Sunday, January 17, 2010



Beberapa hari lalu diberitakan seorang lagi bapa ditinggalkan anak disebuah pusat hemodialisis juga di Arau, Perlis. Othman Samad, 60 tahun dihantar anak lelaki dengan basikal dari Kodiang untuk menjalan proses hemodialisis tetapi tidak diambil sehingga memaksa pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Perlis membawa beliau ke Rumah Penyayang Jejawi, Perlis. Ceritanya macam cerita dongeng tapi benar. Sila baca Harian Metro Sabtu 16 Januari 2010. Sedih dan marah atau marah dan sedih membacanya...

Kemudian cerita seorang ibu yang terlalu kecewa dengan perangai dan sikap anak perempuannya. Beliau mencurah minyak kebadan dan cuba membakar diri. Lagi satu insiden yang menyayat hati. Ibu itu kemudian meninggal di Hospital Sultanah Bahiyah akibat tahap kebakaran yang amat serius.

Dalam harian Metro yang sama dilaporkan bahawa seorang anak bergelar Datuk patah kaki apabila terjun dari bilik hotel tempat beliau menginap kerana lari dari rumah. Remaja perempuan pula tu. Dimana silapnya. Kes lari rumah macam ini kerap kita dengar dan baca. Itu semua antara berita yang dilaporkan oleh media...yang tidak dapat dikesan mungkin ada lagi.

Itu antara masalah sosio budaya orang Malaysia dewasa ini. Suami bunuh isteri dan sorok mayat dalam almari. Anak kerat kepala bapak. Isteri simbah asid pada muka suami. Pasal seringgit dua boleh sampai membunuh. Silap dijalanraya boleh membawa padah hingga berparang parang. Itu belum lagi berita kes rompak warga mas, ragut perempuan hamil dan ugut emak dengan parang...

Dan ada pula kisah suami larikan anak dari rumah isteri setelah bercerai. Buat tuntutan cerai kemudian buka pekong perangai suami tidur dengan sepuluh perempuan. Buka cerita dalam kelambu bila sudah tidak sesuai sebagai suami isteri dan buat tuntutan jutaan ringgit. Adik beradik bergaduh pasal jawatan bila ayahanda gering dihospital.

Sebelum kahwin ada pula cerita rombongan meminang tidak disambut mesra. Duit hantaran sudah diterima, pengantin perempuan menunggu hanya dengan baju T dan kain batik basah. Ada pula yang syok sendiri cerita tentang kebaikan dan ketulusan isteri tua bila dia dinobatkan sebagai siteri kedua...tiba tiba timbul cerita dia isteri kekempat rupanya!!! Menikah dengan Tan Sri, Datuk bergelar dan Yang Berhormat..itu suratan dan sudah jodoh namanya. Dan kalau terpaksa bercerai nanti, ayat `suratan dan sudah jodoh` itu juga akan digunapakai. Tidak pula pernah didengar pula `sudah jodoh dan takdir` menikah atau kahwin dengan pembantu kerani atau buruh Bandaraya!!!

Kemudian timbul pula dakwaan cerita ada tawaran naik jet untuk berhibur keluar negara. RM60,000 untuk temankan bercuti. Sanggup bayar puluhan ribu untuk dapatkan seorang artis atau pelakon. Sanggup bayar RM35,000 untuk dua lagu sebagai umpan untuk memikat. Macam macam lagi tabii bodoh, tindakan baghal, perbuatan biul, perangai bahlul dan idiotic acts yang dilakukan oleh kononnya beberapa orang hartawan negara.

Betapa bodoh dan bahlulnya manusia ini kalau benar seperti yang didakwa, sanggup habis beribu ringgit untuk seorang perempaun..ya seorang perempuan..yes women..the opposite sex of men..just plain women..for thousands of dollars. Bodoh piang betul...ada ke jet bernilai jutaan ringgit digunakan untuk membawa hanya seorang perempuan yang boleh dibeli dengan hanya dibawa dengan jet..murah sangat tu nilainya...buang masa!!!

Semua `karektor' diatas adalah orang Melayu. Ada yang cerdik dan ada yang pandai dan ada juga yang bodoh atau paling tidak kurang waras atau tidak siuman. Tetapi hakikatnya majoriti mereka orang Melayu. Dan dalam sebuah negara yang sibuk berdegar degar bercakap pasal ketuanan Melayu!!! Sinario kehidupan Melayu masakini. Atau pun sinario ini berkisar dengan masalah `saikoloji manusia keresahan, depression, tension, keperitan dan kesusahan hidup, tekanan persekitaran atau ianya juga boleh disifatkan sudah suratan dan takdir!!!

Namun ada juga berita yang amat menyejukkan hati dan perasaan. DYMM Pemangku Sultan Kelantan, mengimamkan solat hajat untuk Ayanhanda tercinta. Sejuk hati ibu. Tepat ianya menjadi contoh kepimpinan yang diidam idamkan. Sebelum itu Ketua Polis Negeri Kelantan membaca khutbah diikuti oleh Pengarah JPJ Selangor.

9 comments:

Anonymous said...

hello... hapi blogging... have a nice day! just visiting here....

johnsilver said...

bro ramli,
apa cerita politik kedah, pilihanraya kecil kota seputeh tak lama lagi. spr sedang bersiap sedia tu. apa macam calon umno.

Anonymous said...

Tuan,

Itu cerita hartawan Melayu aje. Hartawan Cina,dia bayar dan lepas guna dia tak mahu jumpa dah. Matlamat yang betul bagi yang bukan Islam aje le.

Tetapi hartawan Melayu Islam, bayar, guna dan simpan. Dosa berlipat ganda.

Betullah tu bodoh piang!

Anonymous said...

Saudara Ramli,

Cerita Pemangku Raja Kelantan imamkan solat tu memang dah jadi kebiasaan di Kelantan. Saudara kena tengok siapa MB Kelantan.

Tengku Faris memang punyai ciri ciri Khalifah, tetapi Raja Kerajaan PAS la tuan.

Anonymous said...

Bru,

Rakyat Negara sebenarnya dalam situasi hidup tertekan.

Nampak saja makmur dan aman tapi hakikatnya rakyat hidup dalam kesengsaraan yang amat sangat.

musang berjanggut said...

Tuan,

Kalangan wanita rasa terhina, macam murah benar harga seorang wanita.

Ada yang tau menilai...ada yang tau tapi buat-buat tak tau.

Pasal pemangku Sultan Kelantan tu...musang pun selalu berdoa agar anak2 pun jd mcm tu...anak Kelantan ramai yang baik2.

Anonymous said...

Sahabat sekelian,

Saya amat setuju dengan anom 5.48 pm negara memang sedang menuju keadaan kucar kacir. Pemimpin negara terlalu banyak melakukan kesalahan dan kemungkaran.

Rakyat memang dalam keadaan tertekan dengan masalah kehidupan seharian.

Anonymous said...

musang berjanggut org kelate kawin di kedah. perangai kedah campur klate..
cukur la janggut tu...baru nampak siapa musangnya....

mimi said...

Salam....
singgah sini sebentar jika ada kelapangan sudilah kiranya berkunjung..
thanks