
Hari ini diumumkan bahawa Datuk Wan Azizah Wan Ismail, Ahli Parlimen Permatang Pauh dan Ketua Pembangkang telah menyerahkan surat perletakan jawatan sebagai Ahli Parlimen kepada Speaker pada hari Khamis lalu. Pengosongan kerusi Parlimen Permatang Pauh itu adalah untuk memberi peluang kepada Anwar Ibrahim untuk bertanding dan masuk semula ke Parlimen. Boleh juga tengok muka muka yang pernah dapat `pink form' dan pekena harta rakyat masa Anwar jadi MenKew dan TPM dulu.
Tian Chua, Ketua Penerangan Keadilan pula mendakwa bahawa Anwar akan ditangkap dalam masa 48 jam dalam usaha untuk menghalang beliau bertanding. Dari mana Tian Chua dapat tahu Anwar akan ditangkap sukar untuk diramal. Dia bukan Polis. Tapi dalam situasi negara bercelaru ini, Tian Chua pun boleh jadi Dato Mohd Bakri Zinin. Tak tahu sapa yang boleh dibawa ke dalam Masjid dalam isu ini. Yang pasti Tian Chua tak boleh. Kita bawa dia potong ayam belanda pun boleh dah!
Mohamad Ezam Md Noor, budak yang bawa 6 kotak hitam, pula teringin sangat (teringin melampau) untuk menentang Anwar kalau diberi peluang. Ini satu lagi kes gila meroyan politik Malaysia Boleh. Ezam ini pun kena kaunseling jugak. Patient psychatric stage 4 yang patut diberi rawatan kaedah `cold turkey'! Suruh dia berdiri depan dinding dari jam 6.30 pagi hingga 6.30 petang supaya dia dapat `think about his past life'...kaedah cold turkey lah tu...
Hari ini saya juga menerima satu salinan surat dari Kapt.(B) Dato Zahar Hashim, Ketua UMNO bahagian Petaling Jaya Selatan. Surat yang simple dan jelas. Tidak perlu jemput Dato Johan Jaafar untuk buat ulasan. Dato Anuar Zaini lagi tidak perlu, apatah lagi Tan Sri Nordin Kardi. Budak Tadika KEMAS dan PASTI pun boleh faham. Shabery Cheek lagi tidak perlu..dia pun sudah menang besarrrr!
Surat ini ditujukan kepada semua Ketua UMNO Bahagian, Ahli Tertinggi UMNO dan Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO. Macam mana alamat saya tersesat, saya kurang tahu. Kalau ada yang teringin nak baca surat tiga muka ini, bagi alamat, saya hantar free....ikhlas, saya hendak orang ramai tahu perkara yang buruk yang tak seharusnya dilakukan oleh pemimpin. Hendak kata menghasut pun saya terima, memang itu niat saya pun.
Surat Dato Zahar secara langsung membuat aduan tentang tataetika pemilihan UMNO. Pak Lah dan Dato Najib boleh dihadapkan ke Mahkamah Disiplin UMNO kerana melanggar etika didalam pemilihan UMNO 2008 ini. Pak Lah jemput pemimpin UMNO dan minta akui peralihan kuasa yang melibatkan dia dan Najib. Ketua UMNO cawangan juga telah dijemput menerusi JASA (kementerian Shabery `menang besar debat dengan Anwar'). Duduk hotel lima bintang, bagi sejadah, kain dan duit kopi. Zahar membuat aduan rasmi kepada Lembaga Disiplin menerus pejabat Setiausaha Agung UMNO. Jawab jangan tak jawab!
Pada saya senang. Kalau kita betul betul bertamaddun, berhemah, telus dan ada intergriti. Jangan cakap lain buat lain. Dalam Islam itu dipanggil munaf....saya tak mahu teruskan. Lawan secara gentlement. Kita pakai boots, lawan kita pakai boots, kita pakai stocking, lawan pakai stocking. Dengan syarat jangan ubah tiang gol. Jangan cekek tengkok referee. Jangan tabur paku dalam padang. Lawanlah, apa takut kalau Allah restu menang, kalau tidak kalah itu saja. Calun kena cari dari UMNO Permatang Pauh. Budak Ezam tu suruh dia ceramah sudah, bagi seratus dua. Kalau kena boo biar dia tanggung sendiri. Mengabihkan boras aje.
Tentang surat Dato Zahar ini, lagi senang. Suruh Lembaga Dispilin siasat dan ambil tindakan. Isu nya jelas dan terang terangan. Jangan berdolak dalik. Tuhan tak suka. Jangan cakap macam sejenis haiwan yang orang asli Africa suka makan tu. Binatang tu namanya biaw...dan jangan lupa kita akan berjawab dengan Allah dikahirat nanti. Rakyat semakin ramai yang semakin geli...dengan perangai dan tindak tanduk manusia berstatus pemimpin besar negara ini.
3 comments:
Saya pengundi Permatang Pauh yang tanpa parti, tapi saya tetap undi Anwar Ibrahim.
Kalau depa tangkap Anwar pun, saya dan isteri tetap undi pembangkang.
Surat dari orang UMNO pada orang UMNO ni, saya tak campur.
Dato Seri Anwar Ibrahim bakal YB Permatang Pauh. UMNO hendak cuba sekali lagi calun ulamak tendang kota undi ka?
Pak Long Lahar budi.
Saya hairan, macam mana UMNO bolih hantar orang macam Ezam tu buat ceramah..kalau orang Perak tu cakap getik teman mendengor nye...dengan muka2 nye alah nampak bebenor tak iklasnya dia....
Sudah2 le saudara Ezam lagi teman banyak bercakap lagi meluat orang mendengornya....
cari le peluang lain...sudah2lah meng aib kan saudara Islam sendiri....jenoh teman nak menjawab nye besok.......
Post a Comment