Saturday, April 10, 2010

Presiden Iran Mahmoud Ahmadinejad berehat diatas permaidani dirumahnya yang amat jelas menunjukkan keperibadian nya yang amat sederhana...renung renungkan lah...



Agak lama saya tidak dapat update halaman ini. Hilang interest ada ketikanya. Kurang mood. Subjek yang saya minat, perkembangan politik semasa tidak dapat saya tulis. Pertama, kerana blog ini memang bukan asalnya untuk politik berpatisan semata mata walau pun ada ketikanya saya amat teruja untuk membuat komen dan melontarkan pendapat. Kedua, saya terasa yang amat sangat, adalah amat sukar untuk menembusi pemikiran apatah lagi untuk memberikan idea dan pendapat yang boleh ditafsir sebagai rasional dan matang untuk diutarakan. Terlalu sukar dalam situasi politik masakini untuk menulis dan memberi komen dengan kerasionalan yang munasabah. Amat kurang yang mahu menerima, jadinya saya kira mungkin membuang masa dan memenatkan saja!

Jadual saya banyak dipenuhi dengan berjumpa ibu bapa dimajlis mesyuarat PIBG dan program dengan pesakit dihospital. Saya dijemput untuk merasmikan mesyuarat PIBG bukan kerana peruntukan atau sumbangan tetapi hanya mahu bertukar pandangan dan melontarkan pendapat demi kepentingan pendidikan dan masalah sosiobudaya masyarakat masakini. Saya lakukan setakat termampu. Saya amat sedar akan limitation saya untuk membantu para ibu bapa dan sekolah sekolah ini namun saya amat rela untuk berusaha.

Seminggu dua ini saya terlibat menganjurkan seminar untuk NGO yang terlibat dengan penyakit genetik. Dari 6 hingga 9 Mei saya terlibat dengan Seminar Thalassaemia Kebangsaan Keempat di Kuala Lumpur. Pada 17 April ini, saya mempengerusikan Jawatankuasa Malam Amal Lembaga Pelawat Hospital Sultanah Bahiyah. Jamuan amal ini bertujuan untuk mengumpul dana bagi membantu pesakit pesakit yang perlu dibantu yang dirawat dihospital Sultanah Bahiyah.

Ada kepuasan yang amat sangat berinteraksi dengan sahabat pesakit dan juga pengamal perubatan yang benar benar komited. Mereka bekerja tanpa publisiti dan penghargaan dari yang berkuasa. Komitmen mereka hanya untuk yang perlu dibantu dan kepuasan diri untuk mencari pahala. Saya amat hargai mereka. Itulah yang mengambil masa saya saban minggu. Masa yang terluang untuk update blog ini saya gunakan kesitu..untuk yang perlu dibantu...

Saya sebenarnya suka menonjolkan isu isu human interest dan soal soal kebajikan dan keprihatinan manusia sesama manusia. Yang lemah ditolong, yang tenat dipapah dan yang susah dibantu. Sempadan nya mestilah kemanusiaan itu sendiri. Bukan retorik dan lakonan duniawi semata mata. Kasih dan sayang kepada sesama manusia harus ditampilkan secara tulus bukan kerana ada alatan media yang merakam. Ini yang membuat saya buntu dan kadangkala jelik. Belum mual lagi...

Masalah sosial yang terlampau menakutkan saya dan mungkin ramai lagi. Kerakusan dan kekejaman manusia ditampilkan hampir setiap hari dimuka akhbar harian. Samun rompak jadi bualan harian. Hari ini dalam Utusan dan Harian Metro dilaporkan seorang warga emas dikejar sehingga kepagar rumah dan disamun didepan jiran. Masyaallah...inikah negara Malaysia yang kita kagumkan, yang kita war warkan sebagai `heaven' bagi semua. Kita bertelingkah atas isu yang sama. Yang mendakwa, yang didakwa dan yang membela. Manusia manusia berselindung disamping telunjuk yang kecil. Sedih dan pedih..

Di Parlimen MP bertelagah menegakkan kata kata dan ungkapan. Bukan isu rakyat yang membuat mereka sanggup bertengkar atau ketahap bertumbuk tetapi isu mereka sendiri. Isu yang mungkin memudaratkan kehidupan mereka bukan kehidupan rakyat jelata seperti yang didakwa. Ada yang sanggup menelanjangi sesama MP atas sebab emosi dan dendam kesumat, bukan soal rakyat terbanyak. Amat sukar untuk menolak anggapan bahawa ada diantara mereka yang hidupnya bergantung kepada sogokan untuk hidup berterusan diterima pengundi. Lagi sekali situasi yang sama..cubaan berselindung disebalik telunjuk yang halus...jemu dan memualkan.

Inilah politik Malaysia, kita hanya suka mendengar yang baik baik sahaja.Kita seringkali juga menggunakan kaedah yang sama untuk memastikan rakyat dibuai dengan yang baik baik juga. Putar belit dikatakan dalil, helah dikatakan strategi, kebenaran dirasuk ketaksuban kuasa. Akibatnya kita juga terbawa bawa dan percaya dengan cerita baik baik yang sebenarnya rekaan kita sendiri.

Berita yang paling menyejukkan hati orang macam saya...tindakan meletak jawatan Timbalan Menteri MCA..wanita pulak tu..

Hari saya ingin secara terbuka ingin merakamkan ucapan tahniah dan kekaguman saya terhadap tindakan seorang bekas Timbalan Menteri dari MCA yang meletakkan semua jawatan setelah beliau mengeluarkan kenyataan yang melibatkan kepimpinan parti MCA baru baru ini. Beliau telah mengotakan apa yang beliau ungkapkan. Itulah sikap yang amat perlu ada didalam diri manusia yang mahu digelar pemimpin. Beliau `walk the talk' dan itulah amat sukar ditemui dikalangan ahli politik dinegara ini. Syabas Datuk Paduka Chiew Mei Fun..anda telah memberi pengajaran yang amat berharga dan bernilai kepada rakan rakan anda yang mahu digelar pemimpin. Anda dari genenik politik yang ada kelas...dan dari kelas yang tinggi!

7 comments:

Anonymous said...

Abang Haji,

Musang pi jamuan amal tu...meriah dan penuh keinsafan..ada insan prihatin tampil menderma...

Tahniah dinner malam tu berjaya...
sedap Pengerusi nyanyi lagi "Green Green Grass of Home..."..banyak memori lagi tuu...

Tahniah, tampil untuk membela nasib insan kurang bernasib baik..

Anonymous said...

Tuan,

Tak ramai ahli politik terutama dalam UMNO macam anak dara MCA tu.

Yang ada semua nak tegakkan benang basah!

Anonymous said...

Dear Sir,

Yes, we do have a lot to learn from Datuk Paduka Chiew Mei Fun.

Though she was a bit too personal about it but she did walk the talk and there is something very rare in Malaysian politics especially in BN/UMNO.

Old MCA Member now PKR Member

Anonymous said...

Saya lihat tuan seorang aktivist yang agak `versatile' dalam hal ehwal kebajikan.

Tahniah.

NB Hanya tolong activatekan semula Persatuan Menderma Darah Negeri Kedah tu.

Anonymous said...

Aiyaa Amoi lu tunggu apa lagi lalam MCA tu..chow lah..masuk PKR

Lu tunggu lalam MCA mana apa future punya..ikut sama Latuk Chua Jui Meng..

Chew Mei Fun lebih baik masuk PKR atau DAP..Chua soi Lek jangan dekat looiii..

Kueh Teow Teng!
Ipoh Barat.

Anonymous said...

Saudara Ramli,

PRK Hulu Selangor akan menyaksikan kekalahan lagi konsep One Malaysia.

Tekanan terhadap pembangkang yang berlebihan dan penonjolan isu peribadi Zaid Ibrahim sebenarnya membantu PKR untuk menang.

Peneroka Felda pula yang mengundi kali ini adalah generasi kedua yang begitu selektif memilih calun.

Anonymous said...

Encik Kueh Teow Teng,

Itu amoi chiew mei fun banyak takut sama itu Soi Lek ma..

Dalam BN itu macam punya orang ada lamai looooo...UMNo lagi banyak..

2013 kita lamai lamai kasi tanam ini perikatan baru la..