Saturday, May 29, 2010


Saya menghadiri majlis kenduri kahwin sahabat di Ajil, Trengganu tengahari tadi. Sempat makan semeja dengan YB Tengku Putera, Speaker DUN Negeri Terengganu. Tengku Putera tidak dicalunkan didalam Pilihanraya 2008 walau pun beliau adalah Timbalan Menteri Kewangan dan ahli Majlis Tertinggi UMNO ketika itu. Saya pernah mengikuti rombongan beliau untuk membantu mangsa tsunami Acheh. Tuan rumah, Haji Baharuddin ini adalah orang kuat Tan Sri Muhyiddin Yassin. Beliau pemimpin politik tempatan yang low profile dan rendah diri. Walau pun telah menjadi penyokong kuat Tan Sri bertahun tahun, Haj Baharuddin tidak pernah bersungut tentang kepentingan diri beliau sebagai penyokong Tan Sri yang sudah jadi TPM itu. Dia juga tidak ghairah untuk bercakap mengenai projek atau apa apa kepentingan yang boleh didapati dari institusi TPM tersebut. Tidak ramai yang berhemah dan punyai prinsip menilai kepimpinan semacam Hj Din yang saya kenal lama ini.

Berjumpa sahabat dan taulan, banyak cerita yang timbul. Cerita S Samy Vellu hendak letak jawatan, cerita ADUN Kedah yang kosongkan kerusi, cerita Sime Darby hilang 1.63 billion, cerita YB Bung Mokhtar kena denda, lesen cerita judi bola dan macam macam cerita orang politik masakini. Saya tidak mahu memberi pendapat. Pertama kerana orang politik di Malaysia ini tafsir politik dan kepimpinan ikut citarasa mereka. Jawatan pada mereka adalah hak hakiki. Kuasa pada mereka adalah mutlak. Mereka paling pandai cari justifikasi untuk terus kekal. Kulit muka mereka jauh lebih tebal dari kulit muka kebanyakan kulit manusia yang tidak terlibat dengan politik partisan. Mereka selalunya tidak bersalah kerana yang salah selalunya orang lain. Kalau kalah dalam Pilihanraya, mereka akan memberikan bermacam macam sebab dan dalil namun tidak sesekali salah mereka. Para pecacai dan balaci kelas F mereka pula akan tolong cari dalil dan justifikasi mengikut elaun dan imbuhan yang disogok. Kumpulan ini boleh dibayar untuk cari dalil dan pembelaan walau pun boleh dijadikan bahan jenaka!

Pendapat saya simple...Dato S Samy Vellu kena lepaskan jawatan Presiden MIC. Dia memang menang dan dipilih. Dia tentu tahu dan amat faham macam mana dan kenapa dia dipilih tanpa pertandingan. Itu kaedah demokrasi terpimpin yang diamalkan oleh hampir semua parti politik negara ini. Kita boleh tipu orang tetapi kita tidak boleh tipu diri kita sendiri. Samy Vellu kena tanya diri dia sendiri..betul kah dia disokong oleh majoriti perwakilan MIC sebenar benarnya. Masyarakat India tak perlu tanya la...

Kedua isu ADUN Kedah..kalau betul dia bermasalah kewangan dan perlu dikosongkan kerusi itu, kosongkan lah. Parti yang terlibat bertandinglah kemudian nanti. Kalau rakyat sokong menang, kalau rakyat meluat dan benci, kalah. Apa nak susah. Rakyat yang mengundi sudah semakin ramai yang cerdik, pandai menilai dan selektif. Malah terlalu ramai dari kalangan pengundi yang jauh lebih bijak, cerdik, pandai dan berintergriti dari mereka yang dipilih sebagai calun.

Dikampong saya saja berlori yang lebih baik dari segala aspek dibandingkan dengan mereka yang diplih sebagai calun. Kalau dok asyik hendak `menyamun` saja, rakyat akan jatuhkan hukuman lah. Kalau dok asyik bercakap pasal longkang dan jamban, orang lain sudah bercakap pasal biotek, hitech, googles, twitter alamat ketinggalanlah kita. Janganlah pula salahkan pengundi.

Kes YB Bung Mukhtar lagi simple..dia akan cari seribu dalil. Dia tidak akan letak jawatan melainkan dipaksa. Tetapi isunya moral dan intergriti. Kalau itu tidak penting pada orang orang macam dia..pilihanraya nanti jatuhkan hukuman. Dan jangan rasa bersalah kalau jatuhkan orang orang macam ini walau pun sebangsa dan seagama.

Kes Sime Darby 1.63 billion...CEO kena berhenti. Board buat diam dan buat bodoh. Ini pun satu lagi muka tak malu. Berhentilah kalau ada rasa malu. Itu duit rakyat la bahlol! Kerajaan pula jangan pilih bulu..yang perlu digari kena gari dan jangan pilih sahabat atau kroni. Lama dah rakyat perhati dari kes PDRM, SPRM itulah yang jadi amalan. Sudah sudahlah..ingatlah pada Tuhan kalau jarang sembahyang pun. Awat tak faham faham lagi ka...Enjin kapal terbang dulu pun belum selesai lagi...penyamun tarbus!!!

Isu judi bola..HARAM..Full stop..tak perlu tanya Harussani, Tamyes atau Noh Gadot. Budak tingkatan tiga pun tahu fatwanya! Tidak timbul politik dalam isu ini.

Dalam hidup ini kita akan senang dan tenteram kalau kita merujuk agama kepada ilmuan agama atau ulamak..isu undang undang tanya pakar undang undang..isu ekonomi tanya pakar ekonomi..isu perubatan tanyalah doktor. Nak bina jambatan kena tanya jurutera bukan ketua parti politik. Nak tahu pasal mahkamah kena tanya hakim bukan menteri.

Masalahnya dalam kebanyakan hal kita banyak merujuk kepada yang bukan bidangnya..hanya kerana dia ketua dan berkuasa. Lihatlah dan perhatilah disekeliling kita itulah masalahnya! Manusia semakin bercelaru dengan tafsiran yang juga semakin bercelaru.....

NB Hanya satu yang masih bermain difikiran saya hingga jauh malam ini. Dalam blog kedahlahnie.blogspot.com ada posting yang mendakwa bahawa sebuah anak syarikat PKNK yang pihak pengurusan dan lembaga pengarahnya membuat keputusan membelanjakan wang sejumlah RM 1.7 juta untuk program juara rakyat sedang keuntungan syarikat tersebut hanya dicatitkan sejumlah RM 1.4 juta. Kalau betul ianya amat serius. Mereka yang bertanggung jawab mesti disiasat dan dibawa kemuka pengadilan. Namun apabila meneliti senarai ahli lembaga pengarahnya, fahamlah saya kenapa jadi begitu...setengah dari mereka saya pasti tidak tahu apa itu Akta Syarikat 1965!!!

1 comment:

Anonymous said...

Tuan,

Kes Seri Temin itu bukan rahsia lagi. Separuh rakyat Kedah tahu.

MB Pas ni pun main politik. Dia hendak jadi populist.