Friday, November 18, 2011

Muammar Gaddafi dan seangkatan nya...

Pemimpin Libya, Muammar Gaddafi sudah dijatuhkan dan dibunuh oleh pemberontak Libya..Ali Abdullah Salah masih lagi bertahan walau pun `counting his days'..begitu juga Assad dari Syria..Bahrain, Yemen dan lain lain..mempertahankan ego, kuasa dengan menggunakan istilah Islam dan perjuangan Allah..pembunuhan, kekejaman dan penindasan berlaku sesama Islam..juga didakwa kerana perjuangan Islam..

Rupanya Ahmadinejad di Iran juga melakukan kerja yang sama..pemuda penentang ditangkap didini hari dan terus hilang, mati diseksa dan dibunuh..juga mendakwa pejuang Islam..

Assad mendakwa pemberontak didalangi kuasa asing..tak mahu mengalah dan menerima hakikat rakyat marah..penentang dibunuh macam katak..CIA dan Israel lah agaknya..

Sudan juga begitu..dalil dan justifikasinya sama...kuasa asing dan CIA..

Mungkin betul penglibatan kuasa asing..peranan CIA, Israel..semua nya mungkin..soalnya kenapa bersifat binatang...menindas rakyat, mengaut kekayaan untuk keluarga terlampau..anak anak tumpang jadi kejam dan tamak..berbelanja pada tahap yang melampau...mengumpul harta rakyat yang terlampau..

Kadang kadang untung juga wujud CIA, Mozard, agen British dan agen agen negara asing ni..boleh letakkan dalil dan sebab sebab untuk terus berkuasa....kebencian rakyat terhadap dalang asing ni dijadikan sebab untuk membunuh, menyiksa dan menindas...

Semua yang terlibat didunia Arab ni semuanya sembahyang lima waktu, hari Jumaat di masjid..tetapi tindakan, lagak dan perangai mereka macam syaitan...macam setan..kata Ahmad Nesfu....

Wednesday, November 2, 2011

Asian Thalassaemia Conference

Saya seharusnya sudah berada di Bangkok menghadiri Asian Thalassaemia Conference. Semuanya sudah diatur, peserta sudah didaftar dan penceramah juga sudah setuju dari seluruh negara Asean. Saya kebetulan terlibat secara langsung atas kapasiti sebagai Ahli Lembaga Pengarah Thalassaemia Antarabangsa - TIF kerana program ini adalah kerjasama dengan Thiland Thalassaemia Foundation dan sebuah universiti tempatan di Bangkok.

Oleh kerana banjir yang melanda dikota Bangkok, Conference ini terpaksa ditunda kebulan Februari tahun depan. TIF akan bermesyuarat di London pada 26 dan 27 November ini. Insyaallah saya akan menghadiri Mesyuarat Lembaga TIF tersebut, walau pun punyai pengalaman yang tidak selesa di London pada hujung hujung tahun ini. Cuaca yang agak sejuk tidak begitu sesuai dengan badan.

Sunday, October 30, 2011

Kita jumpa kembali..

Blog ini sudah lama tidak diupdate. Saya resah untuk menulis pasal isu isu masa kini. Saya kembali untuk berserita pasal cerita dan isu ringan ringan sahaja. Yang berat berat biar orang lain buat lah..kita cakap pasal human interest saja lah..

Seminggu dua ini saya akan cari cerita cerita begitu. Pendapat rakan taulan amat dialu alukan.

Selamat berjumpa dialam maya..

Friday, August 20, 2010


Sebahagian Dari Rakaman Majlis Perpisahan dan Penyampaian Sijil Ahli Lembaga Pelawat 2007-2010 - 30hb Julai 2010 Holiday Villa, Alor Setar.







Wednesday, August 18, 2010



Isu isu semasa yang boleh menambat hati, menyakitkan hati dan boleh juga memualkan hati.

Chua Soi Lek mahukan 13 resolusi Kongress Ekonomi Cina dilaksanakan. Antaranya sistem merit dan dasar lebih terbuka tanpa mengira kaum. Dalilnya rakyat sudah mahukan 'perubahan'. Kekalahan MCA adalah kerana keengganan kepimpinan BN atau UMNO untuk berubah kearah itu.

Jawabnya: Betul..rakyat mahukan perubahan tetapi perubahan begini. Pemimpin BN jangan jadi `penyamun dan perompak' siang dan malam. Anak Ling Liong Sik jadi jutawan segera masa umur 27 tahun. Chua jangan jadi artis VCD. PKPZ bukan tempat kutip hasil samunan. Menteri MCA jangan simpan perempuan dari China dan jangan beri kereta mewah untuk isteri hadiah dari kontraktor. Dulu, kini dan selamanya pemimpin BN termasuk pemimpin MCA meraih kekayaan dari jawatan politik. Sejak Lee San Choon hingga Ling Liong Sik. Ada yang baik sikit macam Ong Tee Keat, orang MCA buang. Itu yang rakyat mahukan perubahan. Banyak lagi yang boleh disenaraikan.

Mufti dari Perak dakwa dia terima dari seorang..seorang saja ka..yang sudah draft perlembagaan baru negara. Mufti ini tidak mahu dedahkan isi kandungan `perlembagan baru itu' dan juga nama 'seseorang itu' kerana ianya boleh mewujudkan peperangan. Masyaallah.. boleh sampai jadi perang..hanya kerana seseorang bagi tahu dia ada hasrat untuk buat perlembagaan baru dari sebuah parti! saya dengan ikhlas mahukan menyatakan bahawa ianya masih kabur dan samar walau pun ianya datang dari seorang Mufti!

Isu melibatkan kes perbicaraan sodomi Anwar Ibrahim. Macam macam cerita kita dengar. Flip flop berbagai bentuk. Encik Gani Patail ini kena buat kerja dengan ikhlas dan jujur. Dia orang Islam..bulan Ramadhan lagi. Anwar satu kes..kita juga jangan lah sampai ada juga kes...Malu dan dilaknat Allah nanti. Dolak dalik dibenarkan didalam Mahkamah tapi dipadang Masyar itu tidak boleh kawan!

Kes bunuh setiap hari berlaku. Curi, Samun, peras ugut, rompak dan pembunuhan berlaku setiap detik. Ianya sudah menjadi terlalu biasa didalam negara tercinta. Kita terus menerus mendakwa bahawa Malaysia aman damai, harmoni dan sejahtera. Bapak sembah asid kemuka isteri dan anak. Bapa tikam anak..pasal RM30, Anak penggal leher ayah..hanya kerana ada suara yang suruh. Yang malang pulak ianya melibatkan warga Melayu.
Mantan YB ditembak bersama pembantu peribadi dalam kereta.

Apa nak jadi dengan situasi keselamatan dalam negara. Apa yang dibuat oleh PDRM..IGP pulak kononnya bakal disambung kontrak. Kalau dinegara lain bukan sahaja tidak disambung malah mungkin meletakkan jawatan dengan sinario rate jenayah begini!

Cukuplah setakat ini dulu, kalau rajin saya tulis lagi. La bulan puasa tak elok berprasangka buruk. Biarlah Musa Hassan dan Gani Patail menjadi hebat dizaman nya.


Saya bercadang untuk mengubahsuai blog ini. Tapi masa dan rasa malas terlalu mendahului citarasa. Malas kerana saya sudah mula dihinggapi penyakit `biaqpila atau could not care less`. Terasa macam membuang masa dan tenaga. Masa pula terlalu banyak ditumpukan kepada hal hal keluarga dan tugas NGO. Lebih manfaat nampaknya. Saya setuju dengan teman blogger NOBISHA yang sudah hampir kecewa dengan perkembangan alam maya dewasa ini. Peratus yang menjadi 'virus' penyumbang bahan 'garbage` semakin ramai tumbuh macam cendawan.

Yang taksub menjadi tok tok dan dongoi tak tentu pasal. Sanggup jadi bodoh dan hilang pertimbangan waras. Hentam keromo menjadi hiburan. Punca berita diada adakan. Kalau sudah tidak suka, apa saja dikata menjadi negatif dan disampahkan. Yang disokong dan dipuja, apa saja menjadi idaman dan didalilkan baik belaka. Yang buruk dilindungi dengan jari kelingking pun menjadi. Atau sengaja disenyapkan padahal busuknya sudah membusung!

'Hearsays' jadi bahan fakta songsang. Dok main lagu lama enam puluhan lagi. Tidak ada yang baik dari orang yang bukan dari sekongkolan. Tulisan dan komen di blog lebih merupakan bacaan bahan jenaka bodoh, ulasan bersifat partisan yang terlalu `menjolok hati' dan amat memualkan. Tidak ada
langsung kritikan rasional dan berfakta sahih. Komen yang bersifat professional dan ilmiah jauh dilemparkan.

Ada pula yang tiba tiba jadi `nasionalist' mee segera. Sanggup menghamburkan kata kata kesat dan saling membenci. Hero bangsa lah konon. Dia lah seorang yang sayangkan bangsa dan agama, orang lain pembelot dan bukan pejuang. Namun blogger jenis ini kalau dipelawa ke Gaza dengan percuma pun belum tentu berani. Kalau ditawarkan ke Acheh pun belum tentu bersedia. Malah kalau diminta menderma untuk Masjid atau Pusat Penjagaan Anak Anak Yatim, belum tentu orang jenis ini mahu bersama jauh sekali menyumbang.Tapi kalau bercakap pasal bangsa dan ketuanan, dialah paling segak berpencak macam Hang Tuah hingga sanggup membunuh sahabat yang berjasa. Setia membabi buta!

Atas sebab itulah saya mula berhasrat hendak berhenti menulis diblog ini dan diblog blog lain. Kalau niat hendak menjadi blog sebagai wadah forum intelektual, bertukar tukar fikiran yang waras dan menambah ilmu, saya rasa ini bukan tempatnya. Dari kajian rambang, blog blog yang berinspirasikan seperti diatas jelas tidak mendapat tempat dihati pemain forum alam maya ini. Lihat saja bilangan followers bloggers yang maki hamun dibandingkan dengan bloggers yang bersirikan keintelektualan sejagat.

Thursday, June 3, 2010


I was terribly shocked to hear the death of a young PTD cadet officer who died when she was attending a six month qualifying course in INTAN recently. Nor hashimah Wahid, 30 an officer with the Ministry of Finance, died of lung infection four days after she was admitted to the Tengku Ampuan Rahimah Hospital in Klang.

She was complaining of fever but were forced to undergo rough physical training such as canoing for four hours, diving in muddy water and were forced to drink water from stockings. The vivid incidents of army officers who were over bullied by its instructors recently is still haunting us.

She was going to be a PTD officer not a soldier. Why must she be, as an administrative officer, be hauled up for such a robust and rough physical training, just to qualify her to be an officer with the Government department. What is it that INTAN or the department trying prove out of its future officers by sending them to a such brutal physical training. And why the need to bully participants to that level of forcing them to drink water drenched from socks. They are not going to be commandos or any special elite missionary forces. They are just going an ordinary diplomatic and administrative officers.

My opinion is the family of Nor Hashimah Wahid should sue the authority and prove them that such a brutal army liked training would not prove anything neither it is going to be for the betterment of the future PTD cadet officers. It is just an act of overzealous of the instructors concerned. Lets hope that these incidents would not happen again as it is only shows its mockery of our PTD training programmes.