Sunday, January 10, 2010

Cakap cakap Yang Mengecewakan...



Cakap cakap yang mengecewakan...

Sedang kita dihidangkan dengan berita berita cubaan membakar gereja ada pula cakap cakap dari tokoh tokoh yang dilihat tidak membantu menjernihkan keadaan apatah lagi apabila ianya disuarakan oleh orang yang bertanggung jawab terhadap keselamatan negara ini.

Ketua Polis Negara TS Musa Hassan dilaporkan menasihatkan pentadbiran gereja menambah kawalan keselamatan kerana pihak PDRM tidak mempunyai cukup anggota untuk membantu. PDRM tidak cukup anggota untuk membantu mengawal gereja yang menjadi sasaran golongan tidak bertanggung jawab dewasa ini. Dalam saat negara dilanda masalah sebegini janganlah pula Ketua Polis Negara buat kenyataan sambil lewa dan dilihat tidak bersungguh sungguh. Jangan buat lawak la...

Adakalanya Musa Hassan nampak angkuh apabila ada usaha untuk menganjurkan perhimpunan dengan mengumumkan bahawa beribu anggota PDRM akan dikerah untuk menghalang perhimpunan tersebut. Begitu juga apabila ada Pilihanraya Kecil, Musa juga dengan muka angkuhnya berjanji akan mengerah ribuan anggota PDRM untuk berkhemah dikawasan terlibat. Tiba tiba peristiwa pembakaran gereja yang sudah tentu melibatkan sensitiviti dan keselamatan negara dipandang ringan oleh Musa dengan mendakwa bahawa PDRM tidak cukup anggota.

Cakap cakap macam ini tidak membantu menaikkan imej PDRM yang sukar untuk diperbaiki apatah lagi bawah kepimpinan Musa anak tokoh hakim musabaqah itu. Adakalanya Musa bercakap macam pemimpin politik pulak. Buat kerja dengan betul, jujur, bertanggung jawab. Tidak perlu polish sesiapa pun kalau betul anda manusia yang berhemah dan ikhlas. Leave the political statements to the politicians!!!

Sepatutnya Musa melihat bagaimana PM menangani masalah ini. Dia terus turun padang dan umumkan peruntukan untuk memperbaiki gereja yang rosak akibat peristiwa itu. DS Najib amat memahami akan situasi tersebut, samada dari aspek politik dan keselamatan. Dan beliau telah melakukan yang terbaik buat masa ini.

Saya ucapkan tahniah kepada wartawan Shamsul Akmar yang dapat tiba dengan selamat di Gaza bersama Viva Palestina Convoy 7 Januari lalu. Menurut Shamsul tidak ada perubahan di situ, rejim Isreal masih melakukan pencerobohan dan penganiayaan terhadap rakyat Palestin.

Namun yang paling mengecewakan ialah tindakan pihak keselamatan negara Mesir mengusir keluar MP Britain George Galloway yang turut sama menyertai rombongan tersebut. Lagi meluat apabila pihak berkuasa Mesir mendakwa Galloway meninggalkan Mesir dengan sukarela. Masyaallah, seorang pemimpin bukan Islam yang berniat untuk sama bersimpati dan membantu rakyat Palestin disingkirkan dari negara Islam Mesir. Betapa dayusnya pemimpin Mesir ini.

Sekembali dari Mekah, saya memang telah diyakinkan bahawa pemimpin negara negara Arab memang ramai yang tidak ber`jantan' dan dayus!!! Perangai dan gaya hidup mereka amat jauh dibezakan dengan Mahmuod Ahmadinejad, pemimpin Iran yang berani menyanggah Amerika dan Barat.

Saya suka cadangkan kepada manusia yang menganggap mereka wira dan hero dengan membakar gereja supaya pergi ke Gaza dan bantulah umat Islam yang benar benar tertindas disana. Itu baru betul betul anak jantan Islam.

Di Kelantan pula terdengar suara suara mendakwa bahawa ada krisis diantara keluarga istana Kelantan. Menteri Besar pula secara terus terang meminta golongan istana supaya jangan berbalah sesama sendiri. Seperti dilaporkan, TG Nik Aziz menasihati agar golongan istana sedar betapa pertelingkahan kalangan istana akan membuat rakyat bosan. Kewujudan raja raja juga akan dipertikaikan nanti, menurut TG tersebut. Saya amat setuju seratus peratus!

10 comments:

Anonymous said...

Tuan Haji,

Benar semua yang diperkatakan dalam blog tuan.

Musang dah lama fobia dan kecewa dengan police officer...

Anonymous said...

Tuan Haji,

Musang diarah hanya PM dan TPM saja berhak di 'highlight'kan statement mengenai isu Allah dan gereja.

Sebab isu agama, perkauman dan perpaduan isu yang berat.

Tidak wajar semua VIP bercakap2 macam burung kakaktua.

Ramli Mohd Yunus said...

Musang,

saya setuju sangat tu..biar lah PM atau TPM saja yang membuat ulasan...

isu ini memerlukan ilmu yang mendalam tentang Islam dan perundangan...ianya isu kritikal...

ini bukan masanya untuk menumpang publisiti murahan...

Anonymous said...

Tuan,

Walau pun saya bukan penyokong Anwar atau ahli pembangkang, saya masih ragu ragu dengan orang bernama Musa Hassan ini.

asalbayu said...

Salam sahabat dah beergelar Tuan Haji.

Hari Khamis 7.1.2010 lalu saya buat pemeriksaan ECHO di HBAS jumpa Faizal yang kata dia SU Pemuda UMNO Pokok Sena. Saya sentuh berkaitan Sobri Sudin yang meuar-uarkan dirinya ada Ph D tu. Saya kenal budak Sobri ni. Khabarnya dia kena singkir dari UUM satu masa dulu.

Ramli Mohd Yunus said...

Saudara asalbayu,

Tahniah kerana saudara amat kuat semangat walau pun tidak berapa sehat.

Saudara masih giat menulis, kalau ada apa program yang membolehkan saya sekerdil ini menumpang sama, silalah hubungi saya..puisi juga minat saya.

Saya doakan saudara sehat sehat selalu.

PS tentang Saudara Sobri Sudin, saya kenal beliau semasa beliau bertugas dengan DS Syed Razak, MB Kedah ketika itu.

Anonymous said...

Tuan Haji,

Tahniah dah jadi Haji. Blog pun sudah update. Apa cerita baru tentang Pokok Sena?

Ada dengar cerita kawan kita ada masalah dengan jeanbara? berat juga katanya.

asalbayu said...

Seminar kenegaraan dan jati diri Melayu akan diadakan di Taman Budaya Alor Setar pada 16.1.2010 mulai jam 8.00 pagi. Antara pembentang kertas kerja ialah Dr Zainal Kling. Jemput hadir.

Anonymous said...

Tuan,

Saya juga setuju dengan saranan Dato Nik Aziz, istana mesti berubah sebelum rakyat berubah fikiran!

Raja adil Raja disembah..

Rakyat Marhaen
Ipoh, Perak.

xpara87 said...

mana boleh sembah raja...hormat je.
Kalau Islam sembah ALLAH.Yang lain lain ikut suka...