Tuesday, September 8, 2009

Majlis Berbuka Puasa...pendekatan harmoni..

Ingat mengingati akan betapa pentingnya mengikut kaedah rawatan yang telah ditetapkan oleh doktor..jangan cepat terpengaruh dengan cerita cerita rawatan alternatif dari kaedah `jualan langsung dan herba herba' yang belum tentu disahkan oleh Kementerian Kesihatan...taskirah untuk pesakit...

Sebahagian dari keluarga yang hadir..sejauh dari Kuala Nerang hingga ke Jitra datang untuk bertemu dan bertukar tukar pandangan mengenai talasemia sesama rakan..

Seminggu dua ini terlalu banyak majlis berbuka puasa yang dianjurkan oleh berbagai pihak. Hampir setiap malam ada saja majlis berbuka puasa dihotel, dimasjid dan juga dirumah rumah sahabat. Agak sukar untuk menerima semua jemputan kerana bagi kebanyakan dari kita berbuka puasa adakalanya perlukan situasi yang `tersendiri' terutama dirumah sendiri. Ada `gaya bebas' kata seorang sahabat yang amat sukar untuk menghadiri majlis berbuka puasa, apatah lagi yang agak formal.

Minggu lalu bagi pihak Persekutuan Pertubuhan Talasemia Malaysia, saya menganjurkan majlis berbuka puasa bersama ahli Kelab Talasemia Kedah dan keluarga pesakit talasemia dari beberapa daerah dinegeri Kedah di Hotel Holiday Villa, Alor Setar. Seramai hampir 60 orang ahli Kelab dan keluarga pesakit hadir. Saya turut menyampaikan sedikit sumbangan cenderahati kepada jururawat yang banyak membantu pesakit dan Kelab dari Jabatan Perubatan dan Jabatan Pediatrik, Hospital Sultanah Bahiyah. Amat kecil sebenarnya sumbangan yang termampu kami hulurkan kepada para jururawat ini dibandingkan dengan sumbangan dan kerjasama mereka kepada pesakit, Kelab dan saya selaku Presiden Persekutuan Pertubuhan Talasemia ini. Budi baik saudara saudari amat kami hargai.

Terima kasih juga kepada rakan wartawan Rusiah dan Roslan dari RTM yang membuat liputan. Kali pertama mungkin bagi kedua dua mereka melihat bagaimana pesakit talasemia `merawat' diri sendiri dengan kaedah penggunaan drug desferal yang di inject sendiri ditubuh pesakit dengan menggunakan infusion pump yang diikat dipinggang pesakit selama hampir lapan jam setiap malam. Kanak kanak berumur belasan tahun yang sudah hilang perasaan `stigma' dan takut dalam diri mereka. Saya amat kagum dengan `kesediaan' mereka menerima hakikat ini. Sudah tidak ada air mata sedih sebenarnya...

Sebelah petangnya, saya menghadiri majlis penyampaian bantuan untuk masjid dan golongan yang tidak berkemampuan dari kawasan Pokok Sena anjuran Pejabat Pembangunan Negeri Kedah. Sejumlah 46 buah masjid dari seluruh Daerah Pokok Sena menerima sumbangan untuk program bulan puasa yang disumbangkan oleh Pejabat Pembangunan Negeri sementara seramai 150 orang menerima sumbangan beras dan kain dari pihak KEDA. Semoga Allah membalas usaha murni mereka yang prihatin ini.

Semalam saya dan rakan menghadiri majlis berbuka puasa bersama YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri di PWTC. Terlalu ramai yang hadir hinggakan ada kalangan rakan yang terpaksa `berpindah' ke Restoran INSAF di Jalan Tunku Abdul Rahman. Begitulah lumrahnya, majlis berbuka puasa adakalanya disamping untuk berbuka puasa, adalah juga untuk bertemu rakan taulan...bertarawih bersama.. Taskirah yang diberikan oleh Ustaz Mohd Farid Rawi Abdullah dari UMS amat menyentuh hati sanubari. Bacaan ayat ayat suci Al Quran yang amat syahdu dan huraian ibadat puasa yang amat jelas memberi kesedaran kepada semua. Hadirin amat terpegun dengan penyampaian taskirah Ustaz Rawi ini yang hanya mengenali Al Quran semasa berumur 18 tahun. Imej dan kemampuan seorang saudara baru yang amat menyentuh hati...Allah Maha Besar.

5 comments:

musang berjanggut said...

Abang Ramli,

Memang betul saya bertugas sebagai wartawan penyiaran sudah hampir 8 tahun di Kedah namun tidak pernah didedahkan dengan pesakit Thalaseamia (sbb tiada saudara mara dan rakan taulan) yang menghidapinya.

Setelah melihat sendiri betapa deritanya pesakit terutama yang masih terlalu muda untuk menerima rawatan/suntikan seumpama itu...tapi itulah realiti yang harus dialami sepanjang hayat..

Musang amat bersyukur kerana melahirkan zuriat yang tiada sindrom begitu..Alhamdulillah...

Musang rasa insaf bila bersama mereka walaupun hanya beberapa jam membuat liputan pesakit thalaseamia namun pengajarannya amat besar...bersyukurlah...selagi dilahirkan dengan kesihatan yang baik...Insyaallah..semuga 10 terakhir Ramadhan ini Allah akan memberi pemberian yang terbesar...untuk Pengerusi Pertubuhan Persekutuan Thalaseamia dan warga yang membantu mereka..muga-muga jasa dan pengorbanan selalu dikenang.

Anonymous said...

Tuan,

Tahniah diatas sumbangan tuan terhadap golongan yang kurang bernasib baik ini.

Hanya Allah yang akan membalas budi baik tuan.

Keluarga Talasemia Alor Setar

Anonymous said...

Encik Ramli,

Tahniah dan Selamat Berpuasa untuk semua rakan rakan dan keluarga talasemia diseluruh negara.

Anda tidak keseorangan!

Anonymous said...

Boleh tuan beritahu klinik atau hospital terdekat di Gurun untuk orang ramai menjalankan ujian darah bagi tujuan penyakit talasemia.

Terima kasih.

Ramli Mohd Yunus said...

Saudara,

Terima kasih diatas komen anda. Kepada anom 12.41am saya cadangkan anda ke Hospital Yan atau Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani bagi menjalankan ujian darah untuk mengetahui samada anda pembawa genetik talasemia atau tidak.

Hasrat anda untuk menjalankan ujian tersebut adalah amat digalakkan.