Friday, February 12, 2010




Mahmud Ahmadinejad..Presiden Iran


Raul Castro..Presiden Cuba

Hugo Chaves..Presiden Venezuela


Malaysia akan melantik seorang duta baru menggantikan wakil tetap ke PBB selepas duta sekarang Datuk Mohamad Arshad Hussain tamat tempoh kontraknya bulan depan. Bagi kebanyakan orang ini isu biasa. Pegawai yang sudah berumur 58 tahun dipencenkan atau dibersarakan. Biasalah tu, ada yang disambung kontrak sehingga 60 tahun dan ada yang dipendekkan kehanya 56 tahun. Ini penilaian manusia yang ada nafsu, perasaan dan ada sebab.

Walau pun demikian ramai yang tidak dibersarakan sehingga sekarang. Musa Hassan contohnya. Secara imbas ianya boleh dikatakan Musa Hassan amat hebat dan besar jasa dan pengorbanannya kepada negara sehingga dia dilihat begitu `indispensible' dikalangan pegawai kanan PDRM. Mohamad Arshad mungkin `kurang' perform dibandingkan dengan orang orang seperti Musa Hassan.

Timbalan Menteri Luar, A Kohilan Pillay, mendakwa bahawa kontrak Mohamad Arshad tidak disambung dua tahun (maknanya sudah ada perancangan awal untuk menyambung kontraknya) lagi kerana mahu memberi peluang kepada orang baru. Dan ianya tidak ada kaitan dengan undi kontraversi duta tersebut pada mesyuarat Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) di Austria 27 Nobenver tahun lalu. Dalam mesyuarat tersebut Malaysia melalui Mohamad Arshad telah mengundi tidak menyokong resolusi menuntut Iran membekukan penguraian uraniumnya. Cuba dan Venezuela adalah diantara tiga negara bersama Malaysia atau Mohamad Arshad Hussain yang juga tidak menyokong resolusi tersebut. Penamatan kontraknya diberitakan ada kena mengena dengan tindakan beliau semasa mengundi dimesyuarat tersebut.

Saya menyokong tindakan Mohamad Arshad Hussain itu. Syabas Dato dan saya pasti ramai anak bangsa berasa bangga dengan ketegasan Dato. Cuba dan Venezuela, kedua duanya bukan negara Islam tetapi memilih untuk menyokong Iran. Saya kagum dengan kepimpinan kedua dua negara itu apatah lagi pemimpin Cuba dan Venezuela adalah diantara pemimpin dunia yang paling saya hormati dan sanjungi disamping Presiden Iran sendiri. Mohamad Arshad, Cuba dan Venezuela memilih untuk tidak tunduk kepada Amerika dan sekutunya. Tanpa Castro, Cuba masih anak jantan dipentas dunia menyanggah Uncle Sam.


Kapal selam yang dinasihatkan jangan menyelam!!!

Diberitakan kapal selam pertama negara KD Tunku Abdul Rahman telah disahkan mengalami kerosakan mekanikal yang tidak membolehkan ianya menyelam. Masyallah...kapal selam tidak boleh menyelam. Ianya disahkan sendiri oleh Laksamana Tan Sri Abd Aziz Jaafar, Panglima TLDM yang menyatakan bahawa kapal tersebut mengalami `defect high pressure air blowing`. Maknanya secara rambang kapal selam itu tidak boleh menyelam. Lalu kapal tersebut dinasihatkan tidak menyelam. Kapal selam dinasihatkan jangan menyelam. Lalu hendak dipanggil kapal apa pulak tu?

Kapal yang baru dibeli dan dibawa balik ke Malaysia pada 3hb September 2009 itu sedang diperbaiki. Usia kapal selam yang bernilai jutaan ringgit baru setahun jagung dibeli sudah dimasukkan kedalam dock. Kita tunggu komen dari bos SPRM Dato Abu Kassim atau Cik Gani Patail kita....!!!

6 comments:

Anonymous said...

Bravo Dato, you are one in a million in Malaysia Bolehland!

Keep it up. Majority of Malaysian are behind you.

Anonymous said...

Tuan,

Anifah Aman ni memangla kaki ampu.
Pemimpin yang hidup dengan cerut besar mana boleh pakai.

Kepada mantan duta tu, nampaknya PKRlah akan jadi tempat pelindung.

Anonymous said...

Dengar khabar SPRM serbu rumah Tan Sri Musa Hassan (TSMH) dan menjumpai sejumlah besar wang. TSMH memohon suapaya dia bersara secara aman. Khabarnya juga TSMH akan letak jawatan bulan depan. Sama ada benar atau tidak khabar ini entahlah, maklumat ini diperolehi daripada seorang kawan. Kalau dia tu betul, betullah. Dulu masa Dato Seri Anwar Ibrahim (DSAI) belum dipecat macam tu juga khabar yang aku dengar. Tapi aku tak percaya. Malam tu berita pemecatannya keluar di tv.

mengkuang said...

tuan,
Kematangan politik pimpinan sekarang dipersoalkan lagi. Bukan sahaja Duta berkenaan malah Tan Sri Hassan Merican pun kena bbuang kerana ketegasan bekerja.

Kalau orang politik yang kena buang boleh di hantar UN atau jadi duta bertaraf menteri di UN, di Indonesia dan terbaru di USA, mengapa tidak pegawai proffessional saperti mereka ini dikeluarkan secara terhormat..aka menarik rambut dalam tepung. heh..lambat nak membesar pemimpin kita ni!

Anonymous said...

Tu la, hangpa tu masih lagi dok perasan UMNO tu betoi. Dah lama sangat dah..

La ni dok arak `orang tua Melayu mudah lupa` tu rata kampong pulak dah. Awat apa lagi dia nak pekena orang..dok kat Masjid la..habaq kat dia.

2013 ni hangpa tunggu la..

Anonymous said...

Cik Ramli,

Enjin kapal terbang yang hilang dah jumpa dah tuan..heh..heh..