Datuk Ahmad Ismail, Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera dikatkan bersikap racist hanya kerana mendakwa bahawa orang Cina dinegara ini adalah pendatang atau imigrants. Beliau didakwa menyatkan demikian dalam satu ceramah semasa Pilihanraya Kecil Permatang Pauh tempoh hari. Datuk Ahmad didakwa mengeluarkan kata kata tersebut semasa ceramah Pilihanraya. Seminggu lepas itu, selepas BN kalah, baru riuh pasal racist.
Sehingga hari ini Datuk Ahmad membuat penafian dan merasakan beliau tidak bersalah walau pun beberapa pemimpin politik BN dan pembangkang mahukan beliau memohon maaf. Datuk Ahmad Ismail mengatakan bahawa beliau tidak akan memohon maaf. Beliau mendakwa beliau tidak melakukan apa apa yang menuntut beliau meminta maaf. Ahmad Ismail sekadar menyatakan apa yang tercacat didalam sejarah sebelum Merdeka.
Datuk Seri Najib, Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO telah membuat permohonan maaf secara terbuka bagi pihak UMNO. Berbagai reaksi timbul dari permohonan maaf Datuk Najib tersebut. Tun Dr Mahathir merasakan orang UMNO sudah terlalu takut untuk dilabel sebagai 'racist' sejak Pilihanraya lalu. Beliau turut menyorot beberapa insiden di mana UMNO dan Kerajaan meminta maaf secara terbuka atas sebab sebab yang tidak perlu.
Beberapa kalangan juga berpendapat demikian. Hanya media tidak membuat tinjauan secara rambang dan menerumah anggota masyarakat diperingkat bawahan.
Isu maaf ini adakala nya jadi terlajak dan lari dari tajuk. Bila ada ahli UMNO bercakap pasal hak dan keistimewaan orang Melayu, ada pula kalangan pemimpin dari bukan Melayu yang membuat desakan agar orang itu meminta maaf atau diambil tindakan. Kadangkala apa yang disuarakan hanya isu isu yang sudah sememangnya ada dalam Perlembagaan dan sudah menjadi sistem kehidupan seharian kita rakyat dinegara ini.
Orang orang bukan Melayu juga kerapkali mengeluarkan kata kata yang dilihat agak racist atau ucapan pemimpin parti bukan Melayu yang kadangkala terkeluar dari landasan batasan sosial kontrak yang telah menjadi amalan. Orang Melayu pula mendesak orang itu minta maaf. Sampai bila isu maaf dan desakan ini akan berterusan.
MCA, Gerakan dan MIC dalam setiap mesyuaratnya juga terdapat kata kata dan ucapan yang boleh ditafsir sebagai racist. Kata kata pemimpin Gerakan dan MCA juga kadangkala boleh dilihat sebagai mencabar isu racist itu sendiri. Bercakap pasal hakikat tentang bangsa dan agama juga boleh dianggap racist. Bercakap pasal Bahasa Melayu juga kadangkala dianggap racist. Mana pula yang tidak racist ini. Kalau hendak menuntut maaf setiap ungkapan yang menyentuh agama, bangsa dan bahasa dianggap racist, setelah lebih 50 tahun kita hidup Merdeka, maka alamat negara akan terus terumbang ambing dan melangkah kebelakang.
Dalam semangat setiakawan yang sudah termaktub dalam Perlembagaan, agama Islam, Bahasa Melayu, hak dan keistimewaan orang Melayu sudah jelas. Kalau tidak diungkap oleh Ketua UMNO Bukit Bendera pun memang ianya telah tertulis dan jelas. Apa lagi yang hendak diungkit ungkit. Sekadarkan ianya diungkap oleh ketua UMNO maka ianya dilihat sebagai racist dan perlu ada minta maaf dari UMNO. Kalau pun ianya telah dianggap sensistif dan melanggar apa yang telah diterimapakai, seharusnya orang yang membuat ungkapan sahajalah yang didesak meminta maaf. Kenapa UMNO pulak yang perlu minta maaf secara terbuka.
Dalam isu ini kalau benarlah Ahmad Ismail yang dilihat membuat kenyataan yang berbau perkauman dan sensitif, dia hanya salah seorang pemimpin UMNO, bukan suara rasmi UMNO. Kalau perlu sangat pun biarlah Ahmad Ismail yang meminta maaf bukan Datuk Najib bagi pihak UMNO. Itu sudah lebih kawan...Masa Lee Kim Sai cakap lebih kurang beberapa tahun lalu, MCA tidak minta maaf pun hanya Kim Sai yang lari ke Australia. Begitu juga apabila ada seorang budak Cina mempermainkan lagu patriotik Negara Ku, pemimpin MCA pula yang lebih lebih tidak mahu dia memohon maaf.
Parti Gerakan juga ada kalanya telatah dan cakap pemimpinnya ada unsur unsur perkauman dan sensitif yang terlampau. Lim Keng Yaik pernah sampai keperingkat mempertikai Islam tetapi tak ramai yang minta dia minta maaf. Hanya kerana Keng Yaik mempertikaikan apa yang parti PAS cuba ketengahkan, cerita itu senyap saja. Cuba bayangkan kalau Keng Yaik tinggal di Bangladesh, Pakistan atau di Iran. Baru baru ini masa ADUN DAP Johor tidak mahu memakai songkok pun tidak jadi isu besar dan tidak ada mohon maaf pun. DYMM Sultan Johor jelas begitu murka dan mahukan tindakan diambil. Senyap macam lagu sunyi sepi. Jelas dan ketara ianya double standard kalau diambil kira isu Ahmad Ismail ini.
Datuk Najib dan Pak Lah dilihat begitu beriya iya mahukan Ahmad Ismail memohon maaf. Macam kes Dato Hishamuddin cabut keris. Walau pun setiap majlis Raja Raja keris dicabut dan dikucup tapi dalam kes Hisamuddin tanpa didesak dan digertak, minta maaf pula. Cabut keris pun kena minta maaf, bukan tikam sesiapa pun. Keris pun keris perhiasan, berkilat sebagai bahan pameran. Songkok pun jadi pasal, padahal ianya hanya 'headgear'.
Isu ini melibtakan keikhlasan dan rasional disemua pihak. MCA, MIC, Gerakan, DAP, PAS mahu pun UMNO kena belajar menerima dan memberi. Yang sudah diberi jangan diungkit dan yang menerima pula jangan cuba menidakkan. Yang sudah termaktub pula jangan lah pula diungkit ungkit. Jangan pula ada kalangan yang takut dan tidak mahu menerima apa yang telah tertulis dan terjanji. Perlembagaan menjanjikan hak dan keistimewaan tentang agama, bahasa, pendidikan, kerakyatan dan tanah kepada orang Melayu. Ianya tidak juga sampai keperingkat berlaku penganiayaan terhadap mana mana keturunan dan puak. Kalau ada pun ianya bersifat terpencil dan sikap individu, bukan institusi. Kalau ianya terus menerus diungkit dan dilaungkan atas kepentingan sementara, kemana Negara kita.
Kita ada Wat Siam yang terbesar diMalaysia, kita ada patung Lord Murugan terbesar di Batu Caves, kita ada patung Buddha yang besar di Kelantan, kita ada gereja ditengah tengah masyarakat Islam di Sabah, kita ada perayaan Thaipusam, Good Friday dan Hungry Ghost Festival. Tak kan kerana seorang dua bukan penganut Hindu merungut jalan jam kerana perarakan Thaipusam pun kita kena label dia sebagai racist. Begitu juga kalau ada seorang dua Cina marah marah kerana sesak jalan semasa hari Jumaat, tak kan kita hendak charge dia akta hasutan. Mungkin dia marah marah kerana lambat kepejabat.
Pokoknya mesti semua ada kesedaran dan terima apa yang telah termaktub. Racist ada dimana mana. Sensitiviti juga berlaku dimana mana. Bagaimana kita menguruskan isu isu seperti ini amat penting. Jangan cepat melompat dan melatah. Jangan bila tengok ada perempuan Cina ditelanjangkan di Balai Polis, kita terus histeria. Bila disiasat, apabila bukan perempuan Cina, Melayu pulak tu, tapi dah jadi riuh sekampong. Cukup naya punya kes. Tak pasal pasal seorang pegawai Wisma Putera ke China nak perjelaskan kes tersebut. Beijing pun terkejut biawak sebab pegawai dari Malaysia minta maaf pasal perempuan Melayu ditelanjangkan di Balai Polis di Malaysia. Aiyaa...apa pasal lepot sini...
Kalau kita berterusan membahaskan isu kontrak sosial dan Perlembagaan, alamat kita akan hancur..Kita yang akan hancur bukan sesuatu kaum atau keturunan mana mana. Kita tidak seharusnya melihat sesuatu isu itu dengan membelek kulit dan keturunan. Ia harus juga di lihat dari sudut fakta dan sejarah itu sendiri. Passing remarks dan kata kata rambang oleh mana mana individu tidak seharusnya diputarbelitkan untuk kepentingan sementara. Ianya boleh mengingatkan luka luka yang telah lama sembuh dan tidak berdarah kembali. Tidak puas hati ada dimana mana dan dikalangan semua bangsa dan keturunan dinegara ini. Bagaimana kita menguruskan ketidakpuasan hati dan perasaan rakyat terbanyak itu yang patut menjadi isu.

1 comment:
Salam bro!
Peringkat kematangan pemimpin politik di Malaysia dari bawah sampailah di atas sekali sama sahaja baik UMNO, MCA, MIC, DAP, PKR, PAS, GERAKAN dll.
Saperti kata sdr.'passing remarks' sebegini adalah lumrah dan diamalkan oleh semua kaum di Malaysia. Yang penting hak dan keistimewaan setiap kaum dan rakyat adalah jelas dalam perlembagaan Malaysia.
Kesian Datuk Ahmad Ismail. Dimana orang UMNO? Pemuda harapan bangsa dan pemudi tiang negara?? semuanya menyanyi lagi sepi atau hanya berkokok di gelanggang sendiri setahun sekali menjadi jaguh kampong!
ini adalah petanda kehilangan identiti diri dan masa yang akan menentukan kelangsungan hidup UMNO!
Post a Comment