Hari ini Utusan menyiarkan beberapa `boleh dan yang tak boleh' menjelang pemilihan UMNO tahun ini. Antara nya beberapa aktibiti yang dilihat sebagai usaha untuk melobi, berkempen dan menonjolkan seseorang calun tidak dibenarkan sama sekali. Tempoh perlaksanaan tataetika tersebut adalah dari enam (6) bulan sebelum dan sesudah pemilihan tersebut. Makna nya pemilihan UMNO diperingkat Cawangan, Bahagian dan Majlis Tertinggi akan bermula Jun hingga Oktober 2008. Bermakna apa juga yang telah ditetapkan didalam tataetika pemilihan mestilah berkuat kuasa dari enam bulan sebelum Jun 2008 hingga Jun 2009. Berat juga nampak nya tu. Kalau orang bercerai pun edahnya tidak sampai selama itu.
Saya tidak begitu ghairah untuk menyentuh apa yang telah ditetapkan didalam tataetika tersebut. Tetapi boleh dikata bahawa ada diantara yang dijadikan tataetika itu agak jauh menyimpang dari realiti dan amalan demokrasi didalam mana mana organisasi dinegara ini. Niat dan tujuan mungkin baik. Matlamat nya juga mungkin positif. Hanya perlaksanaan nya dijangka mungkin rumit dan tidak praktikal. Ada juga yang mendakwa bahawa peraturan dan klausa nya menjurus kepada menidakkan daya pemikiran dan kematangan ahli ahli UMNO itu sendiri. Betul ka begitu. Kalau sudah memang begitu hakikat nya majoriti ahli ahli UMNO dewasa ini, kalau kematangan, daya pemikiran dan budaya amalan mereka sudah dipertikaikan. Makna nya, betul lah tindakan menyusun tataetika tersebut. Jangan marah...
Ramai kenalan yang menjadi `main players' didalam peringkat Cawangan dan Bahagian agak `skeptikal' dengan tataetika tersebut. Ada yang marah marah. Ada yang tidak mahu ambil tahu dan ada yang jadi jadi `fed up'. Terlalu mengekang dan terlalu mengongkong kata mereka. Seorang Timbalan Ketua Bahagian, mencadangkan agar dihapuskan langsung proses pemilihan UMNO ini. Biarlah mereka yang sedang menikmati kuasa dan kemenangan selama ini dikekalkan. Itu sebenarnya ayat orang benar benar marah dan kecewa. Dia mungkin sedang `mengintai ngintai' untuk mencabar Ketua Bahagian yang ada sekarang. Ada pula yang setuju, kerana tataetika tersebut akan mengurangkan amalan politik wang. Nampak positif lah tu. Naib Ketua Bahagian yang ini agak positif orang nya. Dia nampak jauh dan telah melihat terlalu banyak buruk dari baik jika tidak ada langsung pengawalan, pengawasan dan seliaan yang betul. Pemilihan ini melibatkan kepemimpinan, kata nya.
Timbalan Ketua Bahagian yang marah marah ini, mendakwa UMNO sekarang ini sudah terlalu jauh dengan ahli dibawah. Tataetika ini mewujudkan jurang yang lebih jauh. Pemimpin tidak dibenarkan berjumpa penyokong dan penyokong tidak digalakkan bertemu pemimpin. Politik apa ini, rungut beliau. Kalau hendak bertanding mesti ada proses penonjolan diri, promosi dan kempen. Tak kan nak hadiri majlis tahlil pun disekat. Tak kan lah nak menjengok kenduri sahabat pun jadi salah. Dia nampak kesal dan nampak negatif.
Itu keputusan Majlis Tertinggi UMNO bukan keputusan seorang dua. Ada kawan yang menyalahkan Tan Sri Muhyiddin Yasin selaku Pengerusi Pindaan Perlembagaan dan Tataetika UMNO. Tak betul juga tu. Itu arahan Majlis Tertinggi dan semua peraturan dan tataetika diluluskan dan dipersetujui oleh MT. Kalau silap dan tidak menepati hasrat ramai, MT yang salah. Itu rasional nya. Apa pun MT ada sebab dan dalil untuk melaksanaankan tataetika dan peraturan tersebut. Kita boleh tidak bersetuju dan kita juga boleh terima. Suarakan bantahan menerusi apa cara sekali pun. Biar pemimpin diatas tahu dan sedar akan bantahan tersebut.
Namun apa juga tatacara dan tataetika yang bakal digunapakai, sudah tentu ada pro dan kontra nya. Kematangan dan kedewasaan kita yang mampu untuk menilai yang mana baik dan yang mana kurang baik. Itu pun kalau kita masih mahu bersama didalam arus dan budaya UMNO. Kalau tidak tepuk dada tanya selera, keputusan ditangan kita.
Tuesday, June 24, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment