Saturday, January 2, 2010

Mengingati Allahyarham Tok Mat Rahmat...




Pagi tadi saya dikejutkan dengan berita kematian Allahyarham Dato Mohamad Rahmat, bekas Menteri Penerangan dan Setiausaha Agung UMNO. Saya diberitahu oleh Haji Tosrin Jarvanthi, Pegawai Penerangan Pejabat Timbalan Perdana Menteri bahawa Tok Mad telah kembali kerahmatullah pada pagi Jumaat semasa tidur. Allahyarham yang lebih dikenali dan lebih mesra dipanggil Tok Mad telah lama mengidap penyakit buah pinggang dan terpaksa menjalani proses penyucian darah (haemodylisis) setiap hari.

Saya punyai kisah peribadi dengan Allahyarham Tok Mad yang tidak dapat saya lupakan. Allahyarham adalah seorang pemimpin yang saya anggap `very fatherly' dan tidak berdendam. Punyai PR yang baik dan daya ingatan yang cukup mengkagumkan. Allahyarham cepat mesra dan ingat nama nama orang yang baru dikenalinya. Semasa menjadi Setiausaha Agung UMNO, beliau mengenali dan dapat mengingati nama nama Setiausaha UMNO Bahagian seluruh negara. Mengenangkan kisah itu saya amat kagum dan hormati Allahyarham.

Saya pernah menulis mengkritik RTM sewaktu Tok Mad menjadi Menteri Penerangan. Walau pun beliau agak tidak setuju dengan komen saya tersebut namun semasa saya dikenalkan kepada beliau oleh penulis Daud Ibrahim di Kota Kinabalu selepas itu, beliau hanya meminta sebatang rokok dari saya. Saya masih ingat jenakanya kepada saya `kes itu sudah selesai'..saya kagum dengan sifat dan keperibadian beliau yang cepat memaafkan orang. Jiwanya besar. Dia cuba membuat saya rasa selesa bersamanya. Itulah Tok Mad, kawan dan lawan selesa dengan nya. Selepas itu saya menjadi rapat dengan Tok Mad sehinggalah beliau berhenti aktif dalam politik dan dalam Kerajaan.

Saya masih ingat budi baik Tok Mad kepada saya dan rakan rakan yang mengenalinya. Dia pemurah dan sukar untuk kecil hati dengan kawan kawan yang mengkritik beliau. Tok Mad pergi membawa seribu kenangan manis sahabat dan taulan...

Alfatihah..moga moga Rohnya dirahmati Allah..amin..

No comments: