Sunday, August 24, 2008

Kempen Di Permatang Pauh!

Suasana kempen Pilihanraya Kecil P44 Permatang Pauh sudah sampai keperingkat hujung. Ending nya 26hb Ogos ini. Samada Anwar Ibrahim, mantan Timbalan Perdana Menteri akan masuk ke Parlimen balik akan kita tunggu pada petang 26hb nanti. Kalau BN menang, keputusan kan diumumkan cepat oleh mana mana stesyen TV mahu pun Radio. Kalau BN kalah alamat lewatlah keputusan itu diumumkan. Memang selalu begitu, sebabnya saya kurang tahu. Macam dah jadi budaya dan amalan media elektronik kita. Cari cari lah sendiri sebabnya.

Tapi apa yang saya lihat dan perhati, kempen kedua dua parti sudah menjadi jadi. Adakala dilihat sudah lupa batasan budaya, amalan dan kehidupan seharian kita sebagai rakyat Malaysia yang serba serbi 'cultured'. Tuduh menuduh secara semborono tanpa bukti. Ceramah dengan bahasa dan gaya yang terikut ikut tepukan audien. Agama Islam dijadikan bahan untuk menempelak dan menangkis serangan. Sumpah sudah jadi trend baru, dari Perak ke Pulau Pinang. Posters, banners dan streamers dengan macam macam captions dan warna yang semakin mengelirukan.

Ada 'catch phrase' yang agak menarik dan ada pula yang agak songsang, tidak berbudaya dan lari dari amalan berkempen dengan cara bertamaddun. Terdapat pula `flyers' yang menggunakan drawing dan kata kata yang agak tidak begitu manis untuk ditatap. Kalau dibaca oleh anak anak dan generasi muda, ia tidak memberikan gambaran dan teladan yang baik untuk dinilai. Gambar manusia berkaki binatang dengan kata kata yang kurang bersopan dan melambangkan bahawa perekanya agak kurang diajar dengan baik oleh ibu bapanya dan gurunya. Ayat ayat yang lebih merupakan `presumption dan assumption' menjadi bahan flyers untuk edaran kepada umum.

Kedua dua nya melakukan perangai dan tindakan hampir sama. Tak lebih tak kurang. Kalau bahan bahan seperti itu dijadikan kayu pengukur atau panduan untuk pengundi Permatang Pauh membuat keputusan alamat Malaysia memang negara yang kurang `bermutu tinggi' budaya dan amalan politiknya. Saya kurang pasti apakah kepimpinan kedua dua kelompok yang bertanding merestui pengedaran dan penyiaran bahan bahan seperti itu. Kalau ianya direstui tanpa mengira dari parti mana sekali pun, jelas menunjukkan pengamal politik negara ini sudah semakin jauh terkebelakang dari aspek kematangan, keterbukaan, kebertanggungjawaban, kerasionalan, keintelektualan dan kewibawaan kepimpinan parti itu sendiri.

Saya rasa seburuk buruk perangai dan adab orang Amerika dan British, tidak sampai begitu tingkah dan perbuatan mereka. Maknanya dari segi kempen mengemben ini rakyat Malaysia jauh lebih kehadapan dari rakyat yang lebih membangun dan lebih awal bertamaddun. Kita nampak hebat dengan kreativiti didalam situasi ini. Alangkah baik dan eloknya kalau kreativiti seperti itu digarap dan digilap untuk sesuatu perkara yang membawa kebaikan kepada rakyat dan negara.

No comments: