Saturday, June 21, 2008

Gaji Dua Kali Sebulan dan Bom Jepun.

Cadangan Perdana Menteri untuk kakitangan awam dibayar gaji dua kali sebulan tidak mendapat respon yang baik dari kakitangan Kerajaan dan swasta. CUEPAC masih menunggu reaksi dari ahli ahli nya. Sementara majoriti pekerja menolak cadangan tersebut. Difahamkan bahawa Mesyuarat Tergempar BN baru baru ini, isu yang sama disentuh. Ada kalangan anggota komponen yang tidak berapa setuju dengan cadangan tersebut. Menteri Sumber Manusia Dato Dr S Subramaniam pula hari ini menyatakan perlaksanaan nya mungkin ditangguh.

Cadangan dari Perdana Menteri pun masih mahu ditangguh dan tidak mendapat sambutan!

Sementara itu orang di Ipoh khususnya di Tambun dikejutkan dengan terjumpa nya sebiji lagi bom masa Jepun di tebing Sungai Pinji, Ipoh. Beribu penduduk diminta pindah sementara pihak keselamatan meletupkan bom tersebut. Bila sebut pasal masa Jepun, saya terus teringat cadangan seorang Professor yang meminta rakyat berubah kemakan kentang dan ubi sebagai ganti nasi. Cadangan yang proaktif tapi agak `futuristik'. Niat dia mungkin baik, tapi masa yang tidak begitu sesuai untuk mengeluarkan cadangan yang begitu `mencabar' itu. Cadangan timbul bila barang naik!

Cadangan dari professor pun kalau terlalu `rapat' dengan ahli politik, jadi bahan ketawa!

1 comment:

Anonymous said...

dah sah confirm pak lah tak cerdik ekonomi... dulu belajaq U tapi jurusan pengajian melayu.. memang terang lagi bersuloh.. Presiden kita ni cerdik tak leh follow.. BODOlah tak leh nak d ajaq.. pasai asyik lena... dlm dok lena blh mimpi pulak tu... - BN MENANG BESAQ

kami la tak tgk berita kali pak lah ckp , tukaq channel