Monday, March 15, 2010

Beberapa laporan berita hari ini 15 Mac menarik perhatian saya. Marilah kita renungi bersama....


Pertama, cerita mengenai kanak kanak berumur 11 tahun yang dinikahkan dengan seorang lelaki (atau jantan) berumur 41 tahun. Diberitakan juga pernikahan ini ditentang oleh ibu kanak kanak tersebut. Lelaki 41 tahun itu diberitakan juga adalah pengikut jemaah tablig. Berbagai pendapat kita dengar berhubung dengan insiden ini, dari Menteri hingga tokoh tokoh agama.

Komen saya: Apa pun dalilnya, apa pun hujahnya, apa pun sebabnya, apa pun tafsirannya, apa pun jemaahnya, apa pun agamanya....pernikahan itu tetap tidak sempurna, tidak `biasa` (abnormal), kalau pun tidak songsang tetapi tetap hampir songsang, dangkal dan mendakati primitif. Janganlah jadikan dalil agama untuk melakukan perkara perkara yang jelas `untuk memuaskan nafsu` gila. Budak perempaun 11 tahun dengan lelaki 41 tahun, kalau direlakan pun ianya tetap kurang bertepatan dengan niat dan matlamat perkahwinan itu sendiri.

Kedua, cerita Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia Negeri Kedah (PKMMNK) mendesak agar diberi peluang untuk tender projek keretapi berkembar yang dilaksanakan oleh syarikat MMC-Gamuda JV bernilai RM13 billion. Projek yang melibatkan landasan KTM dari Perak di Padang Besar itu bermula tahun sudah. Difahamkan juga 60 peratus dari kerja kerja pembinaan landasan tersebut dilaksanakan diNegeri Kedah selainnya diPerak dan Perlis. Yang DiPertua PKMMNK Haji Ahmad Fatahi Omar diberitakan telah menghantar dua surat tetapi MMC-Gamuda JV gagal memberi respon yang positif. Kalau ada tawaran, menurut Ahmad Fatahi, hanyalah kerja kerja kontrak yang nilainya amat kecil dan pada saya seperti melepaskan batuk ditangga sahaja.

Komen saya: Inilah masalah pentadbiran dan pengurusan negara ini. Bertempik dan menjerit sana sini bercakap mengenai hendak membantu golongan bawahan, kontraktor kecil, golongan bumiputera dan peniaga Melayu. MMC-Gamuda syarikat gergasi, kedua dua disenaraikan dipapan utama Bursa negara ini. Cukup kaya raya dan dibelakangnya pula orang kenamaan, orang bangsawan dan orang berada di `corridoor of power`. Inilah amalan harian, golongan yang sudah sepatutnya `tercekik dan senak` dengan harta dan wang ringgit disuapkan lagi dengan projek berbillion ringgit. Ruang yang cukup membezakan manusia tamak, haloba dan tidak memikirkan manusia lain. Satu contoh amat ketara kekayaan negara dibahagikan secara yang paling songsang dan dangkal. Saya bukan peniaga juga bukan kontraktor, tetapi saya amat meluat dengan situasi seperti ini. Meluat yang terlampau!

Ketiga, masalah politik dewasa ini. Lompat parti, beli Wakil rakyat, demokrasi dan proses pemilihan dalam parti, cabar mencabar dan macam macam lagi berita dan tingkah laku yang boleh membuat kita meluat. Ada ketikanya kenyataan kenyatan orang orang ini boleh membuatkan kita hendak termuntah sampai boleh keluar isu perut.

Yang hendak bertukar parti bercakap mengenai agama, negara dan bangsa, yang bermasalah kewangan pula bercakap mengenai ketelusan, demokrasi dan intergriti, yang menunjukkan imej Islam pula bercakap pasal hukum hakam, nilai dan budi dan macam macam lagi dalil dan justifikasi yang disesuaikan dengan tindakan keluar dan disingkirkan dari parti. Ini sinario politik Malaysia.

Ada pula parti yang sedang sibuk bercakap mengenai proses pemilihan, perlembagaan parti, sistem parti, peraturan parti dan macam macam lagi yang hanya melibatkan proses dan peraturan parti tanpa memikirkan perkara yang lebih besar dan penting untuk rakyat dan ahli mereka. Kepimpinan yang telus, punyai intergriti, berani membongkar penyelewengan yang `menyamun` harta rakyat, bertindak mengikut tuntutan undang undang, tetapi dilihat tidak `mengamalkan` budaya dan amalan yang memuaskan hati penyokong, mahu disingkirkan. Seorang pemimpinnya mendakwa kepimpinan yang sedia ada tidak harus disokong kerana masalah dalaman yang bermula dari pucuk kepimpinan sekarang. Tidak pula disebut apa puncanya. Adakah `puncanya` pembongkaran penyelewengan yang namanya didakwa terlibat?

Komen saya: Inilah songsang dan dangkal manusia yang berpolitik dinegara Malaysia ini. Mereka mentafsir kepimpinan mengikut selera dan kesesuaian hati mereka sendiri. Tuntutan dan kehendak pemimpin dan ahli parti selalunya tidak senada dengan tuntutan dan kehendak rakyat terbanyak. Ada set tafsiran tertentu untuk ahli dan pimpinan parti dalam negara ini. Wira wira politik ini akan menjerit dan bertempik dengan adunan tafsiran mereka sendiri mengikut kehendak dan tuntutan mereka. Sinario yang memualkan dan an insult to our interligent!

Pimpinan yang dituntut oleh manusia sejagat tanpa mengira Melayu, Cina, India, Punjabi, Iban, Murut, Bajau dll ialah antaranya mesti punyai kriteria begini...mesti berilmu, imej dan keperibadian yang baik, berpengalaman, punyai intergriti, tidak salahguna kuasa, tidak rasuah, latar belakang keluarga yang baik dan bertanggung jawab, berani membuat keputusan untuk kepentingan rakyat terbanyak.

Yang percaya kepada Allah pula mesti beriman dan taat kepada perintah Allah. Yang moralnya sudah tercalar ketepikan, yang sudah terpalit dengan salahguna kuasa dan rasuah, sisihkan. Yang imejnya hanya dihiasi dengan gelaran tanpa ilmu yang menyakinkan, KIVkan dulu, yang sudah kaya raya dari hasil `menggadai jawatan` pun `reservekan` dulu.

Masih ramai diluar ini yang punyai syarat dan kriteria yang dituntut oleh rakyat dan pengundi. Jangan cari dalil lain...jangan buat orang menyampah dan jangan perasan lah!

9 comments:

Anonymous said...

Tuan Haji,

Cerita pasal politik malam tu...konon ada ribu-ribu hadirwalhal cuma beberapa kerat...dan panggilan-pangilan berkanda dinda..rasa tergeletek pangkal jantung...hampir luruh tangkai hati...inilah politik penuh kepuraan..

Bersedialah dari awal menghadapai PRU 13...banyak lagi timbul kata-kata manis dan pujian melangit...
hati2 nanti terkena "kencing manis"..

Anonymous said...

Saudara Ramli,

Terima kasih atas sokongan tuan, kami kontrektor kecil adalah terlalu kecil untuk pemimpin besar negara ini.

Pemaju yang dimaksudkan adalah kepunyaan manusia bergelar dan berkuasa.

Rintihan dan rungutan akan tetap jadi rintihan. Tidak ada sesiapa yang akan peduli.

Kelas F Alor Setar.

Anonymous said...

anom 4.19pm

tulah kerja orang politik Kedah, penuh dengan lakonan kepura puraan.

2013 hangpa terimalah.

Anonymous said...

Saudara,

Isu Ketiga tu, mana ada dalam politik Malaysia, sikit sangat jumlahnya.

Hidup Ustaz Azizan said...

Cakap tarak serupa bikin.

HIDUP PKR said...

Semuanya hangpa bising pasai projek tak masuk dalam temolok hangpa.
Tula UMNO berjuang perut sendiri.

Ramli Mohd Yunus said...

Saudara romeo,

Sejak saya memulakan blog ini, saya hormat semua pandangan dan pendapat tetapi mesti yang beradab dan berhemah.

Dan saya tidak akan deletekan apa jua pendapat dan komen yang menjengok blog ini. Kalau yang ada beridentiti lebih baik.

Komen saudara sebentar tadi telah saya delete, kerana kurang adab, tidak berhemah dan tidak bertanggung jawab. Itulah komen pertama yang saya delete sejak blog ini diwujudkan.

Apa pun fahaman saudara, saya berani mengatakan bahawa saya, adalah dari kalangan yang lebih telus, lebih berintergriti, lebih profesional dan tidak terlibat dengan apa apa yang mungkin saudara anggap.

Setakat berani komen secara somberono macam itu bukan style saya. Saya ada gambar dan ada alamat email. Kalau perlu berdebat atas apa tajuk pun, dan dalam Bahasa Inggeris pun saya sanggup, saya jenis yang tidak akan lari. Sewa dewan pun saya sanggup bayar!

Bukan semua yang menganut parti yang tuan anggap itu seperti yang dianggap. Saya dengan angkuh berani mendakwa saya lebih telus, berkualiti dan ada intergriti lebih dari sebahagian besar orang orang yang saudara romeo puja dan agungkan. Siasatlah siapa saya.

Blogger semacam saudara (dalam parti apa pun ramai jenis ini), yang jenis tak berapa kesekolah sangat, teruskan kan syok sendiri dan tetapi saudara BUKAN standard saya!

RAMLI MOHD YUNUS
ramli-dap.blogspot.com

Anonymous said...

Kenapa marah sangat niii... Tuan Hajiii..?

Apa yang Tuan Haji utarakan itu memang benar. Tapi, Exco mentah mana bagi pihak Kerajaan PR/pas yang nak tolong Kontrektur Kelas 'F' nak dapatkan kerja dalam perojek keretapi berkembar tuuu.. Tuan Hajiii..?

Tuan Haji patut jangan sebut Kerajaan Persekutuan, walau pun perojek itu urusan Kerajaan Persekutuan.

Saya rasa eloklah Kerajaan Negeri lah yang tolong mereka ini, jika sekiranya Kerajaan Negeri ini berkemampuan berhadapan dengan Kontrektur jalan kereta api tersebut. Mana Exco Kerajaan Negeri Kedah yang jaga Infrastruktur dan yang menajaga peniaga Melayu ni?. Pengecutkah dia untuk perjuangkan rakyat sebagai kontrektur?. Penakutkah dia untuk berhadapan dengan kontraktur gergasi yang buat jalan kereta api tu.

Tolong jawab. Jika penakut nak jadi pembela kontrektur,letak jawatan sebagai Exco yang berkaitan.

Anonymous said...

Saudara Ramli

Saya rasa ada orang yg terasa pedas nya cili sebab itu melenting bila saudara tegur.

Selagi kita boleh menegur kita menegur tak kira siapa.

Syabas saudara dan teruskan dengan saudara biar pun berkala!...sebab sekali saudara update bisa sekali isi entrinya.

Mohdi