Menteri Dalam Negeri, Dato Seri Syed Hamid Albar adalah diantara calun Naib Presiden UMNO didalam pemilihan UMNO hujungtahun ini. Syed Hamid, bekas Ketua UMNO Bahagian Bukit Bintang adalah Ketua UMNO Bahagian Kota Tinggi, Johor. Beliau mungkin dicabar oleh A Malik Abdlu Rahman yang juga dikenali Daing Malik. Malik dilaporkan telah mengemukakan saman di Mahkamah Tinggi Kota Tinggi terhadap Syed Hamid dan Setiausaha Akhbarnya Roseli Johari.
Syed Hamid pula diberitakan akan memfailkan saman malu terhadap Daing Malik. Daing Malik ni dikatakan orang kuat istana.
Beberapa tahun lalu Roseli Johari, bekas Ketua Pemuda Bahagian Kota Tinggi itu telah mencabar Syed Hamid untuk jawatan Ketua Bahagian tetapi berkesudahan dengan kompromi yang akhirnya Roseli dilantik sebagai Setiausaha Akhbar beliau. Kali ini Syed Hamid sendiri mengaku beliau `teruk kena serang' dengan pelbagai cara menjelang pemilihan bahagian tersebut. Mengikut cerita yang kadang kadang boleh dipercayai, Syed Hamid mungkin kecundang.
Dalam menangani isu Anwar, Syed Hamid dilihat hampir setiap hari muncul didada dada akhbar dikaca TV. Apa saja yang melibatkan Anwar, Syed Hamid lah jadi tukang komen nombor satu. Maklumlah dia Menteri KDN. Syed Hamid lah paling cepat bertindak menepis dan membuat penafian. Beliau yang begitu bermegah dengan `sejarah tidak sebulu' dengan Anwar akan bercakap apa saja yang melibatkan kes Anwar. Musuh lamalah katakan. Calun Ketua Pergerakan Pemuda yang tidak menjadi kerana `pujukan' Anwar suatu masa dulu. Marah lama tak habis lagi.
Sekarang Syed Hamid sudah buat keputusan hendak bertanding jawatan Naib Presiden. Daing Malik akan mencabar beliau sebagai Ketua Bahagian. Kes Mahkamah beliau dengan Daing Malik juga jadi isu. Cara beliau membuat penafian dalam menangani isu Anwar juga jadi perhatian. Syed Hamid dilihat begitu ghairah apabila membuat kenyataan mengenai Anwar. Seronok betul dia..sampaikan adakalanya dilihat terlajak dan terlebih. Maklumlah musuh lama. He enjoys making fun of Anwar dengan body language nya sekali. He seems to be enjoying every minute of the current issue on Anwar.
Syed Hamid saya lihat, kadangkala lupa dia adalah seorang `trained lawyer', a barrister by training dan seorang Menteri. Beliau bertanggung jawab terhadap keselamatan negara dan Polis adalah dibawah kementerian nya. Dan dia ini warak orangnya. Namun cakapnya lebih menjurus kepada sebagai pemimpin UMNO semata mata, tanpa ada ciri ciri keprofesionalan sebagai pengamal undang undang dan penjaga law and order. Nampak sangat dia marahkan Anwar.

Syed Hamid marahkan Anwar macam S. Shamsuddin marahkan S. Kadarisman dalam filem Seniman Bujang Lapok. Scene dalam lakonan filem pun dia marah betul. Di lubuk sanubarinya Anwar sudah bersalah. Nasib beliau baik juga, Anwar terpelanting dari hirarki UMNO dan kepimpinan negara, kalau tidak tak tau lah apa yang akan terjadi dengan Syed Hamid ini. Dalam banyak aspek Syed Hamid ini `clear' juga. Boleh juga dipanggil Mr Clean.
Bakal calun Naib Presiden UMNO dan mungkin bakal bekas Ketua Bahagian Kota Tinggi!
1 comment:
Bro, ada ke lagi yang nak sokong Syed Hamid ni kalau dia bertanding Naib Presiden. Pemilihan tahun 1993, satu malaya campur Sabah lagi orang-orang dia, penyokong-penyokong dia merayau berkempen, top-top last minit dia tarik diri.
Aku masih ingat YB Tajudin Rahman, Ketua Pemuda Pasir Salak aje pada maasa tu, bukan main kuat kempennya, alih-alih kuda tak mau lari. Jangan kiralah puak kaum dari Bukit Bintang, Datuk Roslan Ali Omar and the gangs, Pahlawan-pahlawan dari Belia MAYC dan ramai lagi lah. Kira-kira masa tu orang putih kata 'nect to nect' le tiga calun,Rahim Tambi Chik, Isa Samad, dan Syed Hamid.Dengarnya dia takutkan Anwar.Anwar suruh tarik diri, dia tarik diri. Anwar nak kan Rahim menang masa tu.Apa class kalau tarik diri, orang suruh.Takut atau nak selamat aje la tu.Tanpa ambil kira perasaan penyokong-penyokong. Melopong semua pengikut-pengikutnya.
Keduanya,aku pun pening, kes Anwar tu patut Syed Hamid tak payah ulaslah. Kes dalam siatan Polis, dan polis pulak dibawah kuasa pemerintahan dia.Nampak pulaklah macam dia boleh suruh-suruh polis apa patut buat.Nanti orang kata dulu Anwar arah dia jangan bertanding, sekarang nak balas dendam dia nak arah Anwar bertanding kat mahkamah pulak.Kan ramai orang lain baoleh bercakap. Nazri Aziz ada,Rafidah ada,Hishamudin ada, ah ramai le, setidak-tidaknya Sharil Samad ngan Sabri Cik ada.
Satu lagi Bang Lee, dia pernah kalah bertanding Ketua Pemuda UMNO Malaysia dengan Amwar pulak tu.
Aku teringat ucapan Dato' Hamdan, bekas ketua bahagin Rasah di satu Perhimpunan Agong UMNO, semasa Syed Hamid jadi Menteri Pertahanan.Dia kata sepatutnya Syed Hamid tak berapa sesuai jadi menteri pertahanan, sebab 'orang Arab' tak tak pandai berperang.
Aku nampak orang Arab orang Arab pun bila bertanding saat akhir dia cabut lari tinggalkan kekawan.
Post a Comment