Tuesday, February 9, 2010




Dato Abu Kassim Mohamad - SPRM


Lama saya tidak update halaman ini. Letih dan banyak perkara lain yang saya jadikan keutamaan. Terlalu banyak yang `tidak menarik perhatian`. Politik perkauman yang sempit, kes mahkamah yang membosankan, masalah sosial yang melampau, salahguna kuasa yang terlindung, indek jenayah yang meningkat saban hari, gelagat dan kerenah pemimpin politik yang `membuat kita nak termuntah`. Ruling and opposition parties all alike!

Tetapi apa yang dikatakan oleh Dato Abu Kassim Mohamad, boss SPRM baru baru ini amat menyejukkan hati. Saya harap ianya datang dari hati dan jiwa yang besar dan murni. Abu Kassim mahu memulihkan imej SPRM yang tercela akibat dari beberapa insiden sebelum ini. Alhamdulillah, Abu Kassim mengakui kesilapan walau pun bukan masa dia memimpin SPRM. Dia juga mengakui bahawa SPRM telah pun menamatkan siasatan terhadap beberapa kes berprofil tinggi. Hanya menunggu tindakan seterusnya dari pejabat AG atau Peguam Negara. Ok..ok..it is not your fault Dato, tell the whole nation, thats right..someone has to take the blame and it is the AG's office. So blame no one but the AG..full stop! And I think the SPRM boss should not take the kick in the ass but someone else should! Tahniah and bravo Dato Abu Kassim Mohamad!

Kenyataan Menteri Besar Kedah yang mengulas keputusan Mahkamah rayuan kes dua MB Perak juga amat dialu alukan. Dato Seri Dr Zambry Kadir adalah MB yang sah dari segi undang undang. Mahkamah sudah buat keputusan so terima saja lah. Ini keputusan undang undang bukan keputusan pilihanraya. Pilihanraya nanti kita bertanding dan lawan balik. Jangan buang masa yang berlebihan hinggakan lupa tanggung jawab terhadap rakyat yang menyokong dan memilih kita, samada Dr Zambry atau Nizar. Back to work all of you.

Back home, sebagai Pengerusi Lembaga Pelawat Hospital Sultanah Bahiyah, saya dihujani dengan sms dan pertanyaan mengenai kekurangan ubat di hospital. Ada ubat yang hanya boleh dibekalkan berminggu minggu. Setelah mendapat pengesahan dari pentadbiran hospital, saya benar benar terkejut. Dakwaan rakan rakan dan pesakit rupanya benar. Ada yang dakwa peruntukan bekalan Kementerian Kesihatan dipotong beberapa peratus. Ada pula yang dakwa pembekal tidak mendapat LO sehingga hujung tahun dan tidak sempat membuat pesanan. Macam macam cerita timbul. Sukar juga untuk saya hendak memberikan respon. Pihak media nampaknya amat faham setakat ini. Saya simpati dengan pesakit tetapi saya juga simpati dengan pihak pentadbiran hospital. Apa yang hendak didalilkan. Saya harap ianya tidak berlarutan. Kementerian mesti berusaha dan bertindak segera.

Kepada sahabat dari kaum Cina, saya ucapkan Kong Hee Fatt Choy..semoga anda sejahtera dan harmoni selalu...

8 comments:

Anonymous said...

Tuan Haji,

Itu baru dilantik, tunggu sebulan dua, Abu Kassim ni pun macam yang lain lain tu la.

Depa siasat Peguam Negara peram. SPRM boleh buat apa.

Anonymous said...

Saudara Ramli,

Anda umpama mengharapkan bulan jatuh keriba tu.

Sukar untuk mengharapkan SPRM benar benar bebas dan telus.

Abu Kassim mungkin berhasrat baik tetapi tengok sajalah tindakan Peguam Negara dan yang lain lain tu. Dia ada laluan sukar malah terlalu sukar.

Anonymous said...

Kesian Dato Abu Kassam, nampaknya dia kena ikut cara dulu jugak.

Tak kena gaya kontrak pun nanti dipendekkan.

Anonymous said...

Tuan,

Hari ini Dato Shukri Abdul, Timbalan Ketua Pesuruhjaya SRM mengumumkan beberapa kes profil tinggi yang melibatkan pemimpin politik berbagai parti ditutup dan kes close!

ha ha ha Malaysiabolehland!

Anonymous said...

Saudara Ramli,

Saudara nampak macam bencikan rasuah tetapi tuan bergelumang dan menyokong dengan pemimpin rasuah dan salahguna kuasa.

Sahabat saudara Ibrahim Ali tu kena tegur sikit, berhentilah berlakon. Orang kenal siapa dia!

musang berjanggut said...

Tuan Haji,

Soal kekurangan ubat tu..dengar-dengar semua bajet kementerian dikurangkan...itu la terasa impaknya kini..

Agak-agak yang rasanya tak mau bergelimung dengan ubat kenalah jaga kesihatan...jangan manis-manis...

Anonymous said...

boleh harap ke dia ni..entahlah gua masih belum yakin..

Peguam Negara tu kena tukak orang lain cek oii..

Anonymous said...

tuan Pengerusi,

Betul kah peruntukan Kementerian banyak dipotong kerana bagi peruntukan kepada PERMATA yang dipengerusi oleh Rosmah Mansor isteri PM.

Ingta lama lama rakyat tahu jugak tuan.