
Datuk Seri Rafidah Aziz yang amat dikagumi oleh Samsiah Abu Bakar, Pengarah BPR Negeri Perak Darul Ridwan...alahai...
Kelmarin Samsiah Abu Bakar, Pengarah BPR Perak membuat kenyataan bahawa dua ahli EXCO dan beberapa orang ahli perniagaan telah ditahan atas tuduhan rasuah. Kes melibatkan projek perumahan katanya. Tahniah Puan Samsiah. Itu kerja amal dan dapat pahala. Menegah yang mungkar memang suruhan Allah. Teruskan ibadat suci itu. Ambil tindakan lagi dan JANGAN PILIH BULU dan JANGAN SESEKALI IKUT BISIKAN PEMIMPIN POLITIK. Siasat dan ambil tindakan. Puan Samsiah orang baik, kata orang Perak dan dari keluarga baik baik juga. Eloklah tu berpegang kepada kata kata `without fear or favour'...saya suka ulangkan ayat ini untuk para petugas BPR. Saya sayang dengan jabatan ini dan saya mahu jabatan ini kekal dengan nama dan tafsirannya. Macam era Harun Hashim jadi Pengarah dahulu.
Namun demikian tindakan menahan dan menuduh ahli EXCO PKR dari Kerajaan Pakatan Rakyat memang mengundang prasangka dan spekulasi. Jangan marah, memang ramai yang tak sedap hati dengan tindakan itu. Memang patut pun begitu. Puan Samsiah jangan gelabah dan rasa jengkel. Pemimpin PKR ditahan menjelang Pilihanraya Kecil Permatang Pauh yang juga ditandingi oleh calun dari PKR, Anwar Ibrahim. Mengenali budaya dan amalan politik negara, memang tidak salah orang buat spekulasi dan andaian. Puan Samsiah dan rakan rakan petugas BPR Perak kena ikhlas dan bertanggung jawab. Bukan kepada BPR dan Kerajaan saja tetapi kepada anak anak dan keluarga. Malu anak anak kalau buat kerja tak betul. Malu juga keturunan kalau buat kerja tak ikut apa yang dipertanggung jawabkan. Malu lagi kalau ikut cakap dan arahan orang politik. Malu kalau maruah tidak bernilai!
Saya tidak tahu apa yang berlaku. Apa yang saya mahu tahu, kalau sesiapa pun bersalah, tahan dan tangkap. Saya kurang minat dengan parti apa atau keturunan mana atau dari kalangan mana, anak siapa atau bangsa apa. Khianat dan seleweng dengan harta rakyat, hukum. Walau pun orang sebelah rumah, ipar duai mahu pun rakan taulan. Siasat dengan betul dan tangkap. Puan Samsiah saya pasti ada disiplin begitu. Kalau tidak tak kan sampai dilantik Pengarah Negeri.
Saya benar benar berharap Puan Samsiah dan petugas BPR baca apa yang saya tulis ini. Saya mengaku dengan ikhlas, saya juga sedikit prasangka. Jangan marah, saya mungkin silap. Kita akan berjumpa di Padang Masyar nanti. Kalau saya tersilap `baca' saya minta maaf. Saya berdoa agar saya silap dan Puan Samsiah dan BPR betul. Teruskan siasatan dan tindakan. Allah dan rakyat terbanyak bersama Puan Samsiah dan BPR.
Hanya jangan lupa dengan kes Bangunan Perbadanan Taman Negeri Perak di Banding yang runtuh bulan Nobember 2007 dulu. Puan Samsiah ada membuat kenyataan bahawa siasatan sudah hampir siap dan katanya ada terdapat `sign of negligence'. Kes kes lain pun masih banyak saya rasa. Siasat juga dan ambil tindakan. Set the priority right. Yang besar dan lebih memudharatkan rakyat didahulukan tanpa ada guideline tertentu. Gunapakai guideline dan peraturan BPR sudah. Kagumilah Nabi Muhamad dan sahabat sahabat baginda, tokoh politik hanyalah hiasan dunia yang serba sementara.
3 comments:
http://criminalsatplay.blogspot.com/
BPR Malaysia Boleh lah tu. Dari zaman Mahathir hingga Lah BODOWI, BPR ni hanya wujud macam Biro dalam UMNO saje..
Malu nak mengaku Malaysia ada badan macam tu..
Samsiah ni memang ahli UMNO dan sanggup buat apa saja untuk pemimpin UMNO. Barang dijauhkan Allah jadi keluarga aku. Manusia jenis ini mana ada malu punya.
Post a Comment