Saturday, October 4, 2008

Syawal Yang Agak Sibuk.

Bersama peserta Persidangan Thalassaemia Antarabangsa Ke 13 di Suntec Convention and Exhibition Centre, Singapura - Gerai TIF


Di hadapan Pusat Pendaftaran Persidangan Thalassaemia Antarabangsa Suntec Convention and Exhibition Centre, Singapura.

Saya menyambut Syawal dalam keadaan yang agak sibuk. Selain menghadiri rumah terbuka sahabat dan sanak saudara, saya terpaksa mencuri curi masa untuk menjengok kegiatan politik menjelang pemilihan kepimpinan masakini. Sempat juga bersama rakan rakan menghadiri sidang akhbar Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan kesediaan beliau untuk dicalunkan sebagai Timbalan Presiden UMNO di sebuah hotel di Putrajaya. Muhyiddin jelas nampak confidence dan dilihat begitu bersedia untuk menjadi Timbalan Presiden UMNO. Agak sukar untuk membuat komen tentang ciri ciri penilaian kepimpinan dalam UMNO terutama yang melibatkan jawatan Timbalan Presiden. Namun saya amat tertarik dengan kenyataan Dato Rais Yatim berhubung dengan isu yang sama. Satu kenyataan yang amat bold and frank. Itulah hakikat sebenarnya.

Saya berada di Kota Singapura dari 6 hingga 9 Oktober menghadiri Persidangan Thalassaemia Antarabangsa di Suntec Singapore Convention and Exhibition Centre. Lebih 1,000 peserta dari kalangan doktor, paramedik, pekerja sosial, pesakit dan keluarga pesakit talasemia menyertai persidangan dwi tahunan anjuran Persekutuan Thalassaemia Antarabangsa ( TIF) itu. Perasmian Persidangan tersebut dilakukan oleh Tuan Hafizi Daipi, Setiausaha Parlimen Kementerian Kesihatan Singapura. Seorang pemimpin yang begitu karismatik dan very articulate.

Malaysia adalah ahli Persekutuan tersebut dan saya menduduki Lembaga Pengarah Persekutuan itu sejak 2006 . Saya dipilih diantaranya kerana Malaysia adalah diantara negara pertama di Asean yang telah memulakan program pencegahan dan kawalan talasemia. Satu penghormatan untuk negara sebenarnya.

Saya juga akan ke Phnom Penh, Cambodia dari 13 hingga 15 Oktober kerana menghadiri Seminar on Hemoglobinopathies anjuran WHO and TIF di National Pediatric Hospital. Saya akan mewakili Presiden TIF untuk menyampaikan sumbangan peralatan perubatan kepada Persatuan Thalassaemia Cambodia dan mengadakan pertemuan dengan Kementerian Kesihatan Cambodia.

Saya agak terkejut apabila membaca komen beberapa orang Naib Chancelor universiti kita yang menganggap ranking universiti kita yang semakin menurun dan rendah sebagai biasa. Malah penilaian yang dibuat oleh -Times Higher Education QS Quacquarelli Symonds World University dianggap sebagai `just a ranking' oleh Naib Chancelor Universiti Kebangsaan, Datuk Dr Sharifah Habsah Syed Hassan. She has no feeling on the evaluation!! Kalau Naib Chancelor universiti pun menpunyai mentaliti sebegitu rupa tentang penilaian sesebuah universiti, apa lagi yang kita harapkan untuk mereka berusaha meningkatkan prestasi dan pencapaian universiti dinegara kita selama ini. Saya kurang pasti apa anggapan tokoh pendidik begini terhadap top ten universiti seperti Harvard, Yale, Cambridge, MIT dan lain lain yang menjadi impian pelajar seluruh dunia. Pendidik yang punyai mental block macam ahli politik kelas tiga!!!

3 comments:

Ahmad A Talib said...

Sdra,

Saya kagum dgn kegigihan sdra! Dalam kesibukan dan jadual yang ketat, rupa=rupanya Sdra dapat juga melapangkan masa untuk berkhidmat kepada masyarakat. Saya tabik pd Sdra! Teruskan kerja amal ini. Syabas! Saya doakan Sdra terus sihat untuk berkhidmat dgn lebih gigih dan bersemangat!

PAHIT MANIS

Anonymous said...

Mr Ramli,

I have heard about you being the first Malaysian to sit on the internaional board.

It is an honor not only to your organisation but also to all Malaysian.

Tahniah. Malaysia Boleh.


Andrew Tan
Johor Bahru.

Anonymous said...

Tahniah Ramli,

Saya secara ikhlas ingin mengesyorkan agar saudara terus berkhidmat untuk badan dunia tersebut dari membuang masa dalam UMNO.

Maaf kalau saranan saya agak radikal, kerana orang macam saudara lebih sesuai berpencak dipersada antarabangsa dari `berpolitik kecil kecilan' di Pokok Sena, Kedah.

Tahniah, I am proud of you!

Sahabat Lama
Ipoh, Perak.