Wednesday, August 12, 2009
Tan Sri Muhyiddin Yassin Sanggup Minta Maaf Atas Kesilapan Jabatan Pelajaran Wilayah!
Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Menteri Pelajaran telah meminta maaf kepada ibubapa dari Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Hartamas kerana mereka dihalang dari terus mengadakan mesyuarat khas untuk membincangkan isu pemansuhan PPSMI. Pada awalnya mereka dibenarkan untuk mengadakan mesyuarat tersebut tetapi kebenaran itu ditarik balik menyebabkan para ibubapa terpaksa menngadakan mesyuarat tersebut diluar kawasan sekolah tersebut.
Pihak Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan diberitakan tidak membenarkan mesyuarat tersebut diteruskan kerana ianya akan membabitkan guru guru yang juga ahli PIBG sekolah tersebut. Kenyataan Jabatan itu menyatakan bahawa guru guru tidak boleh terlibat dengan apa yang didakwa sebagai mempertikaikan keputusan Kerajaan berhubung dengan isu PPSMI itu.
Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin berjiwa besar kerana sanggup meminta maaf atas kesilapan yang dilakukan oleh pegawai kementerian beliau. Beliau berharap agar tindakan seumpama itu tidak berulang lagi. Beliau juga bersedia untuk menerima memorandum dari para ibubapa sekolah tersebut.
Inilah masalahnya. Sekumpulan 70 orang ibubapa yang hanya mahu mengeluarkan pendapat mereka atas kepentingan pembelajaran anak anak mereka pun tidak dibenarkan bermesyuarat. Sekurang kurangnya mereka tidak berdemonstrasi diatas jalan. Mereka hendak bermesyuarat secara berdisiplin dan melalui saluran yang dibenarkan. Malah Menteri sendiri bersedia untuk mendengar pendapat mereka.
Little Napoleon or Big Napoleon? Or Overzealousness for a very wrong reason!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
Begitulah hendaknya semua pemimpin UMNO dari Presiden sehinggalah kepada Ketua Cawangan...humble to the people...zuhud dan mampu meminta maaf!
Muhyiddin Yassin juga perlu minta maaf dengan Tok Guru Nik Aziz kerana menuduh Tok Guru macam macam.
Sebagai seorang anak ulamak terkenal dari Johor, Muhyiddin tidak seharusnya cepat melatah dan tidak menempelak membabi buta.
Beliau harus faham bahawa kenyataan TG Nik Aziz selalunya diputarbelitkan oleh media perdana pro BN.
Setuju dengan anom 12.30am.
Tan Sri Muhyiddin jangan cepat melatah.
Beliau tidak seharusnya `bermain digaleri' UMNO semata mata.
Beliau adalah Timbalan Perdana Menteri negara ini.
Pak Tunku Kuala Kedah.
Abang Ramli,
Tabik spring untuk TPM..ular menyusur akar takkan hilang bisanya.
Kalau bos baik anak buah ikut OK la..tapi perlu jenguk2 juga anak buah di bawah bumbung Kementerian pelajaran samada JPN atau Pejabat Pelajaran Daerah.../kot-kot depa dok buat kontrak banyak sangat..or duduk buat direct selling..campur dengan karenah birokrasi..susah rakyat macam musang ni.
Kan PM kata rakyat didahulukan pencapaian diutamakan..
Satu je musang nak tanya isu yang timbul dan hangat diperkatakan ...apa makna "PENGKHIANAT BANGSA", musang blur...sebab musang Bersatu, bersetia Berkhidmat.....
Bagi AM tak ada isu pun dalam kes Muhyiddin minta maaf. Yang larang mesyuaraBagi AM tak ada isu pun dalam kes Muhyit itu pegawai daerah (atau mungkin pegawai negeri - mungkin ada salah faham tentang bidang tugas) jadi sebagai menteri yang bertanggung jawab dia pun minta maaf lah, bukan Muhyiddin yang buat salahpun. Lainlah pemimpin pembangkang yang tak pernah rasa bersalah. Sendiri buat salahpun tak mahu mengaku.
Bab kena suruh mintak maaf dengan tok guru tu apa pasal lak? Tau tak gok guru tu yang banyak buat salah pada orang melayu, pada agama islam dan pada tuhan. Tok guru yang perlu minta maaf pada seluruh rakyat Malaysia yang beragama islam.
Jika tidak, dikubur nanti macam mana dia nak jawab jika malaikat tanya, "ilmu yang engkau ada itu, bagai mana engkau gunakan?"
www.anak2merdeka.blogspot.com
takde pasal..jangan minta maaf TPM
Post a Comment