Wednesday, January 13, 2010



Saintis nuklear jadi sasaran...


Seorang Professor fizik nuklear Massoud Mohammad dari Universiti Tehran terbunuh pada hari Selasa lalu dalam satu letupan bom diluar kediamannya d Teheran. Bom tersebut dipasang disebuah motorsikal menggunakan teknik kawalan jauh, menurut Reuters.

Prof Massoud adalah penyokong `revolusi Iran` pada tahun 1979 yang menjatuhkan rejim Shah Iran juga penyokong Presiden Iran sekarang, Mahmoud Ahmadinejad. Peristiwan pembunuhan Massoud yang dikatakan terlibat secara langsung membangunkan Pusat Pembangunan Nuklear Iran yang menjadi isu besar dikalangan negara negara kuasa besar.

Sebelum ini pada Januari 15, 2007, Dr Ardeshire Hassapour, juga seorang saintis nuklear diberitakan mati dengan penuh msiteri. Laporan rasmi Iran yang dikeluarkan enam hari lewat pada 21hb Januari mendakwa bahawa Dr Hassanpour mati akibat keracunan gas. Ada juga dakwaan bahawa beliau dibunuh oleh Mossad, agensi sulit keselamatan Israel.

Baru baru ini, bulan Jun 2009, semasa menunaikan umrah, Dr Shahram Amiri juga seorang saintis nuklear dari Universiti Malek Ashtar diberitakan hilang di Mekah. Kehilangannya menjadi tanda tanya kerana Dr Amiri adalah juga seorang pakar nuklear yang bertugas dengan Atomic Energy Organisation. Pihak berkuasa Iran menuduh Amerika bertanggung jawab terhadap kehilangan saintis tersebut walau pun Jahan News, website news yang beroperasi diTeheran mendakwa bahawa Amiri mungkin mendapat suaka politik di Amerika.

Insiden yang sama dikaitkan juga dengan kehilangan seorang bekas General Ali Reza Asgari yang diberitakan menghilang diri selepas menginap disebuah hotel di Istanbul. Ali masih tidak dapat dkesan sehingga kehari ini. Ada dakwaan juga yang mengatakan bahawa Ali juga `belot' dan mendapat suaka politik di Amerika.

Dalam situasi Iran dikecam oleh negara negara Barat terutama Amerika, kerana isu membangunkan pusat nuklear para saintis adalah diantara individu individu yang seringkali menjadi sasaran samada dibunuh atau dipaksa belot terhadap negara sendiri. Menjadi pakar dan ahli sains juga menjadi `vulnerable' dan `hazardous' dewasa ini.


Tinggal dalam rumah kaca...jangan baling batu rumah orang...bahaya bib...

Ini pula cerita dinegara tercinta. Baru baru ini diberitakan ADUN Kok Lanas, Dato Alwi Hj Ahmad membuat dakwaan dan menggesa SPRM menyiasat Menteri Besar Kelantan, TG Nik Aziz kerana didakwa menerima `kek seberat 10 kg ` dari sebuah syarikat...rasuah kek lah tu maksudnya!!!

Kemudian timbul pula dakwaan Dato Husam Musa, Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan yang mendakwa bahawa ADUN yang sama telah ditaja menunaikan ibadat haji dengan dibiayi oleh Tabung Haji. Menurut Dato Husam ADUN tersebut telah pergi keMekah bersama Dato Abdullah Hj Ahmad Badawi bersama 20 orang VVIP lain...pulak dah!

Dulu TG Nik Aziz didakwa cuba ditaja keMekah oleh syarikat swasta. Sekarang 20 VVIP ditaja oleh Tabung Haji sendiri!!!

Alahai politik negara tercinta...nampak macam kelas bawah sikit noh....


Ini pula dicerita di Kangar...


Harian Metro hari dimuka depan dengan caption...gara gara ikut cakap bini...buang ayah tepi jalan...

Masyaallah...ada lagi ke manusia jenis ini...kalau betullah ikut cakap isteri...apa pula jenis bini ni...sedihnya...orang Melayu pulak tu dan sudah tentunya beragama Islam kalau pun Islam ikut keturunan...apa sebenarnya yang berlaku...dubuk pun sayangkan anaknya...ya allah...insafkan lah manusia manusia ini...

2 comments:

Anonymous said...

Saudara,

Peristiwa yang amat menyedihkan. Anak buang bapak. Orang politik sibuk berebut kuasa dan tuduh menuduh sesama sendiri.

Masalah anak buang bapak, anak bunuh bapak, suami bunuh isteri, isteri simbah asid pada suami, anak pukul ibu, kebanyakannya melibatkan keluarga bermasalah dan keperitan hidup.

Masalah sosial masyarakat yang membenih dari tahap keperitan dan kesusahan hidup yang sukar dibendung.

Anonymous said...

Iran's nuclear scientist missing in Makkah while performing umrah, what is the Saudi's government has to say about it.

No non Muslem allowed in Makkah so it cannot be the work of the CIA unless with the collaboration of the Muslem themselves.

Or is it something else?