Utusan memaparkan sabahagian ucapan Raja Nazrin Shah, Raja Muda Perak semasa majlis penutupan Kongres Ekonomi Islam Ketiga di Kuala Lumpur. Ucapan yang amat bermakna dan mesti direnungi oleh semua rakyat tanpa mengira kaum dan keturunan. Inilah baiknya apabila Raja dari kalangan yang berilmu dan intelektual.
Antara lain baginda menyorot kembali kata kata bekas Timbalan Perdana Menteri, Allahyarham Tun Dr Ismail Abdul Rahman yang mengingatkan agar mereka yang mendapat nikmat dari hak hak Melayu dan bumiputera hendaklah mengamalkannya menurut tatasusila dan peraturan yang memelihara maruah masyarakat Melayu dan Islam. Suatu ingatan yang amat penting, wajar dan perlu dituntut terutama kepada kepimpinan Melayu dinegara ini. Kata kata Tun Dr Ismail itu sebenarnya mesti dihayati oleh semua peringkat kepimpinan.
Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu akan diadakan esok 17hb Januari 2009. Seluruh bandar Kuala Terengganu dimandikan dengan cahaya warna warni posters, banners, dan streamers dari parti parti yang bertanding. Captions dan catchphrase yang menarik juga terpampang ditepi tepi jalan dan didinding dinding bangunan dan di pokok pokok. Ada yang menarik dan ada juga yang menggelikan hati...tak pakai media consultant kot..
Namun yang agak menghairankan apabila muncul banner yang memaklumkan bahawa Ezam Mohd Noor, bekas orang kuat Anwar Ibrahim akan berceramah disatu lokasi. Gambar Ezam dan dua rakan yang juga bekas ahli Keadilan. Nama Ezam dan kedua duanya sudah dilupakan, tetapi PRK KT membantu mereka untuk muncul dikain rentang BN. Nasib baik ada PRK, kalau tidak Ezam dan rakan rakannya mungkin sudah dilupakan. Mereka mungkin sedang panjat pejabat Menteri bawa proposal dan minta kontrak....
Tajuk ceramah Ezam..pembongkaran isi surat Anwar Ibrahim kepada Tun Dr Mhatahir Mohamah. Pelik tapi benar itulah tajuk ceramah Ezam, budak 6 kotak kosong yang sudah hilang dalam simpanan. Tajuk yang agak irregular dan tersasar...Anwar bukan calun..PKR pimpinan Anwar bukan parti yang bertanding..tup..tup..surat Anwar kepada Mahathir hendak dibaca depan umum..alahai...Ezam Mohd Noor menantu Dato Ghazi Sheikh Ramli...
Keputusan PRK mungkin akan diketahui menjelang malam esok. Pakat pakat tunggulah. Tak payah buat apa apa teori atau kajian. Semua sudah buat apa yang patut dan yang tak patut. Janji sudah dilafaz..ingatan pun sudah diberi..tangkis menangkis pun sudah berlalu..amaran demi amaran.
Semuanya mesti berakhir tepat jam 12.00 malam ini. Malam esok boleh tau..yang minat tunggu kat Dewan..kat depan TV atau telefeon kawan kawan. Yang tak minat balik tidur..habis cerita..Farid ke Wahid...rakyat Kuala Terengganu akan tentukan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Umno atau BN nak menang lepas2ni henti-hentikan lah bawa Ezam dan kawan2 dia berceramah.........Yang nak hadir pun pengundi pengundi yang hanya pangkah saje tanpa faham isi pati ceramah Ezam...sebab intelektual2 tidak akan hadir sebab tak kuasa nak dengan insan yang tidak ada pendirian langsung....dan tidak layak menjadi Politician kerana ceramah dengan menjaja rahsia2 orang yang dia berkhidmat dulu. Dulu berkhidmat dengan pak Shiekh mengutuk Umno dan pemimpin Umno yang lain ....dah pulak lah ni mengutuk pemimpin pempangkang....Adakah orang macam ni kita nak jadikan pemimpin..........Lu Pikir lah sendiri!!!!!!!!
Post a Comment