Bekas Naib Presiden UMNO, Tan Sri Mohd Isa Samad telah dibebaskan dari penggantungan Jumaat lalu. Mohd Isa dituduh dan didakwa oleh `mahkamah' Disiplin UMNO atas tuduhan mengamalkan politik wang didalam pemilihan UMNO dimana beliau mendapat undi tertinggi sebagai Naib Presiden. Ramai yang berpendapat bahawa tuduhan dan dakwaan terhadap Tan Sri Mohd Isa adalah akibat dari `permainan politik' dalaman UMNO dan beliau dianggap teraniaya kerana didakwa ramai lagi yang boleh dituduh dan didakwa atas sebab yang sama.
Ada cerita cerita yang mendakwa bahawa dakwaan dan hukuman terhadap Mohd Isa ada kaitan nya dengan tokoh tertentu yang bercita cita tinggi di Negeri Sembilan.
Walau pun pada mula Mohd Isa dijatuhkan hukuman penggantungan selama 6 tahun, namun setelah dirayu hukuman nya diringankan kepada tiga tahun. Jika Mohd Isa dikekalkan dengan jawatan lama sebagai Naib Presiden, bermakna beliau berhak mempertahankan jawatan tersebut. Dia digantung sebagai penjawat Naib Presiden UMNO, setelah dibebaskan dari penggantungan tersebut, sudah wajarlah jawatan Naib Presiden itu dikekalkan. Apa pun dalil nya, perkembangan ini sudah pasti akan lebih mewarnai pertembungan didalam UMNO nanti.
Sementara itu, BSA Tahir yang ditahan dibawah ISA atas tuduhan terlibat dengan pembekalan bahan nuklear ke Iran. Tahir dilaporkan sebagai menjadi agen kepada seorang professor yang juga seorang pakar bom dari Pakistan, Abdul Qadeer Khan. Penahanan BSA Tahir juga melibatkan syarikat kepunyaan Kamaluddin Abdullah, Scomi Precision Engineering yang mengeluarkan bahan tersebut. Kamaluddin adalah anak sulong Perdana Menteri, Dato Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi. Syarikat Scomi telah disiasat Polis tetapi tidak ada sebarang dakwaan terhadap Kamaluddin mahu pun Scomi, walau pun Tahir telah ditangkap dan ditahan selama empat tahun dibawah ISA. Berita penahanan Tahir mendapat liputan antarabangsa ketika itu.
Menteri Luar Dato Syed Hamid Syed Albar, menyatakan bahawa Tahir akan hanya dibebaskan dengan beberapa syarat dan akan diawasi pihak Polis. Tahir tidak dibenarkan keluar malam tanpa kebenaran Polis dan terpaksa melaporkan diri kepada Polis setiap minggu.
Monday, June 23, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment