Monday, December 28, 2009

Sebulan diTanah Suci...betapa kecil diri ini..



Selama lebih sebulan saya tidak menulis didalam blog ini. Saya berangkat ke Mekah pada 16hb November dan pulang pada 26hb Disember lalu. Alhamdulillah saya dapat menjalankan ibadah haji dengan izin Allah serta doa sahabat handai. Saya dan isteri hanya batuk batuk selepas wukuf dan semasa berada di Madinah. Banyak yang mahu saya kongsi dengan rakan rakan bloggers sekelian. Ada juga yang pengalaman yang agak sukar dilupakan. Ada kalanya pengertian `ujian Allah' semasa menjalankan ibadat haji disalah ertikan atau disalahfahami. Sukar untuk saya memberi komen.

Insyaallah saya akan cuba untuk memberikan pandangan setakat termampu dan mengikut lunas lunas kefahaman yang selari dengan hukum hakam dan tuntutan ibadat itu sendiri. Saya sedang bertanya tanya dan mendapatkan nasihat serta pandangan dari yang berilmu dan arif mengenai nya insyaallah...

Saya ucapkan setinggi tinggi terima kasih kepada rakan taulan yang berdoa agar saya dan isteri selamat pergi dan kembali menunaikan fardhu haji baru baru ini. Doa dan ingatan saudara saudari adalah kekuatan dan semangat bagi saya berdua yang amat jahil dan kecil ditanah suci Allah tersebut.

No comments: