politik menerima kebenaran dan hakiki.
dukeofumno dan MFA,
Saya rasa tekaan anda tepat walau pun saya tidak nyatakan. Namun budaya dan amalan ini sudah lama menular dan sudah berakar umbi. Amat sukar untuk diperbetul dan dibendung. Telah lama menjadi virus yang lebih teruk dari H1N1.
Jumaat 24 Julai lalu, saya lihat lebih ramai watak watak yang sama berkeliaran dan tidak nampak walau sekelumit pun akan ada perubahan sikap dan tingkah laku. Watak angkuh dan sombong yang mewakili kelompok yang dimaksudkan.
Saya sedang akan cuba memujuk hati. Namun setua umur saya, saya tidak pasti dapat bertahan lama.
Watak watak ini tidak mahu langsung menerima hakikat bahawa dalam hidup...ada budi, ada hemah, ada kewibawaan, ada ketelusan, ada realiti dan ada kebenaran.
Saudara MFA,
Terima kasih kerana bertanya. Jawapannya mungkin anda sudah tahu. Anda dan duke sebenarnya cuba berhemah dan bersopan. Golongan ini tidak ada langsung budaya itu.
Hj Ed masih dengan saya dipejabat. Saya akan sampaikan hasrat saudara.
Abg ramli,
Saya masih ingat ketika kecil dulu, dihadapan bangunan pekan rabu, begitu banyak penjual ubat, yang paling hebat, seorang siam yang menjual ubat gigi bagi mengeluarkan ulat-ulat yang ada dalam geraham gigi. Antara kata si penjual ubat berketurunan Siam tadi, "ulat gigi ni dia tak kira gigi sapa, gigi Tunku Abdul Rahman pun dia korek, gigi Raja pun dia korek, gigi tuan-tuan puan dia korek". Begitulah 'retorik dan lakonan politik' insan yang abang ramli maksudkan tadi. Semua akan tertipu, semua akan terpedaya, macam skim cepat kaya, orang itu intelek ka, tok imam ka, banker ka, ekonomis ka, akhirnya boleh tertipu dengan budak kampung yang tak luluspun SPM. Tengok Al-arqam, ajaran Ayah Pin,berapa ramai golongan cerdik pandai boleh tertipu. politik seninya juga begitu.. you must cheat everybody everytime, then baru you boleh survive...kebenaran jarang mahu didengar dalam politik, jika dibuat survey ilmiah, golongan manakah yang paling tidak boleh dipervayai dibumi Malaysia ini..jawapan pastinya dan hanpir sebahagian besar responden tentulah menjawab ahli politik..
Tuan Ramli,
Di Bahagian tuan, Pokok Sena, yang paling ketara pengamal budaya yang dimaksudkan ialah Dato Haji Ahmad bin Lebai Sudin, Dato Ariffin bin Man, Said Ali bin Said Rastan dan Mohd Ikmal Opat bin Abdullah, Hjh Salmat binti Mat Isa dan Haris bin Che Mat.
Pengikut mereka pun dua kali lima. Harap tuan Ramli tidak termasuk dalam kelompok pengamal budaya itu.
Dalam UMNO yang ditingkat 6 dan 7 tu memang dah lama ikut serta amalan itu. Bodoh sombong memang tepat gelaran untuk depa tu.
Tahniah PAS dan Dato Seri Ustaz Azizan, nak menang lagi nampaknya PRU13 nanti. Tapi hangpa dalam parti Islam jangan buat perangai depa tu pulak.
Abang Ramli,
Musang tau sangat apa yang meletih, merimas dan memenatkan minda abg tu...tau sangat sapa watak-watak crook Pokok Sena tu...ramai lagi yang bawa watak macam tu dalam Umno..bukan bahagian tu saja..hampir semua..musang tabik juga kat abang Ranli nasih mampu bersabar dengan karenah sikitul dan mamak-mamak kulim tu. Tapi sampai bila mampu bersabar..buatlah sesuatu..dedahkan, telanjangkan semua laku tingkah dan niat mereka jangan sampai Umno bangkerap disamun mereka..sayang Umno. Orang nombor 2 boleh bantu percepatkan kejatuhan mereka dengan cara berhemah..macam tarik rambut dalam tepung. Jangan biarkan kemungkaran dalam Umno terus berleluasa.. Umno untuk anak cucu kita. Zaman mereka biarlah berlalu..dah expired pun dpa-depa tu. Bagilah orang muda pula terajui Umno di peringkat cawangan bahagian atau negeri..tapi (orang muda yang berhemah) bukan macam yang ada sekarang. Kirim salam kat depa-depa tu..bawa-bawalah bertaubat. Sabarlah abang Ramli selagi termampu..abang kan dah lama bersabar..
Umno jika dilihat dari sejarah dan perjalananya penuh dengan ranjau suka dan duka,tidak terkecuali dari melakukan kesilapan..jika melihat dari sudut penubuhan Umno itu sendiri adalah untuk menuntut orang-orang Melayu bersatu bagi mencipta tamadun bangsa Melayu..Tidak dinafikan Umno mampu merealisasikanya dengan kepimpinan terdahulu yang begitu kuat semagat juangnya yang mana pada hari ini Umno masih memegang pemerintahan Malaysia,Namun
Apa yang berlaku pada pilihanraya ke 12 yang lalu mula menampakan bahawa Umno itu tidak lagi GAGAH seperti badanag,dalam mengekalkan kepercayaan rakyat Malaysia..Hakikatnya bukanlah PR itu kuat tetapi Umno dinampakan sudah rapuh dengan nilai-nilai jati diri dikalangan pemimpin dan pengikutnya seperti luahan kata saudara Ramli tadi..
Saya tidak nampak yang Umno sekarang dalam usaha untuk melakukan sesuatu untuk menawan hati rakya mungkin PM,TPM dan Naib Presiden dan MT berkobar-kobar semagat melakukan seberapa segera perubahan, tetapi mdelihat kepada sebahagian besar penganut Umno masih gagah mempertahan budaya kita hanya pinjamkan kursi pada PR,2013 kita ambil balik PR sekarang dah tak kuat..tatapi mereka ini masih tidak berubah..
Tahniah.
Satu deskripsi yang cukup tepat terhadap senario politik kita masa kini. Masalahnya ia telah diterima sebagai satu norm atau kelaziman. Jika anda ingin memasuki arena politik sekarang, the tendency is anda akan turut terpengaruh dan akhirnya hanyut dalam amalan dan budaya diagung-agungkan oleh mereka yang telah lama menceburi bidang ini....
Rasuah, projek, iri hati, cantas mencantas, bodek membodek, fitnah memfitnah adalah perkara biasa. Mereka yang naive akan dengan mudahnya terjerumus dalam kancah dosa yang tiada kesudahan.
Anda tidak memerlukan IQ yang tinggi untuk memasuki arena politik. Setinggi mana Political Quotient seseorang dalam senario masa kini bukan dinilai dari sudut keikhlasan untuk berjuang demi agama, bangsa dan negara. Juga bukan tahap keimanan, kekuatan mental dan fizikal mahupun ciri-ciri kepimpinan yang dimiliki. Ijazah setinggi gunung pun tidak akan menjamin kejayaan anda dalam bidang ini.
Kekayaan adalah elemen yang paling penting. Jika tidak kaya pun, anda memerlukan kemahiran untuk mencari kekayaan dengan secepat mungkin. Halal dan haram lain cerita. Jika anda mempunyai sugar daddy yang kaya raya, lebih baik. Mereka ini akan melabur untuk kerjaya politik anda. Tapi ia harus dibayar dengan harga yang lebih mahal bila anda telah berjaya.
Menabur wang adalah fenomena biasa. Tak kira di peringkat bawahan mahupun atasan. Tak kira jawatan tertinggi mahupun hanya ketua cawangan atau AJK bahagian. G7 contohnya menjanjikan kemewahan terutama bila terdapat pemilihan. Maka taburlah wang sebanyak mungkin demi meraih sokongan..Ada wang abang sayang , tak ada wang abang melayang. Mungkin itulah ungkapan yang lebih tepat. Sekiranya mengimpikan jawatan Ketua Bahagian, kumpullah duit berkoyan-koyan. Untuk menjadi calon, lebih memeritkan. Akhirnya terjerumus dan terpengaruhlah mereka dengan godaan syaitan.
Kebolehan untuk berlakun juga cukup diperlukan. Tapi seperti yang dikatakan sebelum ini, kebanyakannya plastik belaka. Anda perlu pandai menjadi hipokrit. Anda perlu pandai berlagak caring dan concern walaupun anda cukup benci dengan semua itu. Senyumlah hingga ke telinga terutama apabila ada kamera di depan mata. Lantanglah meminta orang lain berubah, beriman, bersembahyang dan bersedekah, walau pun anda sendiri tidak pernah melakukannya....Hafallah ayat Quran panjang berjela, walaupun anda haram tidak mengetahui apa maknanya.
Yang penting, dalam politik anda perlu dilihat melakukan sesuatu yang baik. Tak semestinya di belakang, anda akan melakukannya. Lagi pun bukan orang nak nampak. Memang benar Tuhan nampak, tapi tak apalah.. esok-esok boleh bertaubat.....(itupun kalau sempat!)
Anda juga perlu pandai mencari opportunity. Orang kenamaan perlu dihampiri. Ia boleh dijadikan modal di kemudian hari... Pasanglah poster untuk menonjolkan diri. Kerja buat atau tidak, itu bukanlah perkara yang perlu dikhuatiri. Lantaklah apa nak jadi kepada bangsa sendiri. Asalkan aku dapat apa yang aku ingin miliki...
Pemimpin ini besar tanggungjawabnya. Mereka akan disoal tentang amanah yang dikurniakan semasa di dunia. Menjadi pemimpin bukan untuk menjadi kaya raya. Mereka perlu berkorban demi rakyat jelata...
Malangnya apa yang berlaku masa kini adalah sebaliknya. Orang berlumba-lumba untuk menjadi pemimpin kerana ia tiket yang paling mudah untuk ‘berjaya’. Dosa pahala, iman dan takwa bukan menjadi panduan mereka. Wang ringgit dan kemewahan, itu yang paling utama.
Masa depan orang Melayu, itu bukan masalah aku. Mereka yang susah dan kebuluran, biarkan mereka begitu. Mereka itu bodoh dan tidak memberi faedah kepadaku.
Sedih, marah, kecewa tidak akan membawa kita kemana-mana, kalau kita terus menyanjung dan menerima mereka yang sebigini rupa. Bagi saya, jawapannya mudah sahaja - tepuk dada tanya selera....
derga men dan wan rushidi - kuala kedah,
Posting yang amat menarik. Hanya satu yang saya takuti. Kalau kita mengalah, `they win the war'. Itulah sebenarnya yang mereka hajati.
Namun apakan daya kita tidak sampai ketahap mereka untuk sanggup menipu suasana, melangkahi hemah dan menghalalkan cara.
Terima kasih sahabat.
Saudara Ramli,
pada pandangan saya umno kedah sudah ketandusan idea untuk bergerak.perancangan depa memang nmpak hebat tetapi apa yg saya perhatikan dan selami melalui rakan2 dari Umno Bahagian,hampir semua beranggapan;
1.kita sudah tiada apa yg perlu dibuat krn mesy. perwakilan sudah tamat.
2.umno bahagian perlu bersedia bergerak sendiri dan tidak perlu bergantung pada kepimpinan negeri yg lemah.
3.fulus tadaq,jadi kerja/program kena ikhtiaq sendiri krn apapun dlm umno sudah tertanam,fulus dulu baru kerja jalan.
4.penumpuan kpd program2 kemasyarakatan yg tidak diseimbangkan dgn kerja2 maklumat/pemantauan pengundi.
yg ini saya anggap sgt penting dan saudara ramli tau nk rujuk pada siapa tp mungkin bukan di tingkat 6@7.
5.penumpuan penerangan umno negeri/bhgn yg lebih kpd aspek penggunaan teknologi komunikasi hingga mengabaikan sentuhan sebenar kpd masyarakat terutama kpd golongan di luar bandar.
6.para pemimpin umno/ahli2 masih tidak bersatu-padu dan amalan berpuak-puak sgt ketara di beberapa bhgn (saudara sedia maklum bbrpa bhgn yg mempunyai masalah ini di tahap yg kritikal) malah 'kesatuan' di kalangan ketua2 bhgn dlm kedah pun begitu.
7.penggantungan kepada analisis yg bersifat akademik.
apapun saudara,kita cuma mampu utk bersuara tetapi mrk cuma akan membaca dan berkata 'biasalah depa tu mmg dari dulu apapun tak kena'.
MFA@anon,
Saya setuju dengan pandangan saudara. Apa pun pandangan dan reaksi orang lain, teruskan memberi pendapat dan lontar idea untuk kepentingan bersama.
Mari kita sama sama doktrinkan diri untuk terus berkata benar walau pun hanya sekerat manusia yang mahu menerima.
Post a Comment